Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Peguam Saiful bincang tarikh angkat sumpah isu liwat

Peguam Saiful bincang tarikh angkat sumpah isu liwat

01-08-2008 10:48:41 AM

(Mutakhir) Berikutan selesainya siasatan polis, peguam kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan berbincang dengan anak guamnya mengenai tarikh bersumpah berhubung dakwaan tersebut. KUALA LUMPUR:

Ketika dihubungi mStar Online pagi ini, peguam Zamri Idrus berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd. Saiful mengenai tarikh tersebut.

Katanya, beliau akan menemui Mohd. Saiful, yang kini diberikan perlindungan polis sejak lebih sebulan lalu, secepat mungkin.

“Saya baru dapat tahu tentang perkara ini semalam, beri saya ruang untuk berjumpa dengan Saiful untuk berbincang lanjut,” kata beliau.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, polis telah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Kelmarin, Mohd. Saiful berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat.

Bercakap melalui Zamri, Mohd. Saiful memberitahu, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

“Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

“Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan,” katanya.

http://www.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: