Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Ezam bukan ancaman besar untuk Pakatan Rakyat

Ezam bukan ancaman besar untuk Pakatan Rakyat.Ezam mempunyai rekod yang kotor kerana mengkhianati perjuangan sendiri walaupun setelah bertungkus lumus dalam KeADILan selama 10 tahun.- Teng Chang Khim

Ezam bukan ancaman besar untuk Pakatan Rakyat.Ezam mempunyai rekod yang kotor kerana mengkhianati perjuangan sendiri walaupun setelah bertungkus lumus dalam KeADILan selama 10 tahun.- Teng Chang Khim

Ezam bukan ancaman besar untuk Pakatan Rakyat

Jumaat 1 Ogos 2008 12:27PM

SHAH ALAM, 1 Ogos (Hrkh) – Bekas ahli KeADILan, Ezam Mohd Noor tidak menjadi ancaman besar kepada Pakatan Rakyat untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi penggunaan jentera Umno merupakan ancaman yang sukar ditangani.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim Ezam mempunyai rekod yang kotor kerana mengkhianati perjuangan sendiri walaupun setelah bertungkus lumus dalam KeADILan selama 10 tahun.

Beliau yakin Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menang dalam pilihan raya tersebut walaupun sudah dijangka KeADILan akan menghadapi pertandingan sengit kerana keseluruhan jentera Umno-BN akan tertumpu di kawasan itu.

“Kemenangan Anwar merupakan satu tamparan hebat kepada BN khususnya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya ketika ditemui dalam program Mesra Media di Kedai Kopi 2, Shah Alam.

Justeru, katanya, bagi memastikan kemenangan DAP akan bertungkus lumus membantu KeADILan bagi meraih kemenangan.

Apa yang penting katanya, pilihan raya kecil itu akan membolehkan Anwar masuk ke Dewan Rakyat bagi memimpin Pakatan Rakyat.

Beliau merupakan Adun Sungai Pinang menjangkakan semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyokong Anwar menjadi Ketua Pembangkang sebelum mengambil alih pemerintahan negara.

“Apa yang penting Anwar akan masuk ke gelenggang Parlimen untuk bersemuka dengan pimpinan BN,” tegasnya.

http://www.harakahdaily.net


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: