Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Anwar Bebas Bertanding Tapi…?

proses undang-undang tidak terhenti apabila seseorang hendak bertanding dalam pilihan raya,proses iaitu undang-undang dan pilihan raya kecil akan berjalan mengikut proses masing-masing dan kedua-duanya tidak boleh dicampuradukkan-Abdullah

proses undang-undang tidak terhenti apabila seseorang hendak bertanding dalam pilihan raya,proses iaitu undang-undang dan pilihan raya kecil akan berjalan mengikut proses masing-masing dan kedua-duanya tidak boleh dicampuradukkan-Abdullah

Anwar Bebas Bertanding-Abdullah

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh tetapi pada masa yang sama proses perundangan negara berhubung dakwaan kes liwat terhadapnya akan diteruskan jika ada kes, kata

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

“Tiada siapa pun akan menghalangnya daripada bertanding,” kata Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada imej negara di peringkat antarabangsa akan terjejas sekiranya tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anwar selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Perdana Menteri berkata proses undang-undang tidak terhenti apabila seseorang hendak bertanding dalam pilihan raya dan menambah kata penghentian proses berkenaan tidak pernah berlaku.

Abdullah berkata kedua-dua proses iaitu undang-undang dan pilihan raya kecil akan berjalan mengikut proses masing-masing dan kedua-duanya tidak boleh dicampuradukkan.

Beliau berkata proses undang-undang tidak mengetepikan hak pengadu untuk mendapatkan keadilan di mahkamah sekiranya ada kes.

Bernama


Responses

  1. tiga hari sebelum anwar bertanding mungkin polis akan simpan anwar.maka BN akan menang tanpa bertanding mungkin ini skripnya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: