Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Mufti Perlis tegur Pak Lah letak kalungan bunga Tugu Peringatan

Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh - Ustaz Asri

Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh - Ustaz Asri

Mufti Perlis tegur Pak Lah letak kalungan bunga Tugu Peringatan

01-08-2008 06:42:21 PM

PETALING JAYA: Perbuatan bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

“Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

“Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar,” katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. Hal2 Halal Haram, Makruh, Sembah Berhala & Sebagainya bagi VVIP ini TERsangat ramai yg tak faham. Seorg ‘ Bekas ‘ VVIP pernah meRUNGUT katanya : “…. Awat…. Hina sangatkah Wanita Islam kita sehinggakan kita nak bersalam dgn Depa pun diharamkan? Cerita ini timbul setelah seorang VIP Pas mendakwa, biar dia Pegang babi drp melanggar hukum bersalaman dgn bukan Muhrim… “. VVIP kita ini sekalipun mendakwa keturunan Mufti,Lulusan Ugama dll tapi masih BAHLUL dlm hukum hakam Tafakur, Tabik hormat semudah itu wahai Dato’ Mufti…. Mereka tak faham KENAPA LARANGAN & HARAM itu dicipta oleh Baginda Rasulullah untuk SATU CARA atau AMALAN HIDUP yg Baik 100% utk Kejayaan diDunia & Akhirat.

  2. sedara zubair, nak tambah sket.mgkin VVIP yg sedara ckp tu xjmpe lg hadis pasal pegang babi adalah lbh baik dr pegang wanita yg bukan muhrim..huhu…

    nway, VVIP tu xleh fikir ke? antara pegang wanita yg bukan mahram dan xpegang wanita yang bukan mahram, man yg menunjukkan kita lbh hormati dorg? mgkn dia berpegang dgn fhmn sekular kot…wanita kene setaraf,bleh pegang mcm pegang laki…

  3. Assalamualaikum.
    Saya yang jahil ingin bersama tuan-tuan didalam blog ini
    a. Disini saya nak bertanya sikit pegang babi tu batal tak wudok dan pegang perempuan yang mahram tu batal tak wudok? oleh itu marilah sama-sama kita fiker yang mana lebih dimurkai oleh Allah.

  4. saya da laaaame tau psl tugu negara dan dah ade fatwa pun berkenaan perkara t’sebut. tapi heran ek, semakin tinggi kuase, semakin dia lupa akan hukum islam.
    diakan anak ulamak………
    hai…iman x dp diwarisi dai seorg ayah yg bertaqwa……

  5. SALAM
    aku bersetuju dengan semua kenyataan dan pandangan Mufti Perlis ni. tapi cara dia aku tak bersetuju. KENAPA???
    aku dah ikuti tiga siri komen dia kat individu yang berpengaruh kat negara ni.
    1. artis- faizal tahir.
    aku bukanlah peminat faizal, tapi cara dia menegur tak kena pada pandangan mata aku. kalau betul dia nak membetulkan perangai seseorang artis, dia boleh panggil faizal, menasihat dengan cara berdepan, aku rasa faizal akan terima. tapi apa yang dia buat. dia komen malah dia mengatakan faizal dah hilang identiti di dalam akhbar. sebab apa. dia nak cari nama ke. dia nak semua rakyat negara ni memuji dia kerana berani memberi komen kat artis. kalau betul artis tu tak betul, panggil, nasihat dan betulkan. bukan cakap saja.
    yang ke 2 dan ke 3 akan menyusul.

  6. BABI HARAM DI MAKAN DAN SEGALANYA. POMPUAN BUKAN MUHRIM HARAM DIPEGANG DAN SEUMPAMANYA. NAMUN PEGANG BABI TAK BERDOSA, SAMAK JE SELESAI. PEGANG POMPUAN BUKAN MUHRIM HARAAMMM… WALLAHUAKLAM

  7. salam….aku nak komen skit pasal putrahj tu…

    ok…mari kita renung skit pasal teguran terbuka dr. asri yg dimaksudkan oleh sedara putrahj tu…

    1) kenapa dr asri tegur secara terbuka di media?
    – kerana sebagai peringatan keada artis lain yang terpikir nak buat perangai mcm si faizal tu ler…ni cara yg efektif…sekali tegur…untuk semua…kalau panggil diam2…cakap depan2 dua2 je…sapa yag tau kalau lepas faizal tarik diri?? bila nanti ditanya dah tentu dia akan bg alasan lain…yer le..sebab nak elak termalu….

    2) kenapa menteri ada hak nak tegur mufti secara terbuka tapi mufti tak leh tegur org lain secara terbuka???
    – adakah putrahj terikir hal ini?? cuba lihat teguran yang pernah dibuat oleh datuk ******* kepada mufti perak datuk harussani zakaria selepas mufti perak tu dedahkan kes murtad ada 100000 ribu org dulu??? tau apa yg menteri tu cakap??? dia kata…mufti ler kena ngadap dia bagi repot sebab dia menteri…bukan dia yg patut ngadap mufti minta repot…bukankah ini satu penghinaan kepada para mufti?? pikirkan…

    3) Kalau nak bg teguran kena diam2….baik tak perlu wujud pangkat mufti kat Malaysia ni putrahj oii….nak buat kebaikan kena ler sebarkan dakwahnya..sekrg zaman dah kritikal….teguran demi kebaikan dah tak boleh dilakukan diam2…kalau si faizal tu sendiri tak terpikir nak jaga maruah dia depan org ramai….kenapa kita nak harap org lain pulak nak jaga maruah dia dengan tegur secara senyap2????? takkan selak sana selak sini berani….kena tegur dgn ulama pulak nak terasa ati..??? kita peminat ni pulak sepatutnya pikir supaya teguran tu nanti akan memberi kesedaran…jgn pikir nak jaga air muka artis jer sedangkan sudah berpuluh tahun Malaysia merdeka…baru ni jer ada mufti yang berani bersuara…kita dah nak jelak kat dia pulak??? selama ni mufti tak lantang bersuara…bukan semakin baik pun artis Malaysia….lagi teruk ada la…jadi…kena la skrg kembali ke keadaan yg sepatutnya…teguran secara senyap2 untuk yang membuat maksiat secara senyap…tp kalau maksiaat atau kejelikan dibuat terang2 kena ler tegur terang2 !!! kalau tak sapa nak jawab nanti kalau rakyat yang tak tau ni tanya kita…takde ke mufti nak tegur perangai si faizal tu????

    pikir-pikirkan……………..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: