Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Betul Ke Saiful Nak Bersumpah Ni…?

Peguam Saiful Berkata, beliau sedang membuat persiapan bagi membolehkan anak guamnya itu melakukan sumpah dalam waktu terdekat.. Berani Ke Saiful nak bersumpah?

Peguam Saiful Berkata, beliau sedang membuat persiapan bagi membolehkan anak guamnya itu melakukan sumpah dalam waktu terdekat.. Berani Ke Saiful nak bersumpah?

Persiapan diatur bolehkan Saiful bersumpah isu liwat

01-08-2008 07:15:23 PM

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Berikutan selesainya siasatan polis, peguam kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat persiapan bagi membolehkan anak guamnya itu melakukan sumpah dalam waktu terdekat.

“Semuanya masih dalam perbincangan. Kita kena buat majlis akan sumpah ini secara teratur,” kata peguam Zamri Idrus kepada mStar Online sebentar tadi.

Tambah beliau, majlis angkat sumpah perlu dijalankan mengikut lunas-lunas Islam.

“Bukan mudah untuk menjalankannya, kami sedang berusaha ke arah itu,” ujar Zamri yang dilantik sebagai peguam mewaliki Saiful sekiranya kes liwatnya dibawa ke mahkamah.

Kelmarin, Mohd. Saiful melalui peguamnya menegaskan dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat.

Ditanya bila akan berlangsungnya majlis angkat sumpah yang dikatakan akan dilaksanakan selepas siasatan polis lengkap, Zamri menegaskan, perkara tersebut belum dapat diputuskan lagi kerana beliau belum bertemu dengan Saiful untuk menerangkan berkenaan polis telah melengkapkan siasatan dan kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Ketika dihubungi pagi ini, Zamri berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd. Saiful mengenai tarikh tersebut.

Katanya, beliau akan menemui Mohd. Saiful, yang kini diberikan perlindungan polis sejak lebih sebulan lalu, secepat mungkin.

Beliau tidak menemui Mohd. Saiful sehingga pagi ini.

“Saya baru dapat tahu tentang perkara ini semalam, beri saya ruang untuk berjumpa dengan Saiful untuk berbincang lanjut,” kata beliau.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, polis telah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Kelmarin, Mohd. Saiful berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat.

Bercakap melalui Zamri, Mohd. Saiful memberitahu, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

“Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

“Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan,” katanya.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. if you gi kat penjara, cakap kat semua banduan kat situ yang depa akan dibebaskan jika mereka sanggup bersumpah dgn nama Allah & Al-Quran yg mereka tidak melakukan jenayah yg dituduh, nescara berduyun-duyun mereka akan bersumpah.

    Persoalannya bolehkah sumpah mereka ini dipercayai? Kepada orang yang tidak beriman, apalah sangat makna sumpah ini pada mereka

  2. slm shbt sumer..sy nak kongsi pendapat dan bbrp persoalan.
    ada 2 kemungkinan utk tuduhan ni kan?

    A)tuduhan adalah betoi
    B)tuduhan adalah xbetoi

    jika A adalah hakikatnya..
    a) nape Saiful xwat aduan terus lepas diliwat?
    b) nape dia xmelawan? (yg ni ramai dah bloggers ckp) psl jauh beza umur DSAI dgn dia.
    c) adkh dia diliwat dlm keadaan rela?
    d) nape dia msh bekerja (kononnye) dgn DSAI jk dah kene liwat?

    jika B adalah hakikatnye..
    a) atas dasar apakah dia membuat tuduhan trsebut kpd DSAI?
    b) adakah trdapat individu2 lain disebalik tabir pertuduhan ini? ( rs sumer dah bleh agak..)
    c) kalau dia dah sumpah dgn alquran, apakah hukum terhadap dia kerana bersumpah dusta menggunakan alquran?

    ini shj yg dapat sy fikirkan wat masa ni..sy harap kita dpt bersabar dan berdoa agar Allah tunjukkan sape dipihak yg benar dan sape dipihak yg salah.

  3. […] Saiful Akan Bersumpah Dalam Masa Terdekat : Klik Sini […]

  4. Ala Saiful.. Jangan jadi kawan kita Ezam tu asyik menjaja sumpah kesana kemari.sumpah keramat lah,sumpah orang minyak lah..akhir nya abuk pun tak ada.Sendiri yang di makan sumpah.

  5. Dia nak bersumpah salah.. kalau tak bersumpah salah.. Caci lah dia sampai bila-bila asalkan hati kita puas.

    Persetankan kebenaran.. mari kita buat andaian kita sendiri dan semua kita mendapat apa yang sepatutnya dari Allah s.w.t. Balasan baik atau jahat

  6. alaa kamaluddin..yang depa dok caci hari hari dalam tv tu tak nak komen ke??? sampai tak tau dah nak kelentong anak anak “apa menatang liwat tu ayah???” dah.. tengok tv liwat liwat…tengok paper pun liwat liwat..sekolah pulak dapat paper percuma untuk anak anak upsr muka depan cerita pasal liwat liwat…..nanti soalan keluar soalan liwat ke??…Sebenarnya bab caci mencaci ni lah yang selalu kebanggaan depa ni…dah laa komen pun komen bodoh…TAKAN YANG TU PUN TAK BOLEH PIKIAQ……..

  7. betul ke saipull nak bersumpah..
    berani ke dia kalau apa yang dia buat tu dah sememangnya salah..
    buat fitnah..dah tentu kalau tidak betul,sumpahnya nanti memakan diri sendiri..andainya isu yang timbul ini benar,kenapa perlu ambil masa untuk persiapkan diri?????fikir-fikirkan lah….

  8. hehehe..kenapa la br skg nak sumpah bang?kenapa x lepas 1 hari pas report ri2?
    kalo laporan polis sebut xde kes cmne?
    nak sumpah gak?
    tp mustahil la xdak kes kan…
    xpe la…
    sumpah la bang…

  9. Syahdan, maka ada pun persiapan teknologi botox telah diatur bagi membolehkan Saiful Kambing diubah menjadi haiwan sumpah-sumpah adanya. Hehehe.:) Auuuw, korek! kata Lingam, peguam sang Geng 6 Jahannam!!!

  10. e2 ttg saiful…
    skrg pulak…
    Mohd Ezam nak lawan Ketua?

  11. bawak2 la brtobat sblm dilaknat…
    byk sgt brsmpah mcm umayah bin khalaf .. allah cela dia dlm surah al-qalam dan di hari qiamat besok dia akn dihina dihidungnya …

  12. Moga2 akan bau bangkai le mulut se sepol nih masa dia bersumpah tuh……Bersumpah la ko banyak mana ko nak bersumpah pun, tuhan tak balas kat dunia Dia laknat ko kat akhirat pulak…

  13. Assalamualaikum….
    Sumpah dengan menggunakan AlQuran???? Pelik juga kan…?
    Telah dimaklumkan oleh beberapa orang ulama terkenal Malaysia seperti Mufti Perlis – Dr. Mohd Asri, Mufti Perak – Dato; Harusani dan Bekas Mufti Wilayah Persekutuan bahawa tiada dalam Islam bersumpah dengan menggunakan AlQuran melainkan dengan lafas Watatallahi, Wabillahi dan Wallahi…..
    Jadi apa guna nya si Siful celaka yang nak buat sumpah sebegitu? Ini seolah-olah mempersendakan agama dan memperlekeh pandangan ulama….
    Walau apa pun tindakannya…. semoga Allah memberi petunjuk dan balasan serta merta jika sumpahnya itu adalah semata mata untuk mengaibkan dan menfitnah orang yang tidak berdosa sperti DSAI ini…. wallahua’alam….

  14. SALAM
    aku pelik la.. saiful ni tak terfikir ke, atau tak takut ke nak bersumpah. kalau dia betul diliwat DSAI aku tak kesah. tapi kalau dia saja ada-adakan cerita tak takut ke dia laknat ALLAH. aku takut sebelum dia bersumpah lagi ALLAH dah jatuhkan bala kat dia. mana la tau kan. dalam perjalanan nak pergi bersumpah tiba-tiba tergolek dog, kemalangan. mati katak. sejahat-jahat aku pun, bab hukum ALLAH tak berani aku nak persenda. aku rasa kuat lagi PEGANGAN aku.

  15. Assalammualaikum…
    Bagus juga kalau Peguam Negara benarkan kes ni diselesaikan cara sumpah ni.
    Banyak duit rakyat boleh jimat,tak yah pakai hakim,lawyer dan lain2 pegawai.Masa pun jimat dan kita boleh bincang bab lain pula yang lebeh menguntungkan umat dan negara.
    Ana pun dah naik muak tengok tajuk ni hari2.

  16. sumpah sumpah dan sumpah.. yang pasti islam xpernah mengajar umatnya bersumpah dgn al-quran? dlm hudud, sumpah hanya sah dengan ada QAZAF dan LI’AN (tuduh dan laknat, bererti si penduh dan yg dituduh wajib bersumpah akan dilaknat sekiranya mereka membuat pengakuan palsu, bukan sumpah depan quran tmbahan klo sumpah saja2, tapi xberani nk terima laknat allah, xde ertinya.. alquran bukan diguna utk sumpah2han.. tapi utk di amal isinya..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: