Posted by: pinkturtle2 | Ogos 1, 2008

Sepak Tong Ramal Tentang Anwar

Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka dan Umno telah bersiap sedia. Pilihan raya kali ini bukan satu perkara mudah. Rakyat menilai mereka dan rakyat juga menilai kita - Datuk Pirdaus Ismail

Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka dan Umno telah bersiap sedia. Pilihan raya kali ini bukan satu perkara mudah. Rakyat menilai mereka dan rakyat juga menilai kita - Datuk Pirdaus Ismail

Pirdaus Ramal Anwar Tidak Mudah Menang

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Datuk Pirdaus Ismail, calon Barisan Nasional (BN) yang dua kali bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang mudah jika bertanding pada pilihan raya kecil di situ kelak.

Pirdaus yang juga Exco Pemuda Umno berkata peluang bagi mana-mana calon untuk memenangi kerusi itu yang dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam sukar diramal berikutan perubahan senario politik di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

“Kenapa saya katakan tidak mudah bagi Anwar, dan juga sukar kepada BN adalah kerana dahulu kita (BN) memerintah negeri ini. Mereka menilai kita dan jadi pembangkang. Sekarang ini mereka jadi kerajaan dan kita pula menilai mereka dan jadi pembangkang.

“Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka dan Umno telah bersiap sedia. Pilihan raya kali ini bukan satu perkara mudah. Rakyat menilai mereka dan rakyat juga menilai kita,” katanya kepada Bernama.

Pirdaus berpendapat tindakan Presiden PKR Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh secara tergesa-gesa memperlihatkan tindakan itu seperti mengkhianati kepercayaan rakyat.

“Perkara itu menyusahkan rakyat. Pada pilihan raya lalu, saya dah beritahu rakyat jangan memberi undi. Ini dah buktikan dia (Wan Azizah) bukan bertanding untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri.

“Ini juga membuktikan peluang Anwar untuk menang tidak mudah kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun itu juga sukar bagi kita kerana ia boleh dikatakan kubu kuat mereka,” katanya.

Semalam, Dr Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Ditanya kemungkinan beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya ini, Pirdaus berkata perkara itu terserah kepada pucuk pimpinan parti.

“Sekiranya diarah berbuat demikian, saya patuh. Sebagai pejuang saya merasakan itu adalah tanggungjawab. Lagipun saya bersedia dan tidak gentar untuk berhadapan dengan dia (Anwar) kerana ini bukan kali pertama saya bertanding,” katanya.

Sementara itu, Pirdaus mencadangkan agar mesyuarat cawangan di negeri itu segera diselesaikan bagi membolehkan Umno Bahagian Permatang Pauh membuat persediaan secukupnya bagi pilihan raya kecil itu.

Pirdaus tewas dua kali kepada Dr Wan Azizah — dengan majoriti 590 undi pada 2004 dan majoriti 13,388 undi pada pilihan umum yang lalu.

Bernama

Advertisements

Responses

  1. BERSIAP SEDIALAH JENTERA PILIHANRAYA UMNO MENJADI PENJAGA GOL TERBAIK BAGI MENANGKAP TONG-TONG YANG BAKAL DITENDANG OLEH SI PIRDAUS! “KOREK KOREK KOREK, INI MACAM LAH!” KATA LINGAM, PEGUAM 6 JAHANNAM. HEHEHE.:)

  2. Suka hati hang la pak imam selam hang nak kata apa………sejarah dah membuktikan hang kalah 2 kali ditangan seorang wanita bernama Wan Azizah…….aku dengar hang tendang peti undi masa kalah……..eh…eh……..sampai macam tu sekali perangai hang sebabkan kuasa……..hang sapa nak komen…..tempat tu pun hang dah kalah…..rakyat ada mata dan hati untunk melihat dan menilai.bukan macam hang belajar ugama tinggi-tinggi tapi tak tahu apa yang hang belajar….aku yang dok belajar had darjah enam pun tahu dosa dan pahala…….fitnah dan mungkar…..itu lah ALLAH SWT nak menguji hang ada pelajaran agama sampai layak bergelar imam tapi hang bawa ilmu hang tu kat mana……ingat pak imam selam kita bukan dok menongkat langgit……sampai masa mampus……selimut putih yang kita dok bawa……

  3. Itulah Komen seorang Imam hadhari Malabari. Masa belajar dulu Imam ini ber’VC’ kan VC Univ. Ulu Malaysia tu agaknya…. Pelik juga lulusan Ugama mcm hang nii… Sepatutnya lebih dihormati & diUndi Menang oleh Pengundi2 PP.ni tak… Belajar Ugama utk Ringgit Malaysia ka? Jumpa nanti dihari mengundi !!!!!!!! Semuga Allah menurunkan Rahmat & kasih sayangnya kpd rakyat PP & Malaysia dgn menghapuskan BN drp bumi Malaysia spt mana pupusnya Dinosaur atau Parti Thai Rak Thai di Thailand !!!!!!!!!

  4. hmm…setiap perbuatan berdasarkan niat.hanya Allah je tau apa niat dia belajar agama dan niat dia join BN.

    a)Kerana Allah
    b)Kerana Peribadi (harta, kesenangan hidup, pangkat.etc)
    c)Kerana Bangsa Melayu (umno kan kata nak tlg melayu sbb dorg meLAYU)
    d)sebab2 lain yg sy xtau..

  5. untuk mendapat lebih byk ilmu dtng menuntut dgn ayahpin.

  6. Dulu ustaz Firdaus di hormati segnap lapisan kerana menjadi imam besar.tapi dek termakan pujuk rayu juak2 umno@Be End,sekarang hilang popular nya.

  7. orang permatang pauh tak kenal pun imam ni… dia imam masjid negara bukannya imam masjid permatang pauh…. kalau kenal pun bukan kerana dia imam masjid, tapi kerana tendangan tongnya yang menggemparkan….. sendiri mau ingat la…

  8. Ape tendang tong? Keh… keh….keh…. Imam Versi Hadharilah katakan…..

  9. Dia tendang tong macam tendang kami jugak!!! sebenarnya dia marah kat SIAPA, tong atau pengundi. IMAM MASJID ni nak tunjuk samseng kot bagi orang takut, Dia taktau la tu orang disini semua misai bertaring, hahaaaa…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: