Posted by: pinkturtle2 | Ogos 2, 2008

Pembaziran Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA), Tasik Kenyir

Berapa Juta RM Lagi Akan diTenggelamkan di Sungai Como, Tasik Kenyir?

Kuala Berang – Beberapa juta ringgit lagi pada tahun ini akan dibazirkan dan akan ‘tenggelam’ di Sungai Como Tasik Kenyir, semata-mata kerana mahu menghidupkan balik projek yang sudah ‘mati’

ADUN Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut telah mengajukan soalan lisan berkaitan Projek Berimpak Besar (HIP), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Tasik Kenyir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lalu.

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita8/zia17feb2007a.jpg

(Gambar kiri -Februari, 2007)
Mala
ngnya, walaupun tahu bahawa projek tersebut sudah gagal, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat tidak mahu mengakui kegagalan dan masih mempertahankan projek tersebut.


Tidak berpuas hati dengan jawapan Rozi, wartawan Buletin Online telah ke lokasi terbabit pada 21 Jun lalu dan mendapati ‘projek retorik’ yang didakwa berimpak tinggi itu telah terhenti sama sekali, tidak ada sangkar dan tidak ada peserta.


Dalam sidang DUN lalu, Rozi mengakui memang terdapat masalah terhadap perlaksanaan projek tersebut, namun yang anehnya, Rozi menambah fakta dengan mengatakan projek HIP-ZIA Sg Como adalah ‘projek dalam percubaan’ sebanyak 200 sangkar.
https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita8/zia1stmei2008a.jpg


Ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Perdaba Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkan projek itu pada 30 Januari tahun lalu.
(Gambar kanan – Mei, 2008)

Abdullah berkata projek itu mampu meningkatkan pendapatan peserta dari kalangan nelayan, golongan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan juga siswazah.


Ia akan melibatkan 240 peserta dari kalangan siswazah, nelayan dan golongan PPRT yang mengendalikan ternakan ikan dalam 6,000 sangkar.

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita8/zia1stogos2008a.jpgProjek tersebut juga disifatkan mampu membawa transformasi besar industri pertanian negara termasuk menjana pulangan pendapatan melebihi RM3,000 sebulan kepada peserta.

(Gambar kiri – Julai, 2008, minggu lalu)


Tidak ada langsung fakta bahawa ianya adalah sebuah projek percubaan sebagaimana yang didakwa oleh Rozi.

Baru-baru ini, setelah mendapat maklumat dari masyarakat setempat, Buletin Online sekali lagi membuat tinjauan ke lokasi berkenaan.


Umpama iklan komersial ‘sekejap ada, sekejap tidak’, apa yang dilihat amat mengejutkan, kerana terdapat beberapa buah sangkar baru yang sedang dibina !


Berapa juta ringgit pula yang akan di tenggelamkan bagi pusingan ini ?

http://buletinonline.net


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: