Posted by: pinkturtle2 | Ogos 2, 2008

Saya mungkin tiada peluang – Mukhriz

Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis.Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan. - Mukhriz

Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis.Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan. - Mukhriz

Saya mungkin tiada peluang – Mukhriz

02/08/2008 4:26pm

JITRA 2 Ogos – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, gejala politik wang dan penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam pemilihan peringkat cawangan Pemuda mampu menutup peluangnya untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan itu pada pemilihan Disember ini.

Malah beliau yang sebelum ini optimis mengenai peluangnya bertanding jawatan tersebut, tidak lagi yakin untuk mendapat jumlah pencalonan mencukupi ekoran amalan tidak sihat tersebut yang didakwanya berlaku di seluruh negara.

Berdasarkan keadaan itu, jelasnya, hanya `keajaiban’ yang membolehkan beliau mendapat jumlah pencalonan mencukupi untuk bertanding memandangkan kubu-kubu kuatnya turut goyang akibat gejala berkenaan.

”Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis.

”Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan,” katanya selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Jitra di sini hari ini.

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan di peringkat cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara.-Utusan

http://www.utusan.com.my


Responses

  1. Kenapa hang kata tak ada peluang……hang guna le berbillion–billion rm yang bapak hang dah rompak……itu gunanya wang rompakan tu…….hang cakap tak ada peluang konon hang tak main duit le…….kemenangan ajaib tu konon kuasa ALLAH SWT…..sudahlah mukhriz lakonan engkou ….macam mana bapak macam itu lah anak 2 x5 5×2…

  2. ni lah contoh anak yg ‘daddy kasi’ bukan dedikasi….2x 5 la ngko…aku tengok ngko pun tak de aura memimpin….ptuihhhhh.bapak ngko yg aniaya DSAI….nak lakon konon ..ptuih….ptuih..ptuihhhh….amalan duit dah berlambak dah .sejak dulu lagi…masa ko kecik lagi..

  3. Ini lea akibatnya tindakan ayahanda mu hai Mukhriz..dok ketakutan tika jadi Presiden UMNO di cabar..buat undang2 utk untuk mendapat jumlah pencalonan.

    Al Kononnya takut perebutan 2 Kerusi Utama akan memecah belahkan UMNO….ingat saudara Mukhriz…UMNO pernah di HARAMKAN…tapi dapat dihidupkan semula dgn penambahan yang merosakkan demokrasi dalam UMNO…

    Ingatan saya…mu jgn marah sangat pada cawangan yg tidak memberi percalonankan. Sedarilah mu tak boleh bertanding sebabnya ayahanda mu yang memperkenalkan sistem yang merobek masa depan politik mu…

  4. DIAMLAH BANGKAI BERNYAWA………..

  5. Suda la Mukhrizzz…..Jangakn la buat2 tak tau UMNO = Rasuah, Rasuah = UMNO?

  6. yang aku tahu UMNO punya style…….suku sakat depa je boleh jadi PM…..Najib sebab bapak razak dia jadi PM walaupun kaki be…n…tak ada karisma dan dinamik……..Hishamudin sebab bapak hussein on dia pun bakal jadi PM…….sekarang mukriz sebab bapak kasi Mahadey dia pun bakal jadi Pm…..jadi suku sakat depa le jadi PM……walaupun depa ni tak layak memimpin…….diorang ni lebih layak dipimpim akhlak depa ….mana pemimpin yang ada karisma dan dinamik korang cantas….koranmg fitnah…….korang bunuh karier politik ……..jadi Malaysia tak akan maju bila ada pemimpin yang rendah akhlaknya…….kita perlu pemimpin yang bijak…..dinamik………bersih moralnya…….kalau Islam dah tentu cara Islam dengan isteri bertudung….kalau isteri pun tak boleh dilentur macam mana nak lentur rakyat marhaen……..jadi kalau dari sekarang rakyat tak tentang depa-depa ni jadilah depa raja dan bermaharajalela…….dasar penyagak terhormat…..

  7. betui kata kou…klon aku kat rp, ustaz fendy belanja sakan beli ahli pemuda cwgan. duit stok praya dulu banyak lagi.mampuih abih bebudak kat kampung.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: