Posted by: pinkturtle2 | Ogos 2, 2008

Suara akar umbi dalam pemilihan Disember ini harus dihormati- Mukhriz

Umno ketika ini memerlukan pembaharuan dalam parti dan beliau menyeru supaya peluang diberikan kepada anggota-anggota untuk menentukan sendiri kepimpinan parti- Mukhriz

Suara akar umbi dalam pemilihan Umno Disember ini harus dihormati dan seharusnya tiada sekatan dikenakan ke atas mana-mana anggota yang berhasrat menyuarakan kehendak masing-masing.- Mukhriz

Anggota parti berhak menyuarakan pendapat selagi tidak melanggar perlembagaan parti

…Mukhriz berkata, Umno ketika ini memerlukan pembaharuan dalam parti dan beliau menyeru supaya peluang diberikan kepada anggota-anggota untuk menentukan sendiri kepimpinan parti.Malah, kata beliau, suara akar umbi dalam pemilihan Umno Disember ini harus dihormati dan seharusnya tiada sekatan dikenakan ke atas mana-mana anggota yang berhasrat menyuarakan kehendak masing-masing.

Beliau berkata, anggota parti berhak menyuarakan pendapat mereka selagi mereka tidak melanggar perlembagaan parti, dan menurutnya jika terdapat sebarang peraturan baru yang kelihatan seolaholah memberi kelebihan kepada penyandang jawatan, pemilihan itu adalah tidak wajar.

“Mana-mana pihak juga berhak untuk berhubung terus dengan kepimpinan di peringkat cawangan, saya sendiri menulis surat kepada ketua-ketua cawangan seluruh negara memohon supaya cawangan mengusulkan pencalonan,” katanya selepas majlis perasmian Francais Antarabangsa Malaysia yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata, ruang perlu diberikan kepada calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan ini supaya mereka dapat memperkenalkan diri kepada perwakilan. ...Petikan Dari Mstar


Responses

  1. Ya le Mukhris, yang ajar Pemimpin UMNO ni jadi macam sekarang, bukannya sapa, ayahnda ngko juga. Bila dah situasi macam ni, mu sibuk le. Tanya bapakmu apa dia dah buat dulu??? Yang ajar bertindak macam yahudi pun bapak ngko juga. Sekarang ni depa ulang skrip tu, pasal “Master mind” skrip tu iaitu BAPAK ngko belum dapat balasan ALLAH lagi. Mokhtar Abdullah dan DR Ristina tu sekarang tengah mengadap, jawap le. Bapak ngko tu tengah kepanasan takut DSAI naik jadi PM. DOSA dia banyak pada rakyat Malaysia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: