Posted by: pinkturtle2 | Ogos 3, 2008

STANDARD NEGARAWAN CEMERLANG

Amat menyedihkan, akal budi UMNO tidak menghargai ketokohan bangsanya yang berwibawa seperti DS Anwar Ibrahim. Pemikiran UMNO sah telah kembali ke zaman silam, ke zaman Raja Mendaliar dan Si Kitol, yang mana, warganya yang pintar dibunuh melalui tuduhan palsu.

Amat menyedihkan, akal budi UMNO tidak menghargai ketokohan bangsanya yang berwibawa seperti DS Anwar Ibrahim. Pemikiran UMNO sah telah kembali ke zaman silam, ke zaman Raja Mendaliar dan Si Kitol, yang mana, warganya yang pintar dibunuh melalui tuduhan palsu.

STANDARD NEGARAWAN CEMERLANG

Salam hormat,

Sesungguhnya hasrat dan impian untuk membangun Malaysia dan warganya ke puncak tamadun yang kaya, moden dan kuat memerlukan seorang negarawan yang dinamik dan komprehensif. Betapa kewujudan dan pengangkatan ke atas seorang negarawan yang dinamik dan komprehensif ini, dengan kombinasi standard moral dan intelek pada darjah yang tertinggi ke dalam dirinya begitu penting, agar negara dan seluruh warganya mampu dibawa bergerak ke arah satu matlamat, iaitu membangun bersama negara dan warganya ke puncak tamadun yang kaya, moden dan kuat.

Justeru, segala sikap dan tingkah laku sebagai seorang peneraju negara, mestilah ada keupayan luhur bagi mempamerkan perwatakan unggul, agar lebih perkasa mengemudi negara dan masyarakat menuju ketamadunan baru negara dan bangsa. Betapa negara dan masyarakat hanya menghendaki kepemimpinan negarawan yang dinamik dan komprehensif, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempastikan sungguh-sungguh mampu dan berwibawa membawa negara dan warganya untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain di peringkat antarabangsa.

Pandangan ringkas saya ini mungkin seolah sebuah praduga utopia bagi kewujudan suatu bangsa dan negera yang bertamudun, kaya, moden dan kuat. Namun begitu, izinkan saya menghamparkan secebis hujah ringkas bagi mengesahkan bahawa pendapat saya ini bukan sebuah utopia, bahkan suatu hakikat yang mampu dicapai jika sungguh-sungguh ikhlas berusaha mencapainya.

“Pergilah keseluruh dunia dan carilah ilmu yang dapat membantu negara kita menjadi negara yang kaya, moden dan kuat supaya negara kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia ini.”

Petikan di atas merupakan ‘Ikrar Piagam’ Maharaja Meiji kepada rakyatnya selepas melihat peningkatan kekuatan Amerika, Britain, German dan Perancis yang mencuba mengancam kedaulatan Jepun.

Justeru itu, tindakan Maharaja Meiji yang pertama ialah menubuhkan Kementerian Luar yang antara lain bertanggungjawab untuk mencari buku-buku falsafah di seluruh dunia dan menterjemahkannya ke bahasa Jepun.

Sebab itu, banyak ciptaan Jepun dalam bidang teknologi yang diberi nama dengan nama-nama yang hanya terdapat dalam falsafah purba, seperti nama Mazda diambil daripada nama Tuhan Yahudi purba, Sony diambil daripada nama perempuan yang dianggap Tuhan di zaman Yunani purba, iaitu Sonia dengan sedikit perubahan, iaitu menggugurkan ‘A’ dan menukar ‘I’ dengan ‘Y’.

Maharaja Meiji juga telah melancarkan pembinaan sekolah rendah sebanyak 54,000 secara serentak di seluruh Jepun. Tegasnya, Maharaja Meiji mahu supaya sebuah sekolah bagi setiap 600 orang penduduk di Jepun. Hasilnya, dalam tempoh 50 tahun kemudian orang Jepun tidak ada lagi yang buta huruf.

Natijah daripada keazaman Maharaja Meiji untuk men‘Jepun’kan ilmu-ilmu penting dunia, disamping niat yang betul untuk membangunkan Jepun, maka hanya dalam masa yang singkat Jepun telah muncul sebagai antara negara-negara yang sungguh-sungguh moden, kaya dan kuat di dunia.

Malangnya, pimpinan UMNO dan sekongkolannya tidak nampak langkah-langkah Maharaja Meiji memodenkan negaranya. Tegasnya, buat masa sekarang, saya tidak nampak apa sebenarnya yang hendak didaulatkan oleh UMNO kepada umat Melayu.

Lantaran itu, tidak keterlaluan kiranya ramai orang yang menganggap bahawa orang-orang UMNO tampak tidak ada kualiti sebagai seorang negarawan, tidak ada pendirian, tidak ada harga diri dan tidak ada keberanian moral untuk mempertahankan jatidiri Melayu sebagai seorang Islam apabila berdepan dengan seorang penjenayah sebenar yang telah menunggangi seluruh jentera negara semahu-mahunya menjadi sekongkolannya sebagai baruah sahaja.

Amat menyedihkan, akal budi UMNO tidak menghargai ketokohan bangsanya yang berwibawa seperti DS Anwar Ibrahim. Pemikiran UMNO sah telah kembali ke zaman silam, ke zaman Raja Mendaliar dan Si Kitol, yang mana, warganya yang pintar dibunuh melalui tuduhan palsu.

Oleh hal yang demikian, maka warga yang hidup hanya orang-orang yang jahat dan bodoh, sementara warga yang baik dan pintar mati begitu saja tanpa dimanfaat kebaikan dan kepintarannya untuk membangunkan negara.

Akhirnya ialah, negara sah dipimpin oleh orang-orang yang jahat dan bodoh dengan warganya yang juga jahat dan bodoh! Betapa perkara yang mudah ini wajar diberi perhatian oleh warga Malaysia khususnya UMNO, jika ada kesungguhan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia ini.

DS Anwar Ibrahim telah mengutarakan konsep ‘Gagasan Masyarakat Madani’ dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia (edisi bahasa Melayu) 1997, yang mendapat pujian cendekiawan antarabangsa sebagai gagasan besar yang melengkapi kehendak sistem politik yang adil, ekonomi yang menguntungkan rakyat dan sistem sosial yang wajar.

Betapa kepemimpinan DS Anwar Ibrahim telah mendapat pengiktirafan oleh cendekiawan antarabangsa sebagai ‘Tokoh Asia Baru’, ‘Lambang Kebangkitan Tamadun Timur’, ‘Lambang Alaf Baru’, dan terkini ‘Guru Asia’.

Hence, apa sebenarnya rasional dan muslihat UMNO yang begitu beria-ia menafikan atau tidak menghargai ketokohan DS Anwar yang sewajarnya dimanfaatkan kewibawaan beliau untuk kebaikan dalam usaha membangunkan negara, agar Malaysia dan warganya dapat berkongsi hidup dalam meniti arus masa depan yang cemerlang dan lebih baik?

Akhir kata, mustahil cendekiawan warga dunia salah belaka dalam menentukan piawai ketokohan dan kewibawaan DS Anwar, hanya bagi memungkinkan bidak-bidak muflis akal budi UMNO dalam usaha melancarkan pelbagai tuduhan palsu untuk menjatuhkan hakikat ketinggian akal budi DS Anwar.

Di manakah piawai dan standard paradigma Najib di khalayak antarabangsa? Biarlah Shabery dan Nordin Kardi bersama bidak-bidak UMNO yang menjawabnya.

Oleh: Naspazi http://naspazi.multiply.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: