Posted by: pinkturtle2 | Ogos 3, 2008

Liwat: Tiada notis polis panggil Anwar

"Sehingga kini belum ada apa-apa permintaan polis (meminta beliau menemui polis).pihaknya telah memaklumkan bahawa anak guamnya akan sentiasa kerjasama dengan polis dalam siasatan tersebut.

Sankara Nair memberitahu mStar Online: "Sehingga kini belum ada apa-apa permintaan polis (meminta beliau menemui polis).pihaknya telah memaklumkan bahawa anak guamnya akan sentiasa kerjasama dengan polis dalam siasatan tersebut.

Liwat: Tiada notis polis panggil Anwar

03-08-2008 02:58:07 PM

Dikemas kini) PETALING JAYA: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tengah hari tadi tidak menerima apa-apa makluman ataupun arahan daripada polis meminta beliau hadir menemui polis dalam waktu terdekat.

Salah seorang peguam pasukannya, Sankara Nair memberitahu mStar Online: “Sehingga kini belum ada apa-apa permintaan polis (meminta beliau menemui polis).”

Bagaimanapun kata beliau bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini sebagaimana disyaratkan.

“Anwar telah pun ditahan (bulan lalu), tidak perlu ditahan lagi,” katanya.

Anwar yang dibebaskan atas jaminan polis dikehendaki hadir di IPK Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Tambah beliau, pihaknya telah memaklumkan bahawa anak guamnya akan sentiasa kerjasama dengan polis dalam siasatan tersebut.

“Menerusi surat kami bertarikh 29 Jun, kami telah memberi jaminan kepada polis bahawa kami akan memberi kerjasama kepada polis dan ini yang kami lakukan.

“Jika perlu, polis boleh minta kami hadir (menemui polis)… maklumkan kepada kami,” kata beliau.

Ketika dihubungi, Anwar sedang dalam perjalanan ke Permatang Pauh untuk melancarkan program Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil di Seberang Jaya malam ini.

Anwar mengumumkan keputusan untuk bertanding di kawasan lamanya itu setelah ia disokongkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sankara berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa Anwar kemungkinan ditahan dalam waktu terdekat, paling awal esok, memandangkan siasatan dakwaan meliwat sudah dilengkapkan oleh polis dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memaklumkan bahawa kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai hasil siasatan polis.

Mstar


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: