Posted by: pinkturtle2 | Ogos 3, 2008

Bersumpah: Ezam Ikut Jejak Saiful

Kuatnya Ezam Berkokok sehari dua ni,Rasanya sedang buat promosi..manalah tau, untuk ambik calonnak lawan bekas bosnya?

Kuatnya Ezam Berkokok sehari dua ni,Rasanya sedang buat promosi..manalah tau, untuk ambik calon nak lawan bekas bosnya?

Mohamad Ezam Sanggup Bersumpah Demi Pertahan Maruah

BUKIT MERTAJAM, 3 Ogos (Bernama) — Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor menegaskan akan bersumpah secara Islam bagi mempertahankan maruahnya atas tuduhan beliau tidak berprinsip kerana keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Bagaimanapun, beliau hanya akan bersumpah sekiranya tuduhan itu dinyatakan sendiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya mengambil sikap hanya akan melayan kenyataan dari Anwar dan Wan Azizah sahaja, sehingga hari ini saya masih menunggu reaksi mereka.

“Saya tetap akan pertahankan maruah saya dan akan bersumpah secara Islam untuk menunjukkan kebenaran,” kataya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum pada Perhimpunan Penyatuan Melayu anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini Ahad.

Mengulas berkenaan desas desus mengatakan bahawa beliau akan dicalonkan untuk menentang Anwar pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, katanya: “Tercalon atau tidak saya tetap berada di barisan hadapan dan bersama-sama berjuang.

“Saya hanya menyatakan kesediaan sahaja dan akhirnya keputusan tetap dibuat oleh pucuk pimpinan parti,” katanya sambil menegaskan setakat ini beliau tidak menerima sebarang panggilan mengenai pencalonan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh penyandangnya yang juga Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar. Peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta merta pada 31 Julai lepas.

Terdahulu dalam ceramahnya, Mohamad Ezam sekali lagi menegaskan akan membuat pendedahan siapa Anwar sebenarnya kepada masyarakat umum sekiranya bekas timbalan perdana menteri itu sanggup mengaibkannya.

“Hanya saya tahu apa yang Anwar tahu dan Anwar tahu apa yang saya tahu. Saya masih lagi berpegang kepada prinsip untuk tidak mengaibkan orang,” katanya.

Mohamad Ezam juga berkata tindakan yang dilakukan oleh Anwar merupakan ancaman politik paling besar bagi Malaysia dan hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sahaja.

“Tindakan itu juga semata-mata untuk pertahankan parti yang jelas mengidolakan pemimpin mereka lebih daripada perjuangan terhadap bangsa dan negara,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, bekas timbalan perdana menteri itu telah memperkenalkan ‘skim kontraktor wibawa’ iaitu satu dasar untuk membantu kontraktor bumiputera.

“Malangnya dasar itu hanya untuk yang berkroni kepadanya, setiap syarikat akan menerima kontrak tanpa rundingan, yang jauh berbeza seperti yang diperjuangkannya kini iaitu open tender (tender terbuka),” dakwanya.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada ceramah umum itu.

BERNAMA


Responses

  1. Isyyy, perangai Ezam dan Saiful semakin hodoh. Pada tahu 2200 kelak, mereka berdua ini akan dilaknat dan oleh generasi melayu ketika itu, sebagaimana generasi melayu sekarang melaknat Si Kitol dan Raja Mendaliar.

    Dan lagi, betapa sikap Ezam dan Saiful ada persamaan dengan watak Si Kitol. Arakian, maka bersabdalah sang peguam Lingam, peguam Geng 6 Jahannam dengan ungkapan, Aaahhh, korek, korek, korek! katanya. Hehehe…Auuuw!!!.:)

  2. Ezam tu dah selalu usung sumpah dari dulu lagi.Saiful pula baru nak belajar mengenal sumpah.Kita sama2 tunggu sumpah siapa yang menjadi.Sumpah Mahsuri atau Sumpah Orang Minyak.

  3. tak habis dengan sumpah… benci aku dengar… dulu sumpah tak nak masuk Umno.. lepas tu sumpah nak dedahkan rahsia besar anwar… lepas ni tak tahu lagi apa dia nak sumpah…

    p/s – kawan aku beritahu Ezam akan bersumpah bahawa dia telah diliwat berulang kali oleh Anwar… alahai Ezam

  4. Tiada siapa dari Pakatan Rakyat mahu mengaibkan sesiapa walau musuh politiknya. Ini kerana yang dikritik kedangkalan serta tatacara berpolitik dan mentadbir. Sesungguhnya Akhlak Pakatan Rakyat lebih sopan dari UMNO dan BN. Jadi membetulkan serta menegur itu lebih besar manfaatnya dari menjatuhkan serta menghina manusia yang lain.
    Ezam yang mengaibkan Dirinya, meletakkan dirinya setaraf haiwan ternak didalam kandang. Dari mencari salah orang itulah budaya perkerjaannya, menghindari sifat-sifat tercela bukan objektif kehidupannya

  5. apa yang ezam dak merapu, hang nak cakap tentang anuar tunggu apa lagi, cakap la buat apa nak cabar2 tunggu anuar cakap dulu…takut ka..kalau nak habaq macam saiful…buang masa aje….

  6. saudara ezam…kalu awak memang pejuang kebenaran..kenapa saudara tidak bersuara pun tentang rasuah yang berlaku didalam 6 kotak yang saudara simpan itu.adakah pejuangan saudara ini betul..adakah ikhlas…insaflah saudara ezam..u berjuang dalam umno yg penuh dengan gejala rasuah .

  7. jangan jadikan sumpah seperti barang mainan.Ini soal agama..hanya manusia jahil sahaja yang suka bersumpah..hari-hari mahu sumpah.Dulu masa dalam keadilan bukan main hentam umno/Bn kononnya banyak rasuah, banyak laporan polis sudah dibuat….dan banyak lagi penyelewengan yang umno lakukan. Sekarang bila masuk dalam kandang umno, tiada lagi kedengaran suara seperti itu…maka jadilah kuda tungangan yang buta dan pekak…Maka tak payahlah nak bersumpah kononnya nak jaga maruah….piee…lah!!.Jangan nak tipu orang hanya untuk mencari kesenangan dunia yang sementara…Orang masih ingat apa yang kau cakap masa yang lepas-lepas…!

  8. kalau EZAM rasa PKR tidak betul,kenapa tidak masuk PAS..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: