Posted by: pinkturtle2 | Ogos 3, 2008

Peguamcara Negara Kendalikan Kes Liwat Anwar, Kata Syed Hamid

Oleh kerana Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sebagai individu, telah ada laporan rasuah ke atas mereka. Untuk menentukan penyiasatan tidak dipandang serong, Peguam Negara secara peribadi tidak mengendalikan kes ini.Orang nombor dua (di dalam Jabatan Peguam Negara) adalah Peguamcara Negara. Jadi dialah yang akan mengendalikannya - Syed Hamid

Oleh kerana Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sebagai individu, telah ada laporan rasuah ke atas mereka. Untuk menentukan penyiasatan tidak dipandang serong, Peguam Negara secara peribadi tidak mengendalikan kes ini.Orang nombor dua (di dalam Jabatan Peguam Negara) adalah Peguamcara Negara. Jadi dialah yang akan mengendalikannya - Syed Hamid

Peguamcara Negara Kendalikan Kes Liwat Anwar, Kata Syed Hamid

KOTA TINGGI, 3 Ogos (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah terbabit selaras dengan keputusan supaya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak terlibat dengan pengendalian kes liwat itu.

“Oleh kerana Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sebagai individu, telah ada laporan rasuah ke atas mereka. Untuk menentukan penyiasatan tidak dipandang serong, Peguam Negara secara peribadi tidak mengendalikan kes ini.

“Orang nombor dua (di dalam Jabatan Peguam Negara) adalah Peguamcara Negara. Jadi dialah yang akan mengendalikannya,” kata Syed Hamid selepas merasmikan majlis anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Felda Aping Barat, Ahad.

Katanya bagi pihak polis pula, penyiasatan kes liwat Anwar dikendalikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin.

Khamis lepas, Syed Hamid berkata, siasatan kes liwat Anwar telah siap sepenuhnya dan kertas siasatannya telah pun diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, kerajaan mengambil pendekatan yang amat teliti di dalam mengendalikan kes liwat tersebut, bagi memastikan ia tidak dipandang sinis atau mempunyai unsur-unsur membalas dendam.

Pada 28 Jun lepas, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis dengan mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.

Syed Hamid juga berkata beliau percaya Anwar akan menggunakan pilihan raya kecil Permatang Pauh sebagai medan terbuka untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Penasihat PKR itu menurutnya, akan menjadikan media dan masyarakat sebagai mahkamah yang akan menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak.

“Dia (Anwar) bukannya mahu mencari penyelesaian dengan cara undang-undang, sebaliknya dia hanya mencari persepsi politik seolah-olah dia adalah orang yang teraniaya. Sedangkan kita terlupa orang yang ada stigma dan menjadi mangsa dalam perkara (kes) ini,” katanya.

Anwar katanya, memang mahu kes liwat beliau itu dibicarakan oleh “mahkamah media atau persepsi masyarakat” kerana kadangkala laporan-laporan berita yang dikeluarkan itu mengelirukan dan tidak menepati proses yang diperlukan.

Pihak kerajaan menurut beliau, sebenarnya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kes liwat Anwar itu, tetapi terpaksa bercakap selepas kes tersebut dipolitikkan untuk mengelak rakyat daripada terkeliru berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pihak tertentu.

“Adalah susah untuk Polis dan Jabatan Peguam Negara untuk menjawab (kenyataan-kenyataan tentang kes itu) kerana ada butiran dan maklumat yang tidak boleh dikeluarkan,” katanya.

Syed Hamid berkata, medan terbaik untuk membela diri daripada pertuduhan adalah di mahkamah.

Khamis lepas, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan melepaskan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta merta bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada pilihan raya kecil yang tarikhnya akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rabu ini.

BERNAMA


Responses

  1. Apa nama, kununnya tambah sikitlah! Peguamcara Negara yang telah dikembiri akan bersandiwara untuk Kendalikan Kes sandiwara Liwat dalam usaha untuk menghitamkan Anwar hatta pensejarahan umat melayu gamaknya.

    Hamid, Hamid, sah engkau telah mencampakkan nilai melayu dan sejarahnya ke lembah kekotoran!!!.:)

  2. Sudahlah sibotak………didunia ni boleh le kamu tunjuk kuasa kamu…….ingat didalam kubur kamu rasa le azabnya…..Masa tu kamu nak menyesal……nak bertaubat dah tak guna….nak dihidupkan balik untuk menebus dosa tak guna..dasar manusia bertuhan RM……ingat ada kuasa yang lebih besar dari kamu sibotak iaitu ALLAH SWT……..

  3. TOK HAMID, TOK MAIL DAN BAKRI, buatlah apa-apa yang patut, yang kamu rasakan sesuai dengan kuasa yang ada pada kamu. Ingat!!!ALLAH lagi berkuasa. Jangan buat-buat lupa pulak pada kawan-kawan seperjuangan seperti KHALID JEFFRI, MOKHTAR ABDULLAH DAN DR RISTINA, OOP… LUPA PULAK SANUSI JUNID. Nanti boleh lah join the club. Selamat…..

  4. Hamid ni dah makin teghok nakpeknye……apa hai?

  5. dia ni so desperate betullah!
    takut beno dia kalo pakatan rakyat memerintah!
    sanggup buat apa saja demi isi perut!!!!!!!!
    gilerla dia ni!!!!
    EMO!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: