Posted by: pinkturtle2 | Ogos 4, 2008

Buang Tugu Negara,Malaysia Tidak Memerlukan Tugu Peringatan

Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita".Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita".Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati - Ust Asri

Gantikan Tugu Negara, kata mufti

Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia “mempunyai unsur-unsur keberhalaan” dan “bukan warisan kita”, kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.

dr asri mufti perlis blog comment on pak lah on hari pahlawan flower at national monument 040808Menulis di blognya bersama foto Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan kalungan bunga (foto kiri), Dr Mohd Asri berkata:

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

“Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

“Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

“Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.”

Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk “mengalihkan pandangan” awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.

“Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?” katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis.

“Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian,” katanya.

Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.

Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.

Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.

Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.

http://www.malaysiakini.com/news/87248


Responses

  1. tugu kita gantikan pak lah,najib,khairy,ezam dan seangkatan be end dan alif mim nun wau (sarkis) pilem pendekar mustar….

  2. Dr Mohd Asri berfikiran kolot dan berbau perkauman. Sebagai seorang Mufti beliau sepatutnya buat analisa sejarah Malaysia. Saya dilahirkan di tanah air Malaysia dan memandang dgn hormat dan sanjung tinggi perajurit kita. Tapi Dr. Mohd Asri jadikan ni isu kaum. Tak layak jadi mufti

  3. Firstly, this shouldnt have been turn, view or make into a religious issue. people could have place flowers, written notes, has a minute of silence, light candles, pray, or even donate and wear a pin(as in Britain) to remember such a day.

    It is the thought that counts that we still and do remember and respect for them.

  4. Wa ale lase aaa..Tugu kile..nganti same itu DAP munya BOSS Lem Peng Siam,Kapla PuSing same konco-konconye.. tengah pegang mendela Loket aaa..balu magus wuntuk Malaysia Malaysian..wooo…

  5. Ini orang memang so-hai. Eat too much already, nothing better to do?

    Go do some constructive work lah, ‘mufti’!!! 😡

  6. aiyoo murugan machaa…!!
    itu mufti dr asri haa..dia ustaz muslim la..
    bukan sami kuil batu cave sane..lu duduk diam2 tebar roti canai saja laa..takmo kaco hal org islam..
    ok haa?

    haiyaaa apek eng nwe lee waat..
    wa ala hingat haa lu punye idea manyak bagus tapi ha manyak buduh punyee..mana lu sekolah dulu haa?itu tugu sape bikin?? utk ape kasi bikin??
    lain kali mau cerite haa kasi elok skit maa..nih lu type sambil mkn itu bak kut teh ha?manyakk buduh punye olang hoo…

  7. Aloo Mr Murugan. Itu mufti cakap….perkara yg dilakukan oleh PM sudah menyalahi agam islam. Bukan menyalahi undang2 negara. So, dalam islam perkara sebegitu salah. Cuma PM tak faham2 hal ini. Sy rasa kalau dia faham, dia boleh arahkan seorg pemimpin bukan Islam yg melakukan upacara tersebut…itu saja..ape yg you cakap kolot2 tu semua. Kalau you rakyat M’sia…tentunya you faham hal ini.

  8. wahai kawan kawan yang bicara,tolong hormati pahlawan kita.pahalawan kita bukan orang melayu sahja.ada kaum kaum lain pun titskan darah mereka untuk mepertahankan negara.kita kena hormat lah pahlawanpahlawan.kalau tida pengorbanan dari pahlawan kita samada melayu,cina,india,sikh,gurka,dayak dan lain bangsa dan suku kaum dari sabah sarawak telah pertahankan negara ini dari serangan jepun dan komunis.kalau tak da wira wira kita ini negara lama jatu padah komunis.patung ini di buat bukan untuk mengingati pahlawan melayu sahaja.pahlawan dari bukan melayu pun ada.kalau tak PM dan AGUNG sebagai tak au nak pi kalung sana dan tafakur sana, hantar saja orang bukan islam samada menteri ke atau pegawai tinngi kerajaan pergi laksanakan upacara itu.Bukan semesti nya PM atau AGUNG pergi.Pasal PM dan AGONG tak boleh nak sempurankan upacra KERANA dia orang islam.kita orang bukan islam kena faham itu.Tapi alasan PM AGUNG islam kita kena roboh benda itu adalah tidak logik.Kalau kita roboh kemungkinan masalah ini akan mendatangkan kemarahaan dari pahalawan pahlawan tentera dan polis.isu ini adalah sensif pada pahlawan pahlawan tentera dan polis kita.Nanti dia orang rasa kita tidak menghormati dan menghargai pengorbanan mereka.kita tak mau dia orang rasa tersisih dan kecil hati.Tugu pringatan dan hari perjurit adalah satu ataunya hari untuk kita mengenang balik jasa mereka.Orang yang cakap cakap dalam blog ini-kemungkinan hampa jenarasi baru.hampa kena baca banyak sejarah pahlawan pahlawan kita.Bagi saya.saya bagi pandangan pada mufti perlis-Tuan jangalah timbulkan isu isu macam ini lagi.Benda ini sensitif bukan bagi orang islam sahaja tapi bagi bukan islam dan juga pada pasukan anggatan tentera dan juga polis.Tuan mufti metui kena ingat dan fahambahawa walaupun kita negara islam kita rakyat berbilang bangsa.Bila tuan mufti timbulkan masalah macam ini-Tuan tolong tengok lah sendri komen komen diatas dari orang yang tulis.dia orang tulis macam orang tak sekolah.tulis semua oarang bolih-tapi orang macam saya,bekas tentera-saya tersinggung.

  9. saya setuju dengan pendapat AlSalam-KALAU pm dan agung islam,hantar sahaja lah wakil bukan islam pergi buat upacara itu.nak roboh itu idea cetek dan pemikiran orang fanatik islam.Niat mufti perlis jahat dan boleh ancam keslamatan negara dan naikan kemarahaan dari pahlawan tentera dan polis.TANGKAP DIA MASUK DALAM ISA. SAYA BEKAS PEGAWAI WARAN DAN SAYA MARAH DENGAN KENYATAAN MUFTI PERLIS.

  10. Saya anak bekas anggota polis-sub inspekter Hutam Singh Grewal.Bapa saya mati di tangan komunis masa darurat.kami sekeluaga pergi melawat tugu negara masa hari pahlawan.please hormat lah pahlawan kita.Mufti u cari lah idea lain.Pihak polis siasat motif sebenar mufti perlis.Dia itu komunis dalam rupa mufti ke?Dia boleh mengancam keselamatan negara tangkap dia masuk dalam isa-saya setuju dgn Dayak.

  11. PINK TURTLE BARUAH

  12. Tugu Negara diBina atas Ilham oleh Ketua yg tak dididik dgn elok dlm Halal Haram Islam. Jika nak tau ttg ” Ketua ” ini, sila baca Profail Arwah di Wikipedia, Silap2 anda boleh TERgelak membaca nya.
    Inilah pentingnya Ilmu yg Baik2 yg diajar oleh Ibu Bapa & Cikgu yg bagus2 utk anak2 agar apabila menjadi KETUA tidak lagi BUTA dlm hal2 Halal Haram Islam.
    Utk Pilihanraya akan datang, Ingatlah … Pilihlah Pemimpin yg CERDIK & LAYAK jadi pemimpin utk memimpin Negara diLandasan yg betul baik dlm apa segi pun. Sebagai contoh ..UMNO & BN boleh bercakap apa sahaja tentang ekonomi tetapi REALITInya, kita ketinggalan drp negara2 yg bukan saingan kita spt Thailand & Indochina. Memetik kata2 Menteri Mentor Singapura…. Itu olang aaa TATAK CERDIK mau Tadbir Ekonomi punya… FIKIR2kan dilain masa utk memilih KETUA…. TERsalah Congak… Anak Cucu cicit kita jadi PENDATANG ASING diTanah Air Sendiri !!

  13. al-salam,
    dayak , surjit , (bodo tahap biawak)

    apesal la korang nih bengap tak phm pemahaman langsung…
    dlm hal nih..mufti nih maksudkan ialah pemimpim ‘islam” yg melakukan upacara tersebut adalah haram kerna ia seperti menyembah barhala..dan dlm konteks nih..korang kena paham jugak..PM dan AGUNG adalah MUSLIM iaitu org ‘ISLAM..bukan india cina bengali dutdut dll…dan dlm islam, pemyembahan barhala adalah haram dan syirik!!..
    bukan maksudnye hendak mempertikaikan kewujudan TUGU tersebut..apelah bangang sgt korang nih…korang tau M’sia nih majoriti adalah penduduk ISLAM & melayu??
    ape korang ingat nih negara asal mak bapak korang ke? (kalu brani kutuk la melayu)
    dan masalah yg mufti nih sebutkan dalam artikel tu adalah PM seorg muslim yakni haram baginye melakukan upacara tersebut dan seharusnya dia wakilkan saja kpd org bukan islam utk upacara tersbut..
    AGUNG juga diletakkan sebagai GENERAL / ketua angkatan tentera M’sia pun tak buat upacara penyembahan tugu tersbut !

    kepada Askar pencen..saya setuju dgn anda..

    kata-kata Dr. asri :
    “Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?”

    haa..ape cite???

  14. al salam,dayak,surjit memang bangang bukan tahap biawak jer,babi tonyok lagi tu….dalam islam secara pikir otak korang…patut tak kalau dalam islam dok pi sembah patung tu…iya laa macam keling dok sembah patung dah macam rupa babi tonyok,so sama macam PM atau Agong yang sembah tugu tu…paling tidak nyer pi masjid negara pakat ramai-2 rakyat malaysia sembahyang hajat atau tahlil untuk arwah-arwah atau seangkatan yang kandas dalam medan peperangan sewaktu kita lom ada lagi….sekarang nie mufti tu kata ubah cara persembahan hormat kat tugu negara tu….kalau nak robohkan pun aper salah nyer..kalau tak pun biarkan ajer bagi kat pelancung asing tengok….pada makciktimah sexy…saya sokong awak,…tapi tongong al salam,dayak,surjit…memang bengap tak dapat di ajar…mufti tu ilmuan islam yang tinggi

  15. al salam adalah lumbu dan kobau meno! mana ada orang islam buek gitu kecuali pemimpin meno yang samdol dan bahalol aje yang beuk gitu! tak caye tanya kepada yang dah kojol dulu dan masih idup sekarrang nie…madey dan bedollah bangang!

  16. asri…jd timb. pm la…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: