Posted by: pinkturtle2 | Ogos 5, 2008

Samy Vellu Bersedia Beri Keterangan Tapi Bersyarat

Saya tidak akan menjawab apa-apa perkara mengenai isu MRR2 pada masa ini. Saya akan hanya menjawab sekiranya ada inkuiri dan bukan mengeluarkan kenyataan di luar - Samy

Saya tidak akan menjawab apa-apa perkara mengenai isu MRR2 pada masa ini. Saya akan hanya menjawab sekiranya ada inkuiri dan bukan mengeluarkan kenyataan di luar - Samy

Samy Vellu Bersedia Beri Keterangan Jika Suruhanjaya Bebas Siasat Isu MRR2

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu bersedia memberi keterangan berhubung keretakan jejambat Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) jika sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Presiden MIC itu berkata adalah tidak adil bagi beliau memberikan kenyataan mengenai isu itu sekarang memandangkan beliau kini bukan lagi seorang menteri dan Menteri Kerja Raya sekarang, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, sedang meneliti perkara itu.

“Saya tidak akan menjawab apa-apa perkara mengenai isu MRR2 pada masa ini. Saya akan hanya menjawab sekiranya ada inkuiri dan bukan mengeluarkan kenyataan di luar,” katanya kepada pemberita ketika ditanya tentang isu keretakan tiang penopang jejambat MRR2 di ibu pejabat MIC di sini Selasa.

Pada Ahad, jejambat MRR2 yang menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur sepanjang 1.7 kilometer serta jalan di bawahnya ditutup kepada semua lalu lintas berikutan keretakan itu, dengan dua daripada enam lorong berkenaan ditutup daripada lalu lintas untuk kerja-kerja pembaikan selama tiga minggu.

Mengulas tentang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Samy Vellu berkata MIC kini “mengambil strategi membisu dan kami akan hanya memaklumkan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan pucuk pimpinan parti untuk mengetahuinya.”

Terdapat sejumlah 3,125 pengundi India di kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan sejumlah 2,000 daripadanya adalah anggota MIC.

Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) bernilai RM500 juta di Semeling, Kedah pada 17 Ogos.

Universiti itu yang dimiliki Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), sayap pendidikan MIC yang pada masa ini mempunyai 2,100 penuntut yang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dan akan mengadakan majlis konvokesyen sulungnya tahun ini.

BERNAMA


Respon

  1. Mengapa perlu bersyarat Dato’ Seri? Masa menjadi Menteri dulu tak pernah pun bersyarat pun beri kenyataan media. Macam rakyat marhaen sekelian yang ada ini tidak cerdek, asyik mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperbodohkan diri sendiri, bagi menghalalkan peruntukan pembaikan MRR2. Apa ada apa-apa yang tidak kenake?

    Pendokong-pendokong Be End, bila lagi mahu sedar. Bukan rakyat marhaen saja yang terima kesukaran ini, malah hang pa semua pun kena juga. Apa mahu timbang-timbang lagi? Tak kan nak tunggu sampai tompang-tompang tu menyembah bumi. Sipa yang perlu bertanggungjawab dalam perkara ini. Lu fikirkan lah sendiri….

  2. Udah tentu bersyarattt….syaratnya ialah jgn ada tindakkan terhadap beliau sekiranya satu lagi “pekong” kerajaan BN didedahkan….sure punye laahhh….buat jambatan bernilai juta2….repair tempohari pun makan juta2….rakyat yg berjuta2 ni pun ternganga….

    Itu sebenarnya simbolik kepada keruntuhan regim BN….keretakkan yg kian meruncing….roboh nye nanti jambatan tu bersama robohnya kerajaan BN….tak paham2 lagi ker org2 amno niii?….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: