Posted by: pinkturtle2 | Ogos 5, 2008

10 PENYELEWENGAN BESAR DALAM KES ANWAR

aiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR

.

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

http://www.tranungkite.net


Responses

  1. assalamualaikum,
    saya ucapkan syabas kpd penulis atas penghujahan beliau.

    saya cadangkan kita teruskan saja dengan “pembicaraan rakyat” spt ini.

    kita sebarkan kpd sebanyak mungkin website lain serta media lain yg dikuasai

    terjemahkan kpd bahasa inggeris (dan bahasa lain juga, spt arab, jepun dll) untuk disebarkan ke seluruh dunia.

    biarlah isu ini diglobalisasi, agar kita mendapat sokongan dan simpati seluruh dunia.

  2. Kepada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan kes ini fikirkan semasak-masaknya. Tumpuan dunia sedang memfokuskan pandangan mereka ke Malaysia ini. Apakah tidak malu dengan mereka. Mungkin tidak, sebab dengan Allah pun mereka tidak takut inikan pula dengan manusia dan sesetengah mereka terdiri dari golongan yang menolak hukum Allah.
    Teruskan usaha-usahamu. Kami rakyat marhaen akan sentiasa merujuk kepada Allah, bersolat hajat kepada Allah, berserah kepadanya.
    Doa kami….
    “Ya Allah ya Tuhan kami, segala puji bagimu Tuhan sekelian Alam, Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para rasul, para anmbia dan keluarganya, Ampunilah kedua-dua ibubapaku Ya Allah..kasihilah mereka ya Allah sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil Ya Allah, tempatkan mereka bersama-sama mereka yang mendapat rahmatmu ya Allah…..

    Ya Allah ya Tuhan kami , Tuhan sekelian alam, Kau berikan kifarahmu yang adzab kepada mereka yang mempunyai niat yang zalim walau sebesar zarahpun Ya Allah, Kau kifarahkan kepada mereka hendaknya di waktu mereka di dunia ini lagi Ya Allah, bagi membuktikan persengkokolan mereka adalah merupakan sesuatu yang perkara yang zalim Ya Allah, dan tidak boleh diterima oleh kami Ya Allah.
    Ya Allah Ya tuhan kami… Kau bangkitkanlah kebenaran mengatasi kebatilan Ya Allah..agar kami mendapat pedoman Darimu Ya Allah, dan kepada semua konspirator yang ada mempunyai niat yang zalim agar menjadi teladan kepada kami dan mereka Ya Allah….

    Segala Salawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW, dan Segala pujian bagi mu Ya Allah, tuhan sekelian Alam….”

    “Aminnn…..”

  3. Saya sokong! Sokong apa? Perancangan konspirasi mega liwat 2 ini tidak handsome.

    Yang handsomenya, kalau sayfool minta bantuan segala pondan di Lorong Haji Taib untuk korek korek korek juburnya.

    Supaya bila dijalankan ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) maka terlondehlah kemaluan para pondan sebagai kambing hitam konspirator.

    Jangan, korek jubur!!! Kah kah kah.:)

  4. wahai abdullah dan najib usah lagi kamu dilihat amat bodoh di mata rakyat malaysia..terasa amat jijik sekali permainan kamu demi untuk mengekalkan kuasa yang sementara didunia ini..tahukah kamu apa balasan diakhirat kelak atau sesudah kamu berdua mati..tidakkah kamu mempercayai kekuasaan allah melebihi dari kekuasaan yang kamu ada ketika ini..itu pun sementara kerajaan be end kamu yang dah nak hampir maut..seluruh rakyat malaysia dan anak-cucu kamu akan mengutuk kamu untuk selamanya kerana kamu berdua telah meruntuhkan tamadun umat melayu dan islam..memfitnahkan dan memgadu domba adalah amalam pemerintahan kamu di hujung kuasa..

  5. alahai! cik mohamad ismail…ko punya piem pimp dan tpiem pimp tuh mamang kobau, lumbu dan bahalol, le bangang le bengap dan le barua lah!

    dan olang cam nie nak jadi pemimpin..pimpin bini pun kiok! inikan plak nak pimpin rakyat! kepada tpiem pimp najis tu igat lah..lahabau..bile mau kojol cepat lah bloeh dating sama antantuya kek hell tu!

  6. Itulah, seingat saya tuduhan liwat tahun 1998 lagi konkrit dan sistematik. Tapi tuduhan itu juga akhirnya ditolak oleh mahkamah. Tapi tuduhan liwat kali ini nampak sangat banyak kepincangannya.

    Tidak syak lagi kes ini akan meruntuhkan kebolehpercayaan terhadap sistem kehakiman kita, meranapkan sama sekali kewibawaan Jabatan Peguam Negara kita dan akhirnya menghilangkan terus kredibiliti dan integriti pasukan PDRM.

  7. Alhamdulillah…penjelasan penulis amat bertepatan dan boleh diterima akal sekalian rakyat marhaen. Pak2 menteri dan juak2 UMNO ni hatinye keras dan mungkin dah hitam akibat dek kerap makan hasil rasuah, minum arak dimajlis2 atau parti2. Yg lebih menyedihkan lagi, antu2 ni semuanya kebanyakan “Melayu Islam” kalau tgk rekod pengenalan diri…tapi mungkin Islam pada pandangan mata….tapi mengamalkan apa yg disarankan oleh Islam mungkin jauh sekali. So, tak pelik laa kalau juak2 ni dok melatah serta gundah gulana apabila menyedari tahap kesedaran rakyat mula meninggi. Mereka ni celik tapi buta…buta akal…buta hati….buta iman. Mereka ni mengaku beriman…sedangkan rukun iman tu sendiri jelas…perkara yg paling asas. Bukan ker adanya syurga-neraka itu benar….kehidupan di alam barzakh itu benar….segala amalan baik dan buruk itu ditimbang adalah benar….so, dimana letakkanya tahap keimanan pemimpin2 melayu islam dikalangan UMNO ni? Kalau PM sendiri pun dgn selamba dan tanpa rasa bersalah memeluk tubuh perempuan bukan muhrim…adakah itu boleh dijadikan ukuran imam hadhari?…isshhhh….kemanakah hati dan pemikiran mereka dalam melaksanakan amanah rakyat?….sedih….sungguh sedih….walhal masih ramai lagi rakyat bumi malaysia ni yg berikat perut menahan lapar dek kemiskinan…yg tiada upaya menyara kehidupan keluarga….juak2 UMNO-BN ini sibuk bercakaran dalam melobi diri masing2 demi kepentingan harta dunia nan smentara. Sedarlah….sedarlah wahai rakyat M’sia…sepatutnya kehidupan kita sekrang ni tidak perlu dibebani dgn masalah ekonomi kehidupan yg kian menjerut leher…ini semua angkara tangan2 kotor pemimpin yg rata2nya berpendidikan tinggi…tapi maruahnya letak dibawah tapak kaki. Sedarlah…sedarlah wahai rakyat M’sia…

  8. orang-orang yang otak senget seperti najib, hamid albar dan khairy the broke ajer yang percaya anwar meliwt saiful.

  9. KONSPIRASI LIWAT ANWAR NI ADALAH KEMUNCAK KEBODOHAN PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO !!! DAN ORANG MELAYU YANG BERIMAN DENGAN AGAMA ALLAH SWT SEWAJIBNYA MENJAUHKAN DIRI DARI PEMIMPIN PEMIMPIN YANG BODOH DAN BEREBUT-REBUT PULA MEMPAMIRKAN KEBODOHAN MASING MASING PADA KHALAYAK RAMAI !!! AMAT MEMUALKAN !!!

  10. tengok sepintas pun tau sape salah sape tak salah.
    T/kasih atas articla di atas, sudah saya 4wardkan padak kwn2 yg mls membace.

  11. Wayang arahan Najib and co ni cam tahap sampah jeh…patut amik la director2 hebat skit…speilberg Yahudi ke, Ridley scott ke, James Cameroon ke..baru nampak real skit…Nampak sangat bodo wayang dorang nih..pilem2 Prof. Razak tuh pun nampak bagus laie dari wayang Najib nih….Mana la punya syarikat produksi dorang nih tempah…. Bukit Aman production kot?

  12. Salam blogger…

    Puas hati aku baca post saudara…
    Memang kes DSAI ni xde ape2 pun…
    Merekacipta kes je…
    Aku tanya tok bond pon xleh jawab…

    Tapi…Sayfool tu rela plak jatuhkan maruah sendiri ek…Asik bersumpah dengan nama Allah plak tu…
    Rentikan laa Sayfool…rakyat dah meluat tengok muka lu…Jangan sampai Tuhan balas lu COD dah laa…Baik bertaubat…
    Jangan menafikan yang hak..Insaf laa Sayfool..

    Bukit Aman production house??? Udah2 la tu….

  13. tersskan perjuangan anda

  14. […] 10 PENYELEWENGAN BESAR DALAM KES ANWAR […]

  15. Imbau balik kes 1998…
    Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sebelum Mendapat keputusan Mahakamah Rayuan. Bolehkah hukuman dijalankan jika proses perbicaraan belum ditamatkan ?.

    kemudian mahkamah persekutuan membebaskan anwar yg telah pun 6 tahun menjalani hukuman.
    Apakah penganiayaan ssebigini akan diteruskan ?

    LEMAH SANGATKAH BARISAN PIMPINAN NEGARA YANG BEGITU FOBIA DDAN TAKUT DENGAN NAMA ANWAR IBRAHIM ?

    APAKAH TAKUT MEREKA KERANA SALAH ?

    APAKAH BERANI ANWAR KERANA BENAR ?

    luar biasanya ….

    saiful lapor polis pd 28.Jun 08, hari-hari polis dan menterinya melaporkan siasatan sedang giat dijalankan. wan Azizah melepaskan jawatan parlimen 31 julai. aAleh-aleh menteri dlm negeri kata siasatan dah lengkap dan diserahkan kepada pej. peguam negara.
    Wow !!! sungguh luar biasa kecekapan pak polisi dibawah pimpinan pak hamid.

    spr pun umum tarikh mengundi 26 ogos (hari selasa ) wow !!! satu lagi keluarbiasaan …. mengundi hari bekerja dan luar cuti sekolah. spr kata tarikh diputuskan selepas perbincangan terperinci (dengan siapa ?) mungkin diputuskan supaya sama dengan tarikh saiful MENGAKU diliwat.

    banyak lagi persoalan-persoalan lain yang tiada jawapan; yang tiada dapat dirasionalkan oleh akal yang normal; yang tiada dapat menteramkan hati yang bersih; yang tiada dapat menahan pergoalakn jiwa yang menuntut keadilan; yang tiada dapat menahan tuduhan negatif kepada barisan pemimpin; yang tiada dapat untuk berbagai-bagai lagi alasan yang tulus dan suci.

    aduahai bakal penghuni kubur. insaflah sebelum terlambat. janganlah terpedaya dek kasim ahmat – siksaan kubur itu rekaan semata.

  16. Semoga semua yang terlibat dalam kes fitnah memfitnah ni diberi hukuman oleh Allah di dunia lagi. Ingat tak lagi penulis buku 50 dalil mengapa Anwar tak bolej jadi PM, Khalid Jafri menderita sakit diabetes yang teruk, kaki terpaksa dipoting dan akhirnya mati dalam keadaan hina. Mokhtar Abdullah (Dugong) pun sakit barah otak hingga doktor terpaksa belah kepala dia. Kemudian koma beberapa lama dan akhirnya mati dalam keadaan hina gak. Ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai aka fikiran.

    • Amat dikesali Sdr. Ahmad Kamil mendakwa penyakit diabetes dan barah otak sebagai balasan Allah swt di dunia kpd orang yg saudara anggap dan hukum sbg penjahat. Persoalannya, apakah dosa adik ipar dan bapa mertua sdr yg kini menderitai barah ? Adakah mereka juga penjahat ? Setahu saya semua penyakit yg manusia deritai tu merupakan ujian Allah swt semata-mata. So stop being smart Alex and be fair and compassionate towards the chronic disease sufferers. Allah maha pengasish dan maha penyayang. Apa yg berlaku kpd kita adalah ketentuanNya.

  17. Dalam kes SDAI ni la…. Media perdana kroni kera jaan tidak perlu dipercayai selama-lamanya.. Ada ke dia kata SDAI pernah dipenjara kerana rasuah! betul ke…… TV3 JAWAB!!!

  18. […] by seriiskandar on August 8, 2008 Lihat disini Possibly related posts: (automatically generated)Anwar Semalam 2USA Beri Amaran Dalam Kes Liwat […]

  19. naik menyampah aku dengan Dollah Bodohwi,najib,Musa Hasan..otak letak kat lutut..pi mampossss la korang……

  20. […] Dari Blog Pink Turtle […]

  21. […] Taken from Pink Turtle: […]

  22. Kalau dah betul banyak kepincangan, apasal x bicara kat mahkamah je? kenapa nak mintak gugur kes? kalau alibi kukuh, kenapa takut nak bicara? Persoalannya saudara peguam… Kenapa saudara nak menghukum saiful bersalah sebelum dibicarakan? Kalau saudara rasa buktik2 pihak pendakwa raya tidak kukuh.. Biarkan diorg bentang di mahkamah.. baru rakyat boleh tgk… ini belum apa2 dah nak gugur kes.. bicara la dulu.. kasi peluang dua2 pihak cerita dalam mahkamah… Pasal laporan HKL tu, baru timbul cerita… Boleh saudara peguam bagi buktinya? bagilah kat semua org baca… setakat cakap je buat apa… ada org cakap dalam laporan tu jugak kata air mani anwar ditemui dalam dubur saiful.. tapi org cakap.. Point saya… teori saudara cuma spekulatif dan xde bukti konkrit… Kata peguam… mungkin kategori peguam bela… Client Always Not Guilty… Apa2 pun kalau berani bicara dimahkamah… X payah sibuk2 nak gugur kes… DSAI kata dia bersedia berhadapan dengan Saiful… Apa lagi? Ini la peluangnya…

  23. […] the rest of the misgivings here, it is very interesting […]

  24. kepada yg menggunakan nama rakyat jelata,ko tau tu konspirasi kan? ko nak jayakan sngt ko ni antara org yg akan menghancurkan bangsa melayu gak ker? skrg 1 dunia dah tau yg hakim negara mmg akan sumbat anwar ke dlm penjara.itu pun ko tak nampak.ckp pandai.tp otak tak pakai.nak jerat lah tu,ingat apa2 keputusan anwar tu bukanlah keputusan dia sorg2.itu semua utk meneruskan perjuangan.klu disumbat dlm penjara nak jaga rakyat mcm mana? mahkamah siapa punya? polis sapa pegang? sistem kehakiman sapa kuasai? lu punya kepala hotak letak kat tapak kaki lu ckp pandai tp kosong.


Tinggalkan Jawapan kepada budak tadika Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: