Posted by: pinkturtle2 | Ogos 6, 2008

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh: Penamaan calon 16 Ogos, undi 26 Ogos

Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabri Syed, memberikan salinan kenyataan media kepada wartawan di Putrajaya, tengah hari ini. Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos.

Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabri Syed, memberikan salinan kenyataan media kepada wartawan di Putrajaya, tengah hari ini. Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos.

UMUM ... Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Iskandar Abdul Wahab,26, menunjukkan tarikh pilihanraya bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh yang telah ditetapkan di lobi ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

UMUM ... Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Iskandar Abdul Wahab,26, menunjukkan tarikh pilihanraya bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh yang telah ditetapkan di lobi ibu pejabat SPR di sini, hari ini.

Permatang Pauh: Penamaan calon 16 Ogos, undi 26 Ogos

06-08-2008 12:55:30 PM

(Mutakhir) PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan minggu lalu, akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Penamaan calon pula ditetapkan pada 16 Ogos dengan tempoh berkempen selama 10 hari.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan berikutan pengunduran penyandang kerusi itu yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu.

Seramai 58,459 pemilih layak yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pengundi pos layak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil kali ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuaratnya yang bermula 10 pagi, SPR berkata, Pegawai Daeha Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya dilantik sebagai Pengurus Pilihan Raya.

Writ pilihan raya akan dikeluarkan esok manakala notis pilihan raya pula hari keesokan,

“SPR memberi nasihat kepada semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon dan petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan agar dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

Tambahan Suku Tahun Pertama tahun 2008 yang diwartakan pada 19 Jun 2008 dan dikemaskini sehingga 31 Julai 2008, hendaklah digunakan dalam pilihanraya kecil P.44 Permatang Pauh.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. aku tetap sokong PR. Hidup PR!!!!

  2. bn mmg pengecut, layak lawan pondan padang kota, permatang pauh bkn tempatnya!

  3. SOKONG BN DI PERMATANG PAUH BERMAKNA SOKONG KENAIKAN HARGA MINYAK…. SO KEPADA SEMUA PENGUNDI DI PERMATANG PAUH, FIKIR DULU SEBELUM UNDI…. UNDILAH PR!!!!

  4. kepada pendokong dsai @ PKR @ pakatan rakyat, tolonglah jangan angkuh. janganlah terlalu over confifdent. sesungguhnya kalian berhadapan dengan musuh yang licik dan menggunakan taktik kotor. mereka sanggup menggunakan apa juga cara untuk menang.

    merendah dirilah kalian macam Lim Kit Siang merendah diri sebelum PRU ke-12 dulu. akhirnya pengundi-pengundi Cina mengundi DAP walau pun parti itu kekurangan dana untuk menghadapi pilihan raya itu.

    atau merendah dirilah kalian bagai Nik Aziz merendah diri dengan solat, munajat dan linangan air mata keinsafan. akhirnya kebanyakan gerombolan pengundi luar yang di bawa UMNO balik ke kelantan memangkah bulan.

    mohonlah bantuan daripada Allah. jangan lupa minta tunjuk ajar daripada orang Pas kerana mereka pejuang-pejuang yang biasa susah dan sangat berpengalaman menghadapi raksaksa BN. bekerjasamalah dengan DAP dan tunjukkan keikhlasan kamu agar kamu dipercayai.

    hendaklah kamu sentiasa bijaksana dalam menghadapi provokasi dari pihak BN @ UMNO. ingat, mereka kini umpama harimau terluka. mereka nekad bertindak apa saja… sokongan buat kalian.

  5. Kepada pengundi pmtg pauh undilah DSAI jikalau anda mahu melihat segerombolan ahli UMNO masuk mahkamah dan akibat kes rasuah…………(UMNO) cemerlang,gemilang dan temberang dari dulu kini dan selamanya (cekap-mengamalkan rasuah,Aman-senyapkan kes, makmur-makan sama-sama)Allah selamatkan penyokong DSAI


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: