Posted by: pinkturtle2 | Ogos 6, 2008

Usaha Halang Anwar Sertai Pilihan Raya kecil

Tindakan mengheret Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sebaik sahaja pengumuman mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dibuat adalah usaha menghalang beliau menyertai pilihan raya tersebut - Dato' Kamarudin Jaffar

Tindakan mengheret Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sebaik sahaja pengumuman mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dibuat adalah usaha menghalang beliau menyertai pilihan raya tersebut - Dato' Kamarudin Jaffar

Hadapkan ke mahkamah, usaha halang Anwar sertai pilihan raya kecil

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) – Tindakan mengheret Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sebaik sahaja pengumuman mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dibuat adalah usaha menghalang beliau menyertai pilihan raya tersebut.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap perkembangan tersebut kepada Harakahdaily hari ini .

Anwar dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta jam 10.00 pagi esok.

Sebelum itu, Kamarudin telah mengirimkan satu SMS kepada Harakahdaily menyatakan Anwar akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Kamarudin, paling menghairankan tindakan ini dibuat sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pengumuman penting mengenai pilihan raya Permatang Pauh yang disebut Anwar menjadi medan kembali ke arena politik.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula menyatakan bahawa tindakan itu berniat jahat dan sengaja dilakukan tatkala kerajaan melihat rakyat memberi sokongan penuh kepada Anwar.

AMK turut kesal dengan perkembangan itu dan menyifatkan ia tindakan yang menyempitkan lagi ruang demokrasi, katanya.

Justeru atas solidariti kepada Anwar, AMK telah menghubungi semua petugasnya untuk mengadakan himpunan menyokong Anwar di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9.00 pagi esok.

Anwar dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah esok berikutan kertas siasatan dakwaan liwat yang dibuat Saiful Azlan pada 28 Jun lalu.

Polis dilaporkan telah menyerahkan satu dokumen kepada Anwar berhubung pertuduhan itu.

Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, tatkala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja menetapkan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Sumber KeADILan menyatakan bahawa, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira di rumah Anwar jam 12.00 tengahari tadi.

Sementara itu, dalam satu sidang media di Putrajaya pagi tadi, SPR mengumumkan pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli Parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos.

SPR yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Namun sejak 1998, kerusi itu disandang oleh Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi.

Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya.

Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka.

Abdul Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Apa jua yang berlaku pada hari ini ada lah menambahkan kebencian rakyaat pada pemerentahan be end.SPR mengumumkan tarikh penamaan calun dan pembuangan undi pilihan raya kecil Permatang Pauh,dalam masa yang sama DSAI di heret ke mahkamah untuk mengenakan pertuduhan.

  2. Hemmm…Tan Sri Musang dikecualikan…tapi balachi dia yg satu lagi tolong sama…2×5 jer dgn Musang tuuu. Kalau dah terdesak…polis2 pun dikerah menjadi baruah. Kesian aku tgk polis2 kat M’sia ni. Bukan semua yg sanggup buat kerja kotor ni….kekadangtu kita harus berfikir bagaimana perasaan mereka2 yg dijinakkan untuk dikerah menjalankan kerja2 bangsat. Aku tak heran tgk pangkat2 terlekat pada uniform polis berpangkat tinggi. Agaknya itu semua melabelkan tahap kesediaan mereka bersekongkol demi menjaga kepentingan segelintir pemimpin kerajaan Babi Negara (BN). Di tpoi mereka ada logo yg tertera “Allah” & “Muhammad” kalau tak silap….tapiiiii.. Yg menyedihkan…polis2 yg bersih jugak terpalit sama. Mintak Dr Asri mengulas ler perihal kerjaya polis di negara ni. Halakah pendapatan mereka untuk diberi kpd anak bini sekiranya mereka ni diminta mematuhi arahan pihak atasan kononnya dengan melakukan sesuatu tindakkan yg dilihat membelakangi akal normal manusia sejagat…atau dgn kata lain mereka sanggup menjadi anjing suruhan pemimpin2 atasan kerajaan BN. Sedih…kalau dilihat…ramai dikalangan anak2 polis yg terlalu sosial…bebas melakukan jenayah…ponteng sekolah dan bermacam2 lagi kesalahan…tanpa disedari…mungkin ini akibat rezeki haram yg dibawa ke rumah dah menjadi darah daging anak2 mereka.
    Usaha menghalang Anwar ke PRK Permatang Pauh ini secara terang-terangan mempamerkan kredibilti buruk pemimpin kerajaan BN. Sesiapa yg ada menyimpan banyak saham2…cepat2lah jual….ekonomi negara akan bakal merundum jatuh ke paras terendah dek kerenah pemimpin2 BN ni. Rakyat juga terpalit dgn kebodohan pemimpin bangang BN…warga asing pun boleh geleng kepala melihat telatah juak2 UMNO.
    Jika rakyat bangkit meluahkan kemarahan…anjing2 kerajaan dilepaskan membelasah dan menangkap mereka….sedangkan api kemarahan ini berpunca dari mereka. Semoga, seluruh jentera kerajaan bersabar dan yakinilah…kebenaran kian menjelma.

  3. Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah. Perancangan Allah jualah yg akhirnya akan mengatasi segalanya…
    Teruskan berusaha melawan kezaliman tanpa kenal erti jemu & putus asa…jgn lupa berdoa dan sembahyang hajat…moga Allah akan tunjukkan kebenaran-Nya….amin….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: