Posted by: pinkturtle2 | Ogos 6, 2008

Terang Lagi Bersuluh Pembohongan, Tapi Masih Hendak Didakwa

Saya minta perdana menteri bertanggungjawab bagi kerosakan yang bakal dilakukan kepada negara ini dan integriti dan kehormatan orang Melayu.Esok saya akan didakwa dengan satu jenayah yang saya tidak terlibat. Ia akan berlaku dengan sokongan aktif dan pembabitan berunsur jenayah peringkat tertinggi pasukan polis dan ahli politik - termasuk pejabat perdana menteri.- DS Anwar

Saya minta perdana menteri bertanggungjawab bagi kerosakan yang bakal dilakukan kepada negara ini dan integriti dan kehormatan orang Melayu.Esok saya akan didakwa dengan satu jenayah yang saya tidak terlibat. Ia akan berlaku dengan sokongan aktif dan pembabitan berunsur jenayah peringkat tertinggi pasukan polis dan ahli politik - termasuk pejabat perdana menteri.- DS Anwar

Anwar: Pejabat PM, polis terlibat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pertuduhan liwat yang akan dihadapkan kepada penasihat PKR itu di mahkamah sesyen esok.

“Saya minta perdana menteri bertanggungjawab bagi kerosakan yang bakal dilakukan kepada negara ini dan integriti dan kehormatan orang Melayu,” katanya di sidang media khas tentang kes mahkamahnya.

Polis tengah hari tadi menyerahkan notis bertulis di rumah Anwar memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok untuk mendakwanya bawah kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penasihat PKR itu juga mendakwa beberapa individu di keliling perdana menteri bertegas mahu beliau dituduh di mahkamah, selain pegawai-pegawai polis walaupun pandangan profesional di pejabat Peguam Negara berbeza.

“Esok saya akan didakwa dengan satu jenayah yang saya tidak terlibat.

“Penjenayah-penjenayah sebenarnya, dalam usaha mereka menghina saya dan mengalihkan hasrat orang ramai menyaksikan perubahan, bersembunyi di belakang tabir yang dicipta oleh media arus perdana,” katanya.

“Ia akan berlaku dengan sokongan aktif dan pembabitan berunsur jenayah peringkat tertinggi pasukan polis dan ahli politik – termasuk pejabat perdana menteri.”

Anwar menuduh Abdullah berbuat demikian kepadanya demi menyelamatkan imejnya yang merosot teruk, termasuk gagal memajukan ekonomi Malaysia.

“Beliau sekarang membakar seluruh hutan demi menyelamatkan sebatang pokoknya sendiri,” kata Anwar.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. PENGUMUMAN PENTING!

    NEGARA MALAYSIA DILIWAT SECARA BERGILIR-GILIR OLEH:

    1. PERDANA MENTERI

    2. MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI

    3. KETUA POLIS NEGARA

    4. PEGUAM NEGARA

    5. MENTERI MEDIA PENERANGAN.

    MEREKALAH SEBENARNYA PENJENAYAH KELAS PERTAMA MALAYSIA. AKIBAT JENAYAH MEREKA, TIDAK LAIN DAN BUKAN IALAH, MARUAH BANGSA MELAYU JATUH MERUDUM DAN SEJARAHNYA MENJADI BANGKAI YANG AMAT BUSUK SEPANJANG ZAMAN.

    CADANGAN:

    MEREKA SEMUA, TERMASUK GENG BERENAM 6 JAHANNAM WAJIB DISUMBAT KE DALAM PENJARA TAIK SAYFOOL. HEHEHE… KOREK!!! AUUUW.:)

  2. malam ni menang DEBAT esok tangkap dan lokap
    hari ni umum PR Kecil P44 esok kena charge di Court

    Malaysia Boleh
    Kuasa Allah akan mengatasi segalanya
    ..”Jadilah maka jadilah…”

    diharap semua penjenayah dan konspirator
    akan mendapat balasan CASH atas segala
    perbuatan mereka

    yang MEMALUKAN bagsa MELAYU
    dan ISLAM di seluruh dunia

  3. doa buat yang bersubahat ” SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH SWT, SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW SERTA SELURUH AHLI KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA. YA ALLAH, KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BENCI DENGAN FITNAH MEMOHON KE HADRAT MU AGAR DIBERI BALASAN YANG SETIMPAL KEPADA MEREKA2 YANG TELAH MELEMPARKAN PELBAGAI FITNAH DI DALAM NEGARA. KINI FITNAH TERBARU SEDANG DIHADAPI OLEH HAMBAMU ANWAR IBRAHIM. KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA BELIAU DALAM MENGHADAPI UJIANMU INI. KAMI MEMOHON KEPADAMU AGAR BELIAU DIBERI KEMENANGAN KALI INI SETELAH TEWAS SEMASA 1998 DULU. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA. AMIN YA RABBAL ALAMIN

  4. Aamin Ya Allah. Tolonglah maqbulkan doa’ kami ini…

  5. Kalau betul tak bersalah mengapa harus takut menghadapinya…. megapa harus meletakkan kesalahan kepada orang lain, PM lah, Polis lah, Jabatan Kehakiman lah, Hospital lah….
    Buatlah sembahyang hajat banyak2 mintak pertolongan dari Allah supaya menunjukkan kebenaran…. Ini tak asyik nak salahkan semua pihak….. Kalau tak lakukan mengapa harus takut bersumpah at the first place…. sepatutnya dia dah lakukan awal2 lagi… buat press conference and say it clearly “Demi Allah….Saya tak liwat Saiful” and then saman lah si Saiful tu or buat lapuran polis dia difitnah…..Ini seolah2 konspirasi ini dibuat oleh Anwar sendiri demi untuk melonjakkan dirinya ke atas dan mecapai cita2 untuk jadi PM….

  6. Abdullah Ahmad Badawi serta UNMO dan BN telah berjaya meletakkan umat Melayu ditahap paling redah moral dan jatidirinya. dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pemimpin yang memimpin kaum yang hampir taraf dengan kaum luth yang telah diazab Allah SWT.

    Jauhi UMNO dan BN Semoga Sejahtera hidup dunia dan Akhirat kita.

  7. JAMPOK, PANDANGAN ANDA MENUNJUKKAN ANDA TAK HABIS SEKOLAH AGAMA. ANDA BOLEH TERUS MENGHINA ANWAR DAN MENYOKONG JUAK-JUAK UMNO, TAPI SAYA YANG YAKIN DENGAN ALAM AKHIRAT, MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUMPA DI SANA DAN JAWAB TUDUHAN PALSU TERSEBUT BERSAMA-SAMA MEREKA NANTI. SEBENARNYA GUNA OTAK BIASA PUN TAHU BENDA NI BOHONG. TAPI TAK TAHU LE KALO HATI KERUH SAMPAI TAK NAMPAK KEBENARAN.

  8. Bersumpah hanyalah kelakuan kafir yang berjiwa kebinatangan.

    Nampaknya, terdapat beberapa orang pembuat tanggapan terhadap kes yang menimpa DS Anwar ini yang patut diajar.

    Nampaknya mereka ini sudah melampau lagi biadab. Intipati tulisan mereka seolah-olah sangat suka jika umat melayu kelihatan hina.

    Tidak mengapa, ada hukum karmapala. Mudah-mudahan suatu ketika kelak, kaum keluarga mereka ditimpa malapetaka, yang lebih dahsyat berbanding malapetaka yang menimpa DS Anwar. Amiiin!!!

  9. Ya Allah ya Tuhanku, selamatkan DSAI dan keluarganya supaya dapat memerintah negara ini

  10. jampok sampok dan rakan2 mmg tak heran pon benda2 sumpah nih..dorang telan sume..heheh..janji kenyang..burrrppp..

    hhhmm..ujud lagi makhluk cam jampok…kesian.

  11. Kepada saudara Jampok, hang ni pandai betul menyampok tapi tak kena tempat, lalu jatuh terlepok. Wahai Jampok, bukalah minda sikit, jangan jumud sangat. Kalau betul Saiful tu diliwat DSAI, mengapa dia masih nak ikut DSAI ke luar negeri lak. Sekejap kata diliwat di kondo, pastu ikut gi luar negeri untuk diliwat lagi. Budak sekolah pun boleh fikir yang benda ni tak logik. Hang ni memang dah gelap hati tak nampak kes ni amat pelik dan tak masuk akal. Semoga Jampok diberi hidayah agar insaf dan terbuka hati menerima kebenaran. Jangan Jampok jadi bongok.

  12. JAMPOK KURANG AJAR BINATANG KAU
    ..ANAK HARAM,,7 KETURUNAN KAU AKU SUMPAH JADI BANGSATTT

  13. Kalau beginilah BN memerintah Malaysia alamat buruklah akibatnya.
    Seharusnya kabinet Malaysia ditukar dengan segera, lebih lama dibiarkan orang yang tiada kewibawaan memerintah Malaysia akan menjadi negara yang huru hara.
    Bila diteliti menteri2 BN bercakap seolah-olah macam anak-anak half past 6. Tiada pendirian bila mengutarakan pandangan dan pendapat.
    Nak berjimat tak bertempat sebab tu bila harga minyak dunia meningkat cepat2 naik kan harga minyak, berbincang 4 jam terus ambik keputusan, semua kerja addhoc tiada perancangan tanpa melihat cause and effect inilah menteri2 BN

  14. aku pn setuju yg jampok tu x abih ngaji…

  15. Betul la kata jampuk tu. korang yg kena buka mata, jgn jumud. semua puji, semua elok. ko pun tau anuar tu bijak. dia dah buat psediaan awal. klu boleh smpai xleh nak tuduh. berapa korang kena bayar smpai nak ptahankn mati-matian. Bodoh betul.. m’sia hancur bukan sbb pemimpin tp sbb rakyat mcm korang. suka berpecah dan ingat org lain x betul tp awak yg xbetul.

  16. Janagan kisahkan Anwar, jangan kisahkan Umno. Jangan kisahkan sapa2 pun. Buka mata dan hati luas2. Apa sebenarnya tanggungjawab kita sebagai Melayu dan Islam di Malaysia ni. Apa yg nak sibukkan Anwar / Abdullah/Tok Guru / Najib yg sorang tu. Tanggungjawab kita sebagai Islam dan Melayu tidak ada kene mengena dgn mereka secara individual langsung. Perpaduan bangsa kita yang kecil di muka bumi ini jauh lebih penting agar tidak di tepuk/disorak oleh bangsa lain yg sedia mengambil kesempatan. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali bangsa itu sendiri yg berusaha mengubahnya (InsyaAllah)

  17. sibuk sangat ngan org atas. sampai lupa bumu yg dipijak


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: