Posted by: pinkturtle2 | Ogos 6, 2008

Keputusan Tidak Mungkin Berlaku Tanpa Arahan Peribadi PM – DS Anwar

Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.aya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti.Saya juga dapat tahu pihak polis berulang alik ke Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pengesahan tetapi tidak dapat beri pengesahan untuk dokumen (pertuduhan) - DS Anwar

Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti.Saya juga dapat tahu pihak polis berulang alik ke Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pengesahan tetapi tidak dapat beri pengesahan untuk dokumen (pertuduhan) - DS Anwar

‘Saya akan hadir di mahkamah hadapi tuduhan liwat, esok’ – Anwar

06-08-2008 05:33:10 PM

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi esok untuk menghadapi tuduhan meliwat.

“Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99,” kata beliau pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Dengan dihadiri ahli keluarga dan beberapa pemimpin PKR dan pasukan peguamnya, Anwar memberitahu, beliau menerima sapina daripada polis kira-kira sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumakn tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau tetap akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraan kelak.

Dengan suara yang kelihatan ‘agak sedih’ di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi tuduhan yang bakal hadapi esok – kali kedua dalam tempoh 10 tahun – merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan.

“Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.

“Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti.

“Saya juga dapat tahu pihak polis berulang alik ke Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pengesahan tetapi tidak dapat beri pengesahan untuk dokumen (pertuduhan),” katanya.

Anwar menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesnya itu untuk mengalih perhatian masalah yang dihadapinya.

“Hari ini Perdana Menteri ada krisis kepimpinan dan keyakinan semakin merudum,” katanya lagi.

Arahan supaya hadir di mahkamah dikeluarkan oleh pihak polis tengah hari ini.

Terdahulu, Ketua Jabatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin mengesahkan bahawa pegawai penyiasatnya, ASP Jude Pereira telah pergi ke rumah Anwar untuk menyampaikan sapina tersebut.

Ketika ditanya apakah kandungan sapina berkenaan, Bakri bagaimanapun enggan mengulas.

“Maaf saya tidak boleh mendedahkan apa kandungan sapina tersebut,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. Saya tido sampai mengigau memikirkan apa akan jadi dgn DSAI nanti. Risau tak boleh nak cakap…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: