Posted by: pinkturtle2 | Ogos 7, 2008

Anwar mengaku tidak bersalah, bebas dengan bon peribadi RM20,000

Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada kira-kira 2,000 penyokongnya ketika meninggalkan perkarangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada kira-kira 2,000 penyokongnya ketika meninggalkan perkarangan

Anwar mengaku tidak bersalah, bebas dengan bon peribadi

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, Anwar ada alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang seperti yang didakwa oleh pembantunya, Saiful.

Dalam pada itu, Anwar memberi kenyataan kepada media bahawa beliau gembira dibebaskan dan menegaskan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau adalah pertuduhan jahat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya gembira untuk dibebaskan dan ingin saya tegaskan pendakwaan ke atas saya hari ini berniat jahat dan dirancang oleh Abdullah,” ujar Anwar.

Laungan “reformasi” bergema sebaik sahaja Anwar memberikan kenyataannya.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar meninggalkan perkarangan mahkamah pada pukul 11.35 pagi sementara di luar mahkamah, kira-kira 2,000 penyokong Anwar mula bersorak dengan laungan “reformasi”.

Mstar


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: