Posted by: pinkturtle2 | Ogos 9, 2008

Nik Aziz: ‘Saya lantik menantu sebab dia layak’

Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia

Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia

Nik Aziz: ‘Saya lantik menantu sebab dia layak’

.
09-08-2008 02:46:20 PM KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

Beliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.

“Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariff Fahmi),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa Ketiga di sini, hari ni.

Nik Aziz berkata, beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas sebab-sebab pelantikan menantunya itu.

Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah
(BPR) memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.

Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu. BERNAMA

Mstar


Respon

  1. ni lah balas dendam UMNO terhadap mereka yg merosakkan rancangan mereka. sampai tok guru pun dituduh salahguna kuasa. abih tu pak lah & KJ tu apa?

    So kepada pemimpin2 PAS yg masih lagi percaya UMNO tu bertaubat, think again. Jangan jadi bodoh termakan dgn agenda ketuanan melayu & islam yg kononnya UMNO nak tegakkan.

  2. aku sokongmu dila….. dah terang lagi bersuluh akan niat buruk pemimpin UMno,.. mereka bukannya bertaubat tapi “tau buat” fitnah dan banyak mengamalkan mungkar dan mencegah makruff…. “Ya Allah, bantulah TGNA dalam menghadapi fitnah ini”.. amin.

  3. Pukul anak sindir menantu..

  4. pemilhan yang bertanggungjawab. Takkan nak pilih kaki angguk yang tak berilmu kelak hancur negara . Lihatlah contoh perbuatan umno hingga harta negara bocor tanpa usaha bpr mahu menutupnya. Silalah datang wahai bpr , kami yakin dengan pemimpin yang takutkan murka tuhan

  5. INILAH KERJA DAJAL PENGKHIANAT-PENGKHIANAT MELAYU YANG MENGAKU ISLAM TAPI LEBIH TERUK DARI YAHUDI IA ITU UMNOI ! KERJA KHIANAT & JAHAT MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI SELAGI ISLAM TERDIRI DAN DIPERJUANGKAN ! ALLAHU AKHBAR ! ISLAM AKAN MENANG JUA AKHIRNYA ! INSYALLAH !

  6. saya tak setuju kalau m.b kata ariff tu layak….dia tidak ada pengalaman dalam pengurusan.dia terlalu naif untuk memegang jawatan setinggi itu buat masa kini…..benda ini akan timbul kerana sikap diri sendiri yang menampakkan kesombongan bukan kesederhanaan dalam hidup.Dia sepatutnya memikirkan apa yang perlu dan tidak demi menjaga air muka m.b kelantan .Sedarlah wahai ariff ,jangan sombong dan berhati -hati dalam pengurusan hidup

  7. Kalu nak kira kelayakan ,ramai lagi orang yang lebih layak dan berpengalaman dari ariff tu di kelantan ni.Tetapi mengapa dipinggirkan mereka ini semua.Orang ramai tak pertikai dari segi kelayakan,kerana ramai lagi yang lebih layak dan sama taraf sijil dengan arif?? tapi orang pertikai ariff sombong tu adalah menantu MB.Ia akan memberi kesan yang tak berapa baik kepada tok guru dari beberapa segi,kalau nak dibandingkan dengan Syaidina Ali dan beberapa orang sahabat lagi yang dibandingkan oleh Tok guru semalam dalam TV3,jauh sekali tak sama.

    Perlu di ingat Rasulullah tak pernah melantik syaidina Ali untuk jawatan-jawatan yang penting dalam pentadbirannya semasa hayat baginda..Tak kena perbandingan yang di buat oleh Tok Guru semalam tu.Sampai syaidina Ali menyuruh puteri baginda sendiri pergi ke rumah ayahnya untuk mengambil sesuatu,takut2 ada lagi baki2 daripada pemberian Rasulullah kepada orang ramai..Itu pun Rasulullah Bagi doa sahaja kepada anaknya.

    sama-samalahn kita nasihat menasihati.
    jangan asyik nak bela saja,

  8. Kenapa tidak pernah dipersoalkan Dollah dgn KJ? Kalau org jahil boleh bagi menantu hancurkan negara, kenapa nak persoalkan org alim lantik menantu untuk membina negeri?

  9. Saudara Zul…

    Pak Lah Dan KJ tu,bukan setakat kita persoal,Hari hari kita hentam dan dedahkan kat internet ni. Lainlah kalau saudara takmikut perkembangan.

    Tak kan kita yang memikul perjuangan Islam nak ikut macam dua branak tu,Cukuplah dengan pak lah dan KJ saja yang kena hentam akibat kerja untuk merosakkan negara kita ni.

    Tok guru ibarat kain putih, sedikit saja terkenan kotoran walaupun tahi cicak orang dah nampak.
    kalau boleh kita tak hendaklah jadi ruang atau pintu tohmohan orang ramai akibat daripada kepincangan menantunya ini.tak payahlah nak letak menantunya kat situ,kan banyak lagi kerja lain yang boleh dibuatnya dengan pengalaman yang ada padanya.

    seboleh-bolehnya tutuplah pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah kepada tok guru.siapa sebenarnya yang beria-ia sangat nak melantik atau mahu supaya si arif menantu tok guru ni memegang jawatan bos kat PMBK tu.Mustahil kemahuan tok guru atau cadangan tok guru sendiri.

    Tok guru tidaklah kemaruk sangat sehingga mahukan jawatan itu untuk menantunya

    pikir-pikirkan lah…

    Membangun bersama islam

  10. Saya harap BPR akan lebih professional, sekiranya baru ada khabar angin dah meloncat masuk ke Pejabat PKMB seperti cerite di Lojing dulu, sebab ianya berkaitan dengan saingan UMNO dan BN. Mengapa laporan-laporan yang dibuat oleh budak suruhan katak lompat baru UMNO sebelum ini , langsung tidak mendapat tempat dalam fail BPR, kini laporan telah di buat terhadap PM & TPM serta pimpinan PKMB.

    Ingat-mengingati suatu perkara yang bagus, tetapi sikap hipokrit , musang berbulu ayam , gunting dalam lipatan, mempunyai agenda tersendiri untuk melihat satu yang baik dan memberi keutamaan kepada penyelesaian maslahat umum menghadapi kesukaran yang di ada-adakan adalah tidak baik dan yang amatmenakutkan di zaman Rasullullah SAW dahulu ialah munafik. Sebab orang-orang munafik ini kita tahulah ciri-ciri dia.

    Oleh yang demikian, seperti mana sambutan yang diberikan oleh KUAN, silalah datang wahai pegawai-pegawai BPR untuk menyiasat tetapi kita mahu selepas siasatan dibuat minta orang yang membuat laporan kepada BPR itu juga diberikan taklimat tentang hasil sisatan itu secara terbuka.

    Bolehkan sebab Malaysia ini ada acuannya tersendiri, dan Malaysia Boleh……

  11. pengajaran buat TG, jgn asyik nampak salah org lain saja, tp bila kena anak menantu sendiri bermatian2 membelanya, adilkah? klu org lain tanpa soal siasat terus menghukum, tp anak menantu sendiri cpt2 bela. klu arif layak sekali pn, bkn disitu tmptnya. klu arif bkn krn menantu MB K’tan, kerat jari dia tk akan pegang jawatan COO. maknanya MB K’tan lantik kroninya sendiri pegang jawatan tinggi dlm K’jaan K’tan.

  12. tak perlu gusarlah benda kecik camni…..Amano nak cari publisiti murah……level putrajaya dgn level negeri kan beza…..duit kan lebih banyak kat putrajaya berbanding negeri yg tak kemana pun…kan dah disekat sana sini..nak kecoh pulak…ala pigi rahhhh……nak kocakkan suasana je….apa nak melatah pulak dengan juak-juak depa ni…..anak TGNA dah pun masuk ISA tak bersebab dulu..TGNA bersabar..ni nak bising lagi….bahadut betul la juak juak Amano ni….

  13. setuju dgn anti_korup & bluegreen.kalau kira yang layak ada ramai lg. Memang si Ariffahmi seorang Jurutera Professional tp ramai lagi staf Management yang mempunyai kelulusan yang sama malah lebih tinggi dari beliau masih berada dalam anak syarikat kerajaan negeri. Pengurusan cekap dan berpengalaman boleh memacu PMBK kearah sebuah organisasi yang boleh memacu ekonomi serta pembangunan negeri dengan lebih berkesan.
    Penasihat Tok Guru seharusnya meneliti terlebih aspek-aspek ini kerana dikhuatiri akan dijadikan isu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

  14. sokong sekeh…

    depa ni…bila depa buat semua boleh…siap keluar hujah zaman sahabat lagi. tapi dulu…bila orang lain yang tak sealiran dengan depa buat…riuh rendah satu Malaya. tu lah…ketuk dulang paku serpih, kata orang depa yang lebih.

    bagi aku…semua orang yang jadi ketua/ada kuasa…akan buat benda yang sama. kalau suku-sakat kita dah layak, tentulah kita akan bagi kat suku sakat kita dulu. tak gitu?…lainlah kalau tak layak…

    So…tok guru dan gang…lain kali jangan kata?kritik orang lain lebih2. confirm…Tuhan tunjuk kat dunia lagi…kadang-kadang kita pun silap langkah jugak…

    buka-buka minda. lihatlah sejelas-jelasnya…

  15. Kepentingan kelayakkan Dalam Jawatan

    Memang benar kata Tuan Guru, dalam Islam sendiri, soal kekeluargaan tidak timbul dalam pemilihan apa-apa pangkat atau jawatan dan Islam sendiri tidak mempertikaikannya kerana seperti kata Tuan Guru sejarah Islam sendiri telah menunjukkan bertapa adanya perkara seperti ini dan telah diterima Islam pada zaman Rasulullah lagi.

    Soalnya apa yang penting, apakah seseorang itu berkelayakkan dan berkebolehan? Walau bagaimanapun Islam telah menegaskan dengan sejelas-jelas nya akan keadilan dan kesamaan dalam menjalankan hukum.

    Anak,menantu,mertua,atau sesiapa sahaja didalam ikatan kekeluargaan, soal perlaksanaan hukum adalah sama adil dan tidak boleh memilih bulu atau kroni. kerana itu Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya anakku Fatimah mencuri akan ku potong tangannya” , maknanya dalam menjalankan hukum dan peraturan perlu tegas dan tak ada kroni-moni.

    Berlainan dengan kerajaan UMNO pembahagian jawatan,projek, dan apajua bentuk, kepentiingan,hanya pada kroni malah tidak diperdulikan soal kelayakan dan kebolehan yang penting bolot selagi boleh. Soal kelayakkan,kebolehan dan kemampuan itu tarak peduli yang penting ada mashukkkkk.!!!!

    Itu yang pertama, yang keduanya pula dalam soal perlaksanaan hukum dan peraturan. Kita semua tahu bilamana kalau kroni-moni, semua boleh ‘By Pass’. Langkau sana langkau sini, prosuder dah tak penting ,perturan dah tiada erti.
    Itu bezanya.

    Tapi apa yang terjadi di Kelantan itu bagi saya adalah secara kebetulan dan suatu yang tidak perlu dipolitikan. Kalau begitu semua anak-beranak pemimpin dalam sesebuah negara kalau salah seorang itu telah menjadi pemimpin negara maka ahli keluarga lain dah tidak boleh lagi nak pegang apa-apa jawatan dalam organisasi kerajaan atau syarikatlah maknanya? tak boleh memiliki apa-apa harta dan berniaga dan tak perlu lagi belajar sampai ke universiti kerana kalayakan tak boleh dimanfaatkan lagi , ada sijil pun tak boleh diambil kira.

    PAS sendiri selama ini tidak pernah mempersoalkan tentang jawatan yang dipegang oleh mana-mana ahli politik yang keluarga mereka terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara tetapi yang kita PAS persoalkan ialah mengagih-agihkan kakayaan dan projek-projek negara kepada kroni.

    Soal projek ialah dalam ertikata nak memenuhkan tengkolok sendiri-sendiri dengan mengenepikan kepentingan masyarakat dan rakyat. Sedang Jawatan pula perlukan pengorbanan dan tuntutan yang wajib dipenuhi untuk kepentingan organisasi,masyarakat atau untuk KEPENTINGAN UMMAH yang lebih besar.

    Kerana itu kita kena faham, jangan tembak dan menyondol membabi buta tanpa usul periksa. Kalau kita bercakap sekadar melepas dendam itu yang jadi keliru dan huru-hara. Cuba tanya Pak Lah patut ke Khairi Jamaluddin lepas jawatan sebab KJ menantunya?

  16. Orang dia memang tak boleh. Sebab dia BN atau UMNO.

    Orang kita boleh sebab kita orang PAS

  17. Si Arif pun satu hal.

    Dah ada kelulusan dan pengalaman sepatut kerja di mana syarikat besar di lembah Kelang, bukan nak bergantung dengan pak mertua yang berjawatan MB Kelantan tu.

    Sepatutnya si Arif pandai-pandai jagalah air muka bapa mertua.

    Kalau aku ada kelulusan macam dia, dah tentu aku kerja dengan company besar yang belambak di Kuala Lumpur

  18. .
    1 kewajaran wujudnya seorang anak/menantu dlm PMBK adalah harapan dan kepercayaan kpd seorang ahli keluarga untuk menjaga sebuah institusi yg sangat sensitif dan strategik..
    .
    tetapi sikap sombong menantu beliau bukan lagi rahsia di kalangan orang2 PAS Kelantan..
    .
    aku sendiri pernah terasa hati kerana kesombongannya.. iaitu sebelum aku mendengar cerita2 tentang sikap buruknya itu..
    aku sedih.., bila aku ceritakan pengalaman aku berurusan dgn budak Ariff tu kpd rakan2.., rupa2nya ramai yang dah senasib dgn aku..
    .
    aku percaya orang2 PAS yg marah atas lantikan si Ariff tu adalah kerana perangai bongkaknya
    .
    kalau budak Ariff ni baca komentar aku ni harap dapat muhasabah diri..
    .
    kalau sapa2 yg boleh sampaikan kpd TGNA, harap TGNA boleh tegur la menantunya itu..
    .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: