Posted by: pinkturtle2 | Ogos 12, 2008

Dakwaan sogok cawangan Umno,BPR siasat 2 pemimpin bahagian

PENGARAH Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah Latifah Mohd Yatim ketika sidang media di Kompleks Jabatan Persekutuan Likas di Kota Kinabalu, tidak lama dulu. BPR cawangan Sabah menerima aduan berhubung politik wang sepanjang mesyuarat cawangan Umno di Sabah. - Foto Bernama

PENGARAH Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah Latifah Mohd Yatim ketika sidang media di Kompleks Jabatan Persekutuan Likas di Kota Kinabalu, tidak lama dulu. BPR cawangan Sabah menerima aduan berhubung politik wang sepanjang mesyuarat cawangan Umno di Sabah. - Foto Bernama

BPR siasat 2 pemimpin bahagian

KOTA KINABALU: Seorang Ketua Umno Bahagian bergelar datuk dan setiausaha bahagian itu, disoal siasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam berhubung dakwaan terbabit dalam politik wang.

Kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan menyogok beberapa pemimpin Umno cawangan sebanyak RM1,500 seorang bagi mendapatkan pencalonan menjelang pemilihan bahagian itu, Oktober ini.

Mereka dipanggil ke pejabat BPR negeri di Kompleks Persekutuan, Likas, kira-kira jam 10.30 pagi dan sehingga jam 6 petang, kedua-duanya dikatakan masih berada di pejabat berkenaan.

Menurut sumber, sogokan itu diberi sebagai ganjaran mereka dicalonkan tanpa cawangan berkenaan mengadakan mesyuarat masing-masing.

Pengarah BPR Sabah, Latifah Mohd Yatim, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mengakui pihaknya menerima aduan berhubung politik wang sepanjang mesyuarat cawangan Umno di Sabah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan aduan yang diterima serta cawangan dan bahagian terbabit.

Awal bulan ini, BPR menahan seorang pemimpin Umno bahagian di Negeri Sembilan yang dipercayai menyogok seorang Ketua Cawangan sebanyak RM500 sebagai dorongan mencalonkannya sebagai ketua bahagian.

Pemimpin berusia dalam lingkungan 47 tahun itu ditahan BPR ketika menyerahkan sogokan itu dalam kereta di sebuah pusat beli-belah di Seremban pada 2 Ogos lalu.

Mesyuarat Agung cawangan akan berlangsung sehingga 24 Ogos, manakala peringkat bahagian bermula 9 Oktober hingga 9 November sebelum Perhimpunan Agung Umno diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Umno meminta kerjasama BPR untuk membantu menangani rasuah politik dalam pemilihan parti itu.

Tengku Adnan berkata, sebarang aduan berkaitan rasuah dan penyelewengan dengan bukti kukuh yang diterima pihaknya akan dirujuk kepada BPR untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak juga bersetuju supaya BPR campur tangan dalam usaha menangani rasuah politik.

Bharian


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: