Posted by: pinkturtle2 | Ogos 12, 2008

Pulau Layang-Layang Perlu Dipertahankan, Kata Najib

Jika nak minyak atau hasil perut bumi, kita jaga kedaulatan pulau ini,Kita ada kapal perang, jet pejuang...jadi orang akan takut untuk mengganggu-gugat kedaulatan negara - Najib

Jika nak minyak atau hasil perut bumi, kita jaga kedaulatan pulau ini,Kita ada kapal perang, jet pejuang...jadi orang akan takut untuk mengganggu-gugat kedaulatan negara - Najib

Pulau Layang-Layang Perlu Dipertahankan, Kata Najib

SEMPORNA, 12 Ogos (Bernama) — Malaysia akan mempertahankan haknya terhadap Pulau Layang-Layang kerana ia tidak mahu “kehilangan” Batu Puteh berulang lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika nak minyak atau hasil perut bumi, kita jaga kedaulatan pulau ini,” kata Timbalan Perdana Menteri pada jamuan makan malam sempena lawatan editor kanan media ke Pulau Layang-Layang dekat sini.

Najib, yang juga Menteri Pertahanan, berkata lawatan itu perlu bagi menimbulkan kesedaran masyarakat tentang kedaulatan negara.

Beliau berkata penempatan aset-aset strategik seperti kapal perang, jet pejuang dan markas Tentera Laut Diraja Malaysia untuk melindungi pulau itu merupakan satu bentuk jaminan kepada negara.

“Kita ada kapal perang, jet pejuang…jadi orang akan takut untuk mengganggu-gugat kedaulatan negara,” katanya.

Pulau Layang-Layang terletak berdekatan Kepulauan Spratlys, merangkumi sekumpulan 600 pulau dan terumbu, yang menjadi tuntutan beberapa negara.

Selain menjadi tumpuan penyelam, Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat persinggahan ribuan burung hijrah.

Mengenai lawatan media itu, Najib berkata ia penting kerana media mampu membantu menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai kedaulatan negara.

BERNAMA

Klik Pada logo Untuk Maklumat Terkini Kedudukan Pingat Olimpik Beijing


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: