Posted by: pinkturtle2 | Ogos 13, 2008

Top News Headlines (Utusan & Bernama)

Utusan Malaysia

KOTA BHARU 12 Ogos – Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai hari ini dapat mencetuskan semangat kesepakatan antara kerajaan negeri dan Pusat demi kepentingan ummah.

MELAKA 12 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diumpamakan sebagai “Melayu jual Melayu” apabila mencadangkan kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

IPOH 12 Ogos – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mustaffa Mohamed Zain berkata, universiti itu tidak boleh ‘diperdagangkan’ sesuka hati kerana ia merupakan benteng terakhir masyarakat bumiputera untuk mendapat pendidikan tinggi.

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub menolak sama sekali cadangan supaya universiti itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

SHAH ALAM 12 Ogos – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hendak membuka 10 peratus kuota kemasukan kepada bukan bumiputera dan pelajar asing sebagai satu cubaan untuk ‘menjahanamkan’ kestabilan kaum di negara ini.

SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

SERDANG 12 Ogos – Unit Perancang Ekonomi (EPU) diarah mengasingkan perangkaan berkaitan industri asas tani daripada sektor komoditi bagi membolehkan perkembangan bidang pertanian selain kelapa sawit, getah dan koko dapat dilihat dengan lebih jelas.

SERDANG 12 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibenarkan untuk menyiasat kes-kes tertentu membabitkan politik wang pada pemilihan UMNO sekarang.

SERDANG 12 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

LABUAN 12 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 21 buah helikopter bagi meningkatkan kecekapan operasinya terutama di dalam mengawasi perairan negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

SINGAPURA, 12 Ogos – Ahli perniagaan asing yang bercadang melabur di Malaysia dinasihati supaya tidak mempercayai dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau akan mengambil alih teraju pentadbiran Malaysia September ini.

KOTA KINABALU 12 Ogos – Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal akan disenarai hitam daripada memasuki semula negara ini walaupun secara sah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

LABUAN 12 Ogos – Kerajaan merancang untuk memanjangkan landasan dan mendalamkan terusan di Pulau Layang- layang dekat sini, bagi meningkat kedatangan pelancong serta penguasaan Malaysia ke atas pulau tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, produk pertanian yang dihasilkan menerusi kaedah baru itu mempunyai nilai tambah yang tinggi berikutan petani memanfaatkan potensi dalam bioteknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sehingga membolehkan ia mencapai piawaian antarabangsa.

SERDANG 12 Ogos – Pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2008) esok akan dapat menyaksikan pertandingan ‘Ratu Cantik Tok Janggut’ di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

SERDANG 12 Ogos – Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.

KUCHING 12 Ogos – Kira-kira 30 waris jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Keretapi bertindak liar membakar keranda dan sebuah jengkaut setelah mendapati kubur di situ digali tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.

KUCHING 12 Ogos – Penduduk luar bandar khususnya golongan petani mahu subsidi terhadap pertanian diperluaskan serta ditingkatkan sebagai langkah meningkatkan produktiviti sektor berkenaan.

SHAH ALAM 12 Ogos – UMNO Selangor memberi peringatan kepada Majlis Peguam supaya bertanggungjawab sekiranya tercetus perkara yang tidak diingini ekoran kedegilan mereka untuk meneruskan forum yang menyentuh isu sensitif di negara ini.

PEKAN 12 Ogos – Kira-kira 21 rumah rosak dalam kejadian ribut yang berlaku di Kampung Baru Batu, Sungai Miang di sini awal pagi ini.

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Personaliti terkenal TV3, Nor Azlina Redzuan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif kanan syarikat telekomunikasi pada 22 Ogos ini.

KUANTAN 12 Ogos – Belum reda kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, sebuah sekolah menengah berasrama di sini didakwa mengalami gangguan sama sejak beberapa hari lalu.


BERNAMA

  1. Jangan Kacau UiTM, Kata Naib Canselor
  2. Abdullah Mahu Isteri Wakil Rakyat BN Tidak Abai Kepentingan Rakyat
  3. Salah Faham Tentang Pinjaman PTPTN Punca Pelajar Kolej Tunjuk Perasaan
  4. MTUC Mahukan Menteri Sumber Manusia Siasat Penangkapan Seorang Pekerja Asing
  5. Singapura Dan Australia Tandatangani Perjanjian Kerjasama Pertahanan
  6. Malaysia Nasihat Pelabur Asing Usah Percaya Dakwaan Anwar
  7. Konsul Besar Baru M’sia Di Dubai Sedia Hadapi Cabaran
  8. UniMAP Sasar 15,000 Pelajar Menjelang 2015
  9. Bom: Peguam Persoal Ketiadaan Saksi Dari Pihak Tentera
  10. Tsu Koon, Guan Eng Setuju Debat Isu Tanah Pulau Pinang
  11. Kerjasama Universiti Dengan SMIDEC Pertingkatkan Kebolehpasaran Graduan
  12. Landasan Kapal Terbang Dan Terusan Di Pulau Layang-Layang Akan Dipanjangkan, Kata Najib
  13. Kerajaan Tidak Benarkan Pendatang Tanpa Izin Masuk Semula Ke Negara Ini, Kata Najib
  14. Cadangan Khalid Berbaur Politik, Kata Ahli Akademik Dan Persatuan Belia
  15. Abdullah Kecewa Ada Bank Tak Yakin Dengan Sektor Pertanian
  16. Pemasar Kopi ‘Radix’ Pemenang Anugerah Perdana Menteri
  17. Rosmah Harap Jabatan Sediakan Ruang Untuk Permata
  18. Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Terima Deposit Secara Tak Sah
  19. Australia Rancang Hantar Lebih Ramai Pelajar Ke Malaysia
  20. JKR Akan Pasang Kerangka Pengikat Pada Jejambat MRR2 Yang Retak
  21. BPR Boleh Siasat Politik Wang Dalam UMNO, Kata Abdullah
  22. UiTM Tentukan Dasar Pengambilan Pelajarnya, Kata Abdullah
  23. “Canai Mamak KL” Penyambung Hubungan Malaysia-Aceh
  24. Eksesais Angsa Tingkatkan Kecekapan Serta Koordinasi TLDM Dan TUDM
  25. IKIM Cadang ‘Hari Buku Negara’ Setiap Tahun
  26. Sistem Edar Barangan Keperluan Mulai Bulan Ini
  27. Setem Kenangan 100 Tahun Persatuan Pengakap Diterbitkan Pada Khamis
  28. Kabinet Lulus Beli 21 Helicopter Baru Buat PDRM, Kata Musa Hassan
  29. Abdullah Mahu EPU Asingkan Sumbangan Sektor Pertanian Daripada Komoditi
  30. Duta Amerika Cadang Sistem Standard Tangani Wabak Selesema
  31. Pulau Layang-Layang Perlu Dipertahankan, Kata Najib
  32. Penerbit Video Berunsur Islam Disaran Guna Teknik Moden
  33. PM Serah Kepada KDN Tentukan Tindakan Terhadap Majlis Peguam
  34. Kerajaan Berpegang Pada Perancangannya Mengenai Harga Minyak, Kata Abdullah
  35. Hanya Dua Kolej Perubatan Manipal Terlibat Dengan Peraturan Majlis Perubatan India
  36. RapidKL Susun Semula Laluan Bas
  37. Laporan Penyelidikan Angkasawan Ke Kabinet Hujung Bulan Ini
  38. PAC Akan Tinjau Kerja Pembaikan Tiang Jejambat MRR2, Kata Azmi
  39. Singapura Mula Besarkan Kawasan Rumah Api Pulau Pisang Sejak Awal 80-an
  40. Mahkamah Perintah Thaksin, Isteri Ditangkap
  41. Kerajaan Jamin Tidak Potong Peruntukan Basmi Miskin Tegar
  42. Malaysia Perlu Adakan Kajian Tentang Sumber Tenaga Diperbaharui, Kata Pakar
  43. Penggunaan Harta Wakaf Secara Efisien Cara Terbaik Basmi Kemiskinan Umat Islam, kata Abdullah
  44. Pelajar Terbaik Kipsas Azam Tingkat Syiar Islam Di Singapura
  45. Sasaran 70 Peratus Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang Pada Jun 2009
  46. Piala Monsun Mungkin Tidak Diadakan Tahun Ini, Kata Ahmad Said
  47. Bekas Setiausaha Persatuan Rifel Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Kemuka Invois Palsu
  48. Dua Program Bersama Kementerian Penerangan Eratkan Hubungan
  49. Pekerja Asing Perlu Dibenar Tubuh Persatuan – Suhakam
  50. Suhakam Belum Tetapkan Pendirian Berhubung Forum Memeluk Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: