Posted by: pinkturtle2 | Ogos 14, 2008

Tiada Apa Perlu Dirisaukan, Zulkifli Nordin Selamat

Menurut Saari, beliau juga cuba menghubungi Zulkifli selepas demonstrasi bantahan terhadap forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam Sabtu lalu tetapi tidak berjaya.Namun, beliau hubungi saya kembali dan maklumkan kepada saya bahawa tiada apa perlu dirisaukan.

Zulkifli Nordin berada di KL urus kes mahkamahnya

14-08-2008 08:57:04 PM

KULIM: Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang dilaporkan ‘menghilangkan’ diri sejak Sabtu lalu kini di Kuala Lumpur untuk menguruskan kes perbicaraan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya yang dikemukakan terhadapnya.

Pembantu Khas beliau, Saari Fadhil Hud berkata Zulkifli telah menghubunginya memaklumkan perkara tersebut beberapa hari lalu.

Katanya, bekas peguam kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ‘meminta diri’ untuk menguruskan kes petisyen yang difailkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen KulimBandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Shiekh Fadzir terhadapnya untuk didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star Selasa ini.

“Beliau akan pulang ke kawasan minggu depan dan meminta saya untuk menguruskan halhal Parlimen KulimBandar Baru termasuk berjumpa dengan orang ramai bagi menyelesaikan masalah berbangkit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Saari, beliau juga cuba menghubungi Zulkifli selepas demonstrasi bantahan terhadap forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam Sabtu lalu tetapi tidak berjaya.

“Namun, beliau hubungi saya kembali dan maklumkan kepada saya bahawa tiada apa perlu dirisaukan,” katanya.

Pada 27 April lalu, Abdul Aziz mengemukakan petisyen bagi memohon Mahkamah Tinggi Alor Star untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke12 bagi kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu yang dimenangi Zulkifli sebagai tidak sah dan batal.

Zulkifli tidak mengemukakan penyata perbelanjaan bertanding di Parlimen Kuala Langat pada pilihan raya umum 2004 semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum ke12 lalu.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Zulkifli memperoleh undi sebanyak 22,255 mengatasi Abdul Aziz yang mendapat 16,672 dengan majoriti 5,586 undi.

Semalam, polis sekali lagi menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog mendakwa Zulkifli ditahan polis atau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan Zulkifli oleh anggota keluarganya.

Pada 29 Sept 1998, Zulkifli pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Anwar dan kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi Sabtu lalu ketika menyertai perhimpunan membantah forum itu. BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. sekarang dah tahu apa sebenarnya berlaku….. ni tak sikit2 asyik salahkan polis je… polis tangkaplah , soroklah, ISA lah…. semuanya fitnah dari org yang tak usul periksa dan sekadar nak mensensasikan cerita… yang terima padahnya ada lah kita rakyat semua…..

  2. Betul tu Jampok, mungkin ramai yang terlalu emosional buat tuduhan melulu. Sekarang dah jelas perkara yang sebenar. Diharap tiada lagi fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada pihak yang berkenaan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: