Posted by: pinkturtle2 | Ogos 15, 2008

Anwar juga perlu bermubahalah – Mufti Perlis

oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti - Ustaz Asri

Anwar juga perlu bermubahalah – Mufti Perlis

15/08/2008 10:31pm

KANGAR 15 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Dr. Mohd. Asri menyifatkan Mohd. Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat ‘mubahalah’ atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.

“Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.

“Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya,” kata beliau.

Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd. Saiful melakukan mubahalah.

Dr. Mohd. Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang dakwanya.

“Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong,” katanya.

Mohd. Saiful hari ini bersumpah laknat mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, bersumpah disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarganya.

Turut hadir ialah para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Utusan


Responses

  1. persoalannya sekarang jika anwar bersumpah mubahalah dan kesnya ditarik balik dan kita tunggu dan lihat balasan Allah, maka adalah baik bagi anwar bersumpah. Tapi jika anwar bersumpah dan kesnya diteruskan, maka tiada makna baginya untuk bersumpah… sepatutnya, seperti kata mufti perlis, anwar bersumpah dan kita lihat hukum tuhan…. mahkamah adalah hukum manusia yang boleh dipengaruhi oleh pangkat dan harta dunia….

  2. Bodohnya penyokong Anwar ni. Anwar ni manusia biasa, bukan maksum. Tak buat kesalahan. Asyik bagi alasan saja. Tak ada telur ke???

  3. Salam hormat Cucu Tok Selampit, jika sudi sila baca standard Dato’ Seri Anwar diperingkat antarabangsa, kemudian bandingkan dengan standard pemimpin pujaan hati anda!!!

    Betapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sah baka melayu yang memiliki standard negarawan kelas dunia dengan mendapat dan diberi pengiktirafan oleh cendekiawan antarabangsa sebagai:

    1. Tokoh Asia Baru
    2. Lambang Kebangkitan Tamadun Timur
    3. Lambang Alaf Baru
    4. Guru Asia

    Sesungguhnya insan yang berakal cemerlang tidak dilahirkan oleh kehadiran setiap zaman. Syahdan, sekian ratus tahun baka Jepun menanti hadirnya Maharaja Meiji yang berjaya membentuk Jepun menjadi negara yang kaya, moden dan kuat.

    Demikianlah, baka Jepun hingga kini masih gagal memenjelmakan pimpinan baru yang secemerlang Maharaja Meiji.

    Arakian, baka melayu kini, siapa lagi kalau bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang memiliki kualiti kepemimpinan kelas dunia dengan kecemerlangan wibawa dan keluhuran akal budi hatta mempesonakan dunia.

    Walaupun, tingkah laku UMNO, tegasnya melayu sendiri yang memperlihatkan kehendaknya untuk meranapkan kehadiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai baka melayu yang cemerlang.

    Janganlah dipersiakan wibawa dan kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Marilah kita sama-sama menghamparkan jangkaan bahawa, seandainya wibawa dan kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipersiakan, kemungkinan baka melayu memerlukan masa ratusan tahun waktu muka bagi menunggu kehadiran baka baru melayu yang mampu meraih empat pengiktirapan dunia, sebagaimana pengiktirapan yang dunia anugerahkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Walaupun sejarah melayu silam dan watak UMNO, tegasnya melayu kini sedang mempamerkan sikap yang bukan sahaja tidak menghargai bakanya yang berwibawa dan cemerlang, bahkan membunuhnya dengan pelbagai taktik dan muslihat lantaran dengki, semoga ianya dijauhkan dari nurani para pengundi Permatang Pauh hendaknya.

    Wassalam.
    – Naspazi

  4. kita akan lihat samada DSAI berani ke tidak bermuhabalah…….memanglah kes tak akan gugur dimahkamah kerana itu undang-undang dunia…tetapi setidak-tidaknya keyakinan dan persoalan orang ramai akan terjawab mengikut tatacara islam…tak rugi bersumpah…kalau tak buat…..

  5. Bagaimana kita seharusnya melihat standard keluarga Dato’ Seri Anwar?

    Bagaimana cendekiawan antarabangsa melihat standard Dato’ Seri Anwar?

    Kenapa kita tidak melihat Dato’ Seri Anwar dari sudut penglihatan cendekiawan antarabangsa?

    Justeru, hanya orang yang melihat Dato’ Seri Anwar dari penglihatan dengki dan berjiwa tikus sahaja yang beria-ia memaksanya bersumpah.

    Bukankah Dr Pusrawi kata lubang taik saiful tidak diliwat?

    Bukankah Dr Hospital KL kata lubang taik saiful tidak diliwat?

    Cukuplah! Untuk apa lagi bersumpah? Kalau saya berada di tempat Dato’ Seri Anwar, nescaya saya takkan bersumpah.:)

  6. begi mudah untuk membentuk keyakinan orang ramai apabila bersumpah orang dah mula yakin….maka selepas ni akan ramai lagi tampil untuk bersumpah supaya dapat menutup kesalahn dan org ramai kan percaya…tapi aku tidak kan percaya…kerana bagi aku ini adalah bersumpah cara melayu dan bukan cara islam..maaf… zaman nabi dan para sahabat tidak perdah ada sumpah sebegini.

  7. Exra 1. Kau ni Islam ka kafir? Pandai meneluarkan fatwa. Cakap dengan ilmu bukan membuta uli. Tanya Tok Guru kalau tak ada ilmu.

    Naspazi,

    Kalau tak bersalah kenapa takut bersumpah. Agungkanlah pemimpin pujaan saudara itu. Jangan dibandingkan dengan idola saya. Jauh panggang dari api.

  8. Cucu Tok Selampit, anda begitu mudah menganggap penyokong DS Anwar sebagai bodoh, sebab itu saya geram!

    Untuk makluman Cucu Tok Selampit, saya tidak mengagungkan DS Anwar, saya hanya menjelaskan, betapa DS Anwar diberi empat anugerah oleh cencekiawan antarabangsa.

    Soal idola, jangan dibangkitkan Rasulullah di sini. Standard Rasulullah adalah manusia teragung untuk seluruh zaman.

    Saya ingin tahu, siapa dan apa standard pemimpin melayu kini yang anda idolakan itu. Seandainya Mahathir, anda boleh membaca penilaian saya terhadap Mahathir di sini: http://naspazi.multiply.com/journal/compose/22?xurl=%2Fjournal%2Fitem%2F22

    Sekian.
    – Naspazi

  9. Aku cakap tu bukan fatwa bodoh bangang tujuh keturunan. kau cucu tok selampit kau tu yang kafir laknat..memang kalau nak bersumpah cara islam mesti mesti ada alim ulama yang akan mendoakannya.serta saksi yang cukup syarat islamnya .dalam islam boleh buat ikut suka ke….dalam islam semua ada tertib dan syarat serta rukun tau..bangang agama kau.Ingat boleh main langgar sesuka hati ke.. Cuba kau buka kitab atau tanya guru kau…hukum bersumpah.bersumpah..apa syarat sah bersumpah serta rukunnya..Aku anytime nak berdebat isu agama dengan kau yang jahil tu. Satu aku nak abngkitkan…bersumpah di hadapan juru kemera. Mana sifool letak Al-Quran kau tengok ngan mata kau bodoh. Letak Al-Quran dekat lutut.SApe ajar letak Al Quran kat lutut mangkuk.Aku pun boleh terangkan kat kau adab serta tertib meletak ,memegang dan membawa Al-Quran dari perkara yang remeh sehingga yang berat. nak berdebat anytime. Fatwa bukan dikeluarkan oleh seseorang.fatwa mwlalui Ijmak Ulama jika seorang dipanggil pendapat bodoh nye lah kau ni..Tulah duduk dalam Umno agama letak kat ponggong.

  10. Cucu Tok Selampit, anda begitu mudah menganggap penyokong DS Anwar sebagai bodoh, sebab itu saya geram!

    Untuk makluman Cucu Tok Selampit, saya tidak mengagungkan DS Anwar, saya hanya menjelaskan, betapa DS Anwar diberi empat anugerah oleh cencekiawan antarabangsa.

    Soal idola, jangan dibangkitkan Rasulullah di sini. Standard Rasulullah adalah manusia teragung untuk seluruh zaman.

    Saya ingin tahu, siapa dan apa standard pemimpin melayu kini yang anda idolakan itu. Seandainya Mahathir, anda boleh membaca penilaian saya terhadap Mahathir di sini:

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/22

  11. Al-Quran tinggi darjatnya kerana merupakan rukun Iman.

  12. Yela… saifool pegang Al-Quran ngan tangan kiri.

  13. Cucu tok selampit? ada 2000 banduan didalam sel sungai buloh ingin bersumpah, adakah bila bersumpah mereka boleh keluar atau sekurangnya bersahabat dengan anda andai mereka keluar nanti?

  14. Sekadar Mengingatkan….

    Firman Allah swt dalam Surah An-Nuur;
    Ayat 1
    (Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam) nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya
    Ayat 6
    Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah EMPAT kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar
    Ayat 7
    Dan (sumpah) yang ke LIMA bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta
    Ayat 11
    Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar
    Ayat 12
    Mengapa diwaktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata, “Ini adalah sauatu berita bohong yang nyata”
    Ayat 13
    Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan EMPAT orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta
    Ayat 15
    (Ingatlah) diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saj. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar
    Ayat 16
    Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu, “Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar”
    Ayat 17
    Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman
    Ayat 18
    Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana
    Ayat 19
    Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
    Ayat 20
    Dan sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, dan Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang..(nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar)

    Berhati-hatilah

  15. wahhh cakap pasal agama, bahasa macam kapir ko tu yang bodoh extra….macamni ka orang yang nak berdebat pasal agama,PORAHHHHHH pegi la ko mampos sama Anwar tu. ko ni bodoh bangang mesti umo ko ni baru 17 19 taun bodohhhh.. 4 anugerah antarabangsa apanya, anugerah tu di kasi oleh orang putih laknat , tu yang korang dok banga??memang la dpea bagi anugerah sebab Anwar tu boleh depa cucuk idung.Maklum la kaki jubor

  16. Juborii….
    Nickname kamu dah melambangkan diri kamu.
    Ibu bapa bagi pangilan yang baik tetapi nickname itu pilihan kamu.
    Maaf,sebenarnya panggilan diri melambangkan peribadi itu sebabnya orang alim dan bijak pandai pesan supaya memanggil anak dengan nama yang baik2.
    Rela diri di panggil jubori

  17. 1. Adakah Juborii itu nama pena orang yang bermaruah?

    2. Kalaulah 4 anugerah antarabangsa pada DS Anwar itu dianggap laknat, kenapa teknologi tinggi sebagai anugerah orang putih kepada dunia tidak dianggap laknat?

    3. Adakah Juborii tidak bergantung kepada teknologi tinggi orang putih dalam menjalani kegiatan hidup seharian?

    4. Kalau kegiatan Juborii dan sekongkolan Juborii tiap-tiap hari bengantung kepada produk teknologi tinggi orang putih, pada masa yang sama melaknat orang putih, itu namanya munafik dungu keparat bangsat original. Kah kah kah!!! Auuuw.:)

  18. Mudah saja, kalau DSAI berani berumpah mengikut ajaran agama kita, org akan lebih mempercayainya. Tapi bila banyak sangat mengelak, tepis sana, tepis sini, kait2kan orang lain pulak, tu yg makin ramai percaya DSAI ini memang lakukannya. 10 tahun dulu dah ada cerita, bukan satu pulak tu. Cuba kita kumpulkan org2 yg ada cerita tu. Suruh pulak mereka bersumpah macam Saiful.

    Kalau mereka juga mengelak dan menepis maka sahlah mereka juga seangkatan dengan DSAI.

    Berani kerana benar. Mudahkan? Kalau DSAI bersumpah maka aman sedikit. Mungkin tak banyak lagi fitnah mcam sekarang ni.

    Nuar… sumpah ajelah.

  19. Aku tak yah komen ape2 pasal JUBORI
    Kalau dah dia letak diri dia sama taraf ngan JUBOR tempat yang busuk lagi kotor dan menjijikkan,
    so org macam semua boleh nilai.

    TQ cahaya

  20. 1. Liwat 1 DS Anwar telah bersumpah. Matanya lebam juga.

    2. Liwat 1 DS Anwar telah bersumpah. Proses mahkamah korek korek diteruskan juga.

    3. Liwat 1 DS Anwar telah bersumpah. Akhirnya, DS Anwar dipenjarakan juga oleh para hakim korek korek.

    4. Liwat 2 demikian juga, tidak selesai dengan bersumpah. Tegasnya, bersumpah bukan jalan penamat penyelesaian kepada tuduhan Liwat 2 oleh orang-orang melayu berjiwa kerdil yang begitu dengki lagi khianat kepada DS Anwar:

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/158

  21. Kebenaran akan muncul kebathilan akan tenggelam, sama-sama berdoa kehadrat ALLAH SWT ZAT YANG MAHA AGONG LAGI MAHA SUCI agar Allah memperlihatkan kepada kita semua dan menjadi bukti terhadap KEBENARAN ISLAM ITU SENDIRI diatas muka bumi ini. Biarlah seluruh dunia tahu, bukan tujuan untuk menghukum tetapi sebalik untuk menyedarkan yang mana pada kebanyakan manusia semakin jauh meyimpang daripada ajaran yang dibawa oleh JUNJUNGAN BESAR KITA MUHAMMAD SAW. Islam tercalar oleh segelintir manusia yang mengaku muslim tetapi membelakangi AlQURAAN dan ASSUNNAH sebagai panduan HIDUP.

  22. Juborii,

    Hang cari jobor mana

    atau

    hang terima jobor mana

  23. Bersumpah laknat tapi mana 4 saksi saiful. sebelum dia berani melaknat diri dia kena kemukakan dulu 4 saksi dia. aku memang x mahir dlm ha ini tapi sek agama blajar gak.

  24. Aku setuju kalau DSAI bersumpah macam saifool (cara saifool buat je), sekurang-kurangnya dapat alihkan tanggapan rakyat yang dah mula percaya DSAI liwat saifool, tapi aku konpius gak kenapa saifool cakap diliwat TANPA RELA pulak, kan hari itu tuduhan SUKA SAMA SUKA, kalau ini TIDAK BERMOTIFKAN POLITIK kenapa masuk tv, kalau nak masuk tv pun kan elok bila ada kedua-dua sekali (Saifool dan DSAI) dan bersumpah serentak. Kenapa pula malam penamaan calon kan banyak lagi hari sebelum atau selepas penamaan, kenapa tak buat. tapi aku lihat saifool tu kiut betul, kesian pulak kalau dia betul-betul diliwat. tapi setelah diamati betul-betul aku yakin DSAI tak buat benda tu. Ni nak tanya kepada otai-otai kat sini, kalau seseorang tu pondan atau sememangnya dilaknat allah maka doanya tidak dimakbulkan, bagaimana dengan sumpahnya adakah diterima allah. kompius…

  25. kau tak makna munafik…kafir…bacalah Al-Quran tu…kau orang hadari ni memang le tak belajo…kau gaduh2 tapi semua kosong macam tong kosng kau tau tak. kekawan reformasi…tok sah bergaduh dgn dia orang ni…kalau dulu para nabi yg diberi macam2 kelebihan pun susah nak bentuk kaum2 yahudi …ni kan pulak kita…membazir masa…layan..buat sakit hati…biar kan dia…mati jumpa tuhan bukan jumpa saiful…apa kau susah…biarkan dia..

  26. Kau baca le Al-Quran,

    kalau Allah dah hitamkan hati mereka ni…kau letak pencuci apa pun tetap hitam…bersyukurlah kita masih nampak kebenaran walaupun sedikit…tak percaya…kaorang umno,,gilah dengo ceramah2 tu kalau kau orang tak hadiri majlis ilmu …40 hari…gelap dah mati hati kau ..agak2 bila last gi dengo ceramah ke (sure kata ceramah tu semua ceramah politik…tu sah bisikan syaitan….) kekawan…kena le kenal bisikan syaitan….kesian…

  27. DIPETIK DARIPADA BIJAK PANDAI AGAMA

    bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.

    kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf.

    “Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam

    “Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bagaimanapun, beliau berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri.

    “Anwar dan Saiful bukan suami isteri dan dalam kes ini ia bukan sahaja tidak kena tetapi telah menunjukkan kebodohan umat Islam sendiri.

    “Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam.

    “Bagaimana Saiful bersumpah menggunakan Quran sedangkan dia tidak tahu isu kandungan kitab suci itu.

    “Dia (Saiful) boleh buat apa sahaja tetapi kita tidak boleh dengar sebelah pihak sahaja,” katanya.

  28. x payah le nak gaduh2…buat apa dilayan cabaran si Saipol tu, kalau dah ke mahkamah sudah le,biar mahkamah buat keputusan.. buat apa nak heboh2 lagi perkara yang buruk ni, tambahan pula dgn di sebut “memasukkan batang zakar ke dalam jubur…” buat apa dihighlightkan..buat org yg tak tau jadi tau, yg terlintas nak mencuba…jadi bualan anak2 kecil yg mmpunyai perasaan nak tau yg kuat..kalau nak sumpah, sumpah je la…wat pe hebuh2..buat press statement la, masuk tv la, masu paper la..wat pe..apa motifnye..kalau perkara baik tu elok la di hebahkan..ada la keinginan org nak melakukannya..layan je serupa macam cabaran budak hingusan Ezam je..dia cabar sana, cabar sini, nak dedah sana dedah sini ..bila x dilayan dan dia dah letih senyap le dia, Anwar perlu fokus pada objektif , isu2 ni saje nak larikan fokus anuar pd objektifnya dan org Islam pd isu2 yg lebih besar yg perlukan perhatian dan perbincangan-cth ramai yg murtad..ni isu zakar masuk jubur yg dibincang dan di gaduhkan…isu dah ke mahkamah..brsumpah c sepool dah (x perlu sebab kes dah ke mahkamah) dah le tu…tunggu je la keputusannya.

  29. UTK RENUNGAN JE:

    Saiful memaklumkan bahawa beliau di liwat tanpa kerelaan dan ini semestinya menyulitkan proses perundangan yang membicarakan Anwar atas tuduhan liwat – dengan kerelaan. Adakah ini sebenarnya memungkinkan kes tuduhan ke atas Anwar bercanggah. Apa pun Saiful tetap menegaskan bahawa beliau di liwat tanpa kerelaan dan sekiranya fakta laporan media sahih beliau di liwat sebanyak 8 kali tanpa kerelaan. Beliau dilaporkan menunggu sehingga diliwat beberapa kali – yakni menurut sumber 8 kali sebelum membangkitkan semangat itu menuntut keadilan. Beliau juga enggan mengulas – menurut http://www.malaysiakini.com mengenai perjumpaan dengan Najib.

    Menurut Badrul Hisham Shahrin, MPT Keadilan, tindakan Saiful adalah tindakan bermotifkan politik dan Saiful kini diperalatkan dalam kempen politik. Kita lihat Anwar telah di tuduh di mahkamah. Seipol teruskan acara bersumpah dengan cara Islam tetapi tidak berani untuk menyempurnakan sistem perundangan Islam secara total dalam menuduh Anwar Ibrahim. Tindakan Saiful tidak menyeluruh dan ini mungkin dikatakan separa Islam.

    Apa pun keadaan kita harus melihat kepada apa yang dikatakan liwat tanpa kerelaan atau tuduhan di mahkamah oleh polis – sebagai liwat dengan kerelaan dan kenyataan Syed Hamid yang memperakui bahawa tuduhan itu adalah atas kerelaan dan Anwar sahaja yang di kenakan tuduhan kerana Saiful adalah pengadu.

    Untuk di fikir2kan…

  30. Shyfool tu budak bermasalah….tlg suruh dia rujuk pakar agama dan pakar motivasi…susah sangat hantar je di pi pusat permulihan akhlak…hehehe..klu
    hang diliwat..kenapalak nak pi sumpah…fening-fening…pengadu pulak ….lebih sudu dari kuah..yang pemimpin BN yang buat Agama..buat statement kata ikut cara ISLAM. Mid man, Ustazah Glamour mana taknak komen lak…peninglah…malaysia punya pemimpin BN..bab agama had hari…melayu mudah lupa

  31. malaysia ada ular dalam semak yang baru Dr.M…
    kes liwat ni nampaknya dia yg komen berbanding yg lain

  32. caya la aku tengok ramai yg menyokong pakatan dari pembangkang. dari kedai kopi sampai ke dlm internet nih.

    gelombang perubahan sedang rancak berlaku. tambah2 lagi bila pak lah naikkan minyak sedangkan janji kerajaan sblm pru tak akan naik minyak.

    kesimpulannya skang sapa sokong bn memang teruk kena pelempang dgn penyokong pakatan.

    umno akan pupus. amin

  33. Dr.M Baru nak angkut beg nak cabut ke luar negeri, tak jadi.. nak tunggu kut2 sesumpah Sepol dapat jatuhkan nuar.

  34. Adakah mmg begini ke sikap Melayu dan Mamak d Malaysia…kalau rujuk kepada sejarah..memang apa yg berlaku adalah ulangan sejarah2 melayu silam..mana perginya amalan Islam.

  35. Naspazi…

    sudah-sudah la membela dsai…ada udang di sebalik batu ka? mana kau tau dia tak liwat?…mana tau dia liwat? jadi serah lah pada pihak yang lebih arif…berani kerana benar…kalau tak salah kenapa nak takut…ni…nampak kelam kabut macam ada hobi tu ja…

    senang-senang bacalah pulak 50 dalil kenapa Anwar tak layak jadi PM-oleh Khalid Jafri tu…

  36. kalau dah x suka atau suka seribu/dua ribu dan lebih dari itu dalil boleh keluarkan….Hang Jebat dulu pun macam2 dalil d berikan untuk menghukum jebat tapi sekarang ni macam2 dalil pula di beri untuk membenarkan tindakan hang Jebat menyangah sultan…….memang seronok dan bersemangat bila cerita2 begini…….jadi le Ah Chong dah balik dari kebun tapi Pak Mamat baru nak ke kebun selepas bersembang sakan sambil minum pagi di kedai Mutusamy….dah melayu,melayu juga

  37. Salam hormat,

    Terima kasih atas cadangan sdr Jebat,

    Namun begitu, standard paradigma saya merentas batas ketokohan DS Anwar sebagai negarawan piawai antarabangsa sebenarnya.

    Dengan kata lain, paradigma saya melangkaui sempadan agama dan bangsa, lantas meluaskan keazaman kasih sayang tanpa batas sesama manusia sebagai teras perdamaian sejagat.

    Justeru, tema paradigma saya seperti berikut:

    Hanya ada satu agama, agama kasih sayang
    Hanya ada satu bahasa, bahasa hati
    Hanya ada satu kasta, kasta manusia
    Hanya ada satu hukum, sebab dan akibat.

    kasih sayang dalam fikiran adalah kebenaran
    kasih sayang dalam pemahaman adalah ketenangan
    kasih sayang dalam perasaan adalah kelembutan
    kasih sayang dalam tindakan adalah keindahan.

    Akhirnya, saya menganggap standard Buku 50 Dalil bukan piawai paradigma saya untuk membacanya.

    Sekian
    – Naspazi

  38. macamana makhdir nak komen pasal islam…keluarga sendiri kepala terdedah…tak pakai tudung kira macam ketam ajar anak…kau orang ni rujuk kitab apa hah??? tutup aurat perkara asas..lantak kau orang lah….baik duduk kat rumah ke masjid…mailaikat maut tunggu masa aje…once file kau naik…datang le dia…mudahan sempat bertaubat…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: