Posted by: pinkturtle2 | Ogos 19, 2008

Pegang Al Quran masa sumpah salah tapi lafaz sumpah sah

Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan.Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar - Ustaz Asri

Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan.Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar - Ustaz Asri

Mufti Perlis: Pegang Al Quran masa sumpah salah tapi lafaz sumpah sah

PERLIS: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu merupakan kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, (gambar) bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beberapa pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cara bersumpah itu sambil memegang Al Quran sebagai meniru amalan penganut Kristian yang bersumpah sambil meletakkan tangan atas Bible.

Pada Jumaat lalu Mohd Saiful Bukhari melafazkan sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan yang disaksikan juga bapanya, Azlan Mohd Lazim, yang mendapat liputan meluas media massa.

Katanya, sumpah yang dilakukan itu juga bukan bagi menentukan pihak mana yang betul atau salah tetapi ia sekadar untuk mengelak daripada prasangka atau tuduh menuduh antara kedua-dua pihak.

Ditanya sama ada Mohd Saiful Bukhari perlu mengulangi sumpahnya ekoran ada pihak yang mempertikaikannya, Mufti berusia 36 tahun itu berkata, perkara tersebut tidak perlu dilakukan.

Semalam, Azlan mempertahankan kaedah sumpah yang dilakukan anaknya itu adalah betul setelah mendapat nasihat ulama dan tiada sebab untuk anaknya mengulanginya.

Mengenai sama ada proses mubahalah yang dicetuskan olehnya suatu ketika dahulu itu telah sempurna, Mohd Asri berkata, ia belum sempurna selagi Anwar yang juga calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh belum melakukan perkara yang sama.

Sementara itu, Mufti Perlis dalam blognya “drmaza.com”mengingatkan para calon dan mereka yang terbabit dalam kempen pilihan raya kecil itu supaya berpegang kepada prinsip Islam semasa berkempen.

Beliau yang merupakan salah seorang pengundi kawasan parlimen itu berharap kempen yang dilakukan itu hendaklah bebas daripada rasuah undi, cacimaki, tuduh menuduh tanpa buka, pengunaan bahasa atau isyarat yang kasar dan kesat dan membuka aib tanpa keperluan syarak.

Katanya, masyarakat perlu dididik dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan.

Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri.

“Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan,” tegas Dr Asri.

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

http://www.mstar.com.my

Advertisements

Responses

  1. Ini cerita benar telah berlaku 30 tahun yang lampau satu kawasan tanah rancangan Felda. di Pahang.
    pada waktu itu semua peneroka tanah felda maseh muda-muda belaka dan ada yang nakal, 3 orang mamat ni telah skodeng disebuah rumah peneroka lain dan mamat yang diskodeng ni tahu dan mereka 3 orang bermati-matian tidak menggaku berskodeng
    dan sanggup bersumpah junjong Quran.
    saorang mamat ini sanggop langkah quran dan yang dua lagi junjong kat lakukan skodeng walhal mereka skodeng, apa akan terjadi saorang dari mereka 20 tahun kemudian buncit perut dan bawa maut, satu lagi sumah tanggan kucar kacir dan bercerai berai, satu lagi kucar kacir juga dan anak-anak kesemua cacat itulah yang berlak.
    semikian itu adalah iktibar orang bersumpah.

  2. tula, saya paling takut akan janji Allah. mohon sgt, doa’ sgt, saipul yg bersumpah, biar dia seorg shje yg menerima padahnya……
    atuk saya kat kg saya pun risau….
    berani betul dai mencabar Allah!
    doa’ sgt2 moga2 negara selamat….

  3. KALAU DIAMATI PETIKAN INI…MAJLIS ULAMAK PP SEOLAH2 ADA MEMBUAT TEGURAN TERHADAP MUFTI PERLIS NI..PENDAPAT AKU JE (PERENGGAN TERAKHIR)

    Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) menegaskan bahawa isu sumpah (mubahalah) yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertuduhan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, tidak wajar dipolitikkan.

    “Tidak wajar mempolitikkan isu sebegini dan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Islam dan Syariah untuk kepentingan tertentu, harus berhenti sama sekali dari berbuat demikian,” kata Yang Dipertua PUMPP, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor.

    Sebaliknya, kata beliau, PUMPP menyarankan agar isu itu diselesaikan mengikut peraturan dan syariat Islam sepertimana yang digariskan dalam undang-undang Syariah Islam jika benar pihak terbabit ikhlas mahu menyelesaikannya mengikut lunas-lunas Islam.

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, bersumpah dengan memegang al-Quran tidak ada dalam tradisi dan syariat Islam dan tidak wajar dicampuradukkan dalam sumpah yang dilakukan itu.

    “PUM PP juga menyatakan bahawa pendakwa (Saiful) tidak ada keperluan untuk melafazkan sumpah, memandangkan beliau adalah di pihak yang membuat pertuduhan.

    “Dalam syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud (dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah “al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara” – pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti (4 orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah,” katanya

    Pada asasnya, tegas beliau, Islam meletakkan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu, sebelum sebarang sumpah dilafazkan.

    Oleh itu, kata Dr Wan Salim, sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan.

    “Perkara yang berlaku ini akan memberi kesan buruk, antara lain, kepada perlaksanaan sistem kehakiman Syariah di Malaysia apabila pada masa akan datang, pelbagai pihak boleh menggunakan ini sebagai “precedent” bagi mendahulukan sumpah, terutama dalam kes li’an sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.

    “Proses pembuktian dan pengadilan akan diketepikan dan pihak yang bersalah boleh memilih untuk menggunakan sumpah (yang tidak memerlukan pembuktian) bagi menyelamatkan diri dari penghukuman,” katanya lagi.

    Oleh itu, katanya, PUMPP menyeru semua pihak agar tidak menggunakan nama Islam dan syariah tanpa mengikuti peraturan syariah yang sebenarnya bagi tujuan politik “Machiavelli” mahupun kepentingan peribadi.

    “PUMPP juga menyeru agar beberapa ulamak dan agamawan untuk merujuk dan menerima pandangan ulamak dan pakar lain, sebelum membuat apa-apa kenyataan yang bakal memburukkan keadaan dan tidak memungkinkan proses keadilan dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan sempurna di negara ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: