Posted by: pinkturtle2 | Ogos 19, 2008

Galeri gambar ‘demam’ pilihan raya Permatang Pauh

Galeri gambar ‘demam’ pilihan raya Permatang Pauh

19-08-2008 07:11:52 PM

19 Ogos 2008


Kain rentang yang dinaikkan oleh jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi peringatan supaya media melaporkan perkara yang benar, seolah-olah memperlekehkan media tidak telus dalam penulisan dan melaporkan perkara yang tidak benar sempena pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44) di sini, hari ini. Kain rentang tersebut dinaikkan sempena kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.


Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tiga, kanan) mengedarkan poster calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah kepada Abdullah Aziz, 62, (kiri) ketika mengadakan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan wanita Umno di Kampung Permatang Ara di sini, hari ini.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah turut memotong rumput di kawasan Surau Tuan Haji Hashim Tanjung Putus di sini, ketika beliau hadir pada program gotong-royong bersama belia Permatang Pauh, hari ini.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendukung Tan Jun H’ng, 7 bulan, sambil diperhatikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bapa Jun H’ng, Tan Lai Chuan, 30, (kiri) semasa berkempen di Taman Ciku, Bukit Mertajam, hari ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) berbincang sesuatu dengan anggota majlis qariah Masjid Permatang Pauh ketika beliau tiba untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid itu di sini, malam tadi. Imam masjid berkenaan, Othman Mohamad Kunjoo memohon kepada Mohd Najib untuk pembinaan baru bagi menggantikan masjid yang sudah berusia 35 tahun itu kerana tidak lagi dapat menampung eamaah yang bertambah ramai serta keadaannya yang telah uzur.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak beramah mesra dengan sepasang suami isteri warga emas, Desa Arit, 88, dan Fatimah Bakar, 81, ketika melawat rumah mereka di Kampung Samagagah di sini, semalam.

18 Ogos 2008


Anggota keselamatan sentiasa bersiap-sedia mengawal sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Pauh.


Penyokong Barisan Nasional memasang bendera parti itu di hadapan bilik gerakan Puteri Umno di Permatang Pauh.


Petugas Puteri Umno gigih menyediakan bendera dan poster untuk menghangatkan lagi kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Beberapa wakil Puteri Umno merujuk peta bagi melihat kawasan-kawasan yang termasuk dalam Parlimen Permatang Pauh.

17 Ogos 2008


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak beramah mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Permatang Rawa semasa membuat lawatan ke kampung berkenaan di sini, hari ini. Najib berada di sana untuk menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran jentera pilihanraya parlimen Permatang Pauh peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Permatang Janggus.


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat mengenai beberapa insiden jentera pembangkang yang mengganggu dan menghalang petugas BN memasang poster dan bendera di kawasan itu di Balai Polis Kubang Semang di sini, hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama (dari kiri) Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengangkat tangan calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah (dua, kiri) sebagai tanda sokongan terhadap beliau selepas mengadakan perjumpaan bersama anggota jawatankuasa dan pegawai masjid Permatang Pauh di sini, hari ini.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah (dua dari kanan) memeluk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja ketibaan Abdullah di Tanah Liat, Bukit Mertajam, hari ini.


Seorang penunggang basikal sedang lalu di hadapan poster calon PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beramah mesra dengan Ustaz Abu Bakar Endot (empat, kiri) dan beberapa penduduk Kampung Sungai Semambu,Tanah Liat di sini, semasa turun padang berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini. Turut sama Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (tiga, kanan).


Salah satu daripada tarikan kempen pilihan raya Permatang Pauh oleh PKR, sebuah replika meriam dibalut dengan bendera parti itu di Jalan Permatang Pauh.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini, pagi ini.


Calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah (kanan) beramah bermesra dengan penyokong-penyokong PKR dan DAP ketika mereka membuat kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Kampung Cross Street di sini, hari ini.


Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor (tiga dari kanan) bersama calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah (dua dari kanan) bersalaman dengan orang ramai selepas ceramah di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, malam semalam


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ceramah di Kampung Baru Sungai Lembu, Bukit Mertajam, semalam.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

    Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.

    Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

  2. 1. Tidak sewajarnya berlaku kejijikkan di negara ini jika semua orang sungguh-sungguh taat kepada agama yang dianutnya, di samping menghargai karamah insaniah serta memahami konsep kasih sayang terbaik tanpa batas.

    2. Betapa, amatlah dikesali akhlak warga malaysia, khususnya UMNO semakin ketara kembali ke zaman manusia purba pratamadun.:)

    http://naspazi.multiply.com

  3. […] PinkTurtle : Gambar2 Menarik Demam Pilihanraya […]

  4. ok wat..semua imam, siak, bilal mungkin meno punya ahli hahahahahahaha! cool siut…semua bleh,,,imam, siak, bilal sekarang nie…patut dicari semua nie…dan buek poster hahahahahah! cool lah!

  5. Ezam,bila kau nak bocorkan rahsia DSAI..dulu kata nak bocor sampai le ni tak de pun.TAk kan kau bagi tahu Wan Azizah minta tolong Pak lah benarkan rawat Anuar kat hospital tu rahsianya..itu tak rahsia.
    Ezam..Aku ingat kau nak bagi tahu kau kena liwat gak.Ni dah berapa hari kempen dah ni..tak de rahsia pun..

  6. kebenaran akan terbukti akhirnya..
    kebatilan,kejahatan dan sebagainya yang dirancang….satu hari akan terbongkar…..

  7. Kalau kau teliti gambar diatas..kau orang boleh bezakan gambar berlakon dan gambar real..
    yang pasti kalau pemimpin sanggup jumpa rakyat
    dan memperuntuk masa mendengar keluhan rakyat
    ini sudah bagus…takutnya hangat hangat tahi ayam
    aje…selepas kempen semua tutup kedai….

  8. kerana jembalang porahhhhhhhgi dan cepol bontotlah kita tengok mufti dan ulamak dah mula nak bertelagah inilah bala bencana yg ALLAH dah mula turunkan keatas negara kita.kepada pihak berkuasa terutama pihak berkuasa agama tolong lebih bertegas contoh apakah tindakan yg diambil keatas pelaku aksi lucah dikhalayak ramai tajaan umno/bn di permatang pauh baru baru ini ,saya lihat polis yang ada dekat situ seperti anjing bodoh yang tak ada gigi(dimana amanah yg di berikan kpd kamu) jawapan ini kamu perlu jawap di depan ALLAH bukan saja kpd public

  9. […] PinkTurtle : Gambar2 Demam Kempen Pilihanraya https://pinkturtle2.wordpress.com/2008/08/19/5318/ PinkTurtle : Galeri 16 Ogos Penamaan Calon https://pinkturtle2.wordpress.com/2008/08/19/5198/   […]

  10. beginilah, pada pdpt saya yg tak seberapenye:-
    -menurut pengalaman org yg saya kenal sbgai perayu undi bn, – ckp bukan main manis- balik, lupe dah ape yg mereka janjikan. tak catit pun apa masalah penduduk. vip yg dtg- janji palsu belake. kalo percaye jugak- tu dah totok tahap gaban dah tu ke tonngong…( sori kasar sket)
    – teringat dulu, makcik saya ex-perayu undi bn, mase tu vs Pas, sanggup depa ckp -kalo undi PAS tak takut hudud ke?
    – harap sgt2 penduduk permatang pauh bertindak dgn amat2 bijak…..

  11. kami warga stesen minyak menyokong pakatan rakyat. minyak murah semua orang senang.

  12. stupid malay

  13. kepada Ariff shah lepas p/raya boleh potong rumput seluruh permatang pauh


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

<span>%d</span> bloggers like this: