Posted by: pinkturtle2 | Ogos 20, 2008

Dua anggota Exco Perak antara enam ditahan kerana rasuah

Dua anggota Exco Perak antara enam ditahan kerana rasuah

20-08-2008 05:41:04 PM

IPOH: Dua anggota exco kerajaan negeri Perak ditahan bersama empat lelaki lain oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, dekat sini.

“Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks,” kata ibu pejabat BPR di Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang daripada anggota exco itu, empat lelaki berkenaan ditahan di beberapa tempat di sini pada 6 petang semalam, manakala seorang lagi anggota exco ditahan di pejabat BPR Perak di sini pada 10.30 pagi ini.

Menurut BPR, tiga daripada suspek termasuk seorang daripada anggota exco itu ditangkap sejurus selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.

Empat lelaki yang ditahan itu terdiri seorang ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Kesemua suspek berumur antara 30 dan 57 tahun.

Lima daripada suspek itu, kecuali seorang daripada anggota exco itu, ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar berkata, tiga daripada suspek itu ditahan di sebuah hotel di sini, dua lagi di tempat lain manakala seorang lagi datang sendiri ke pejabat BPR di sini.

BPR dijangka menahan beberapa orang lagi bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Seorang anggota exco yang ditahan itu dipercayai akan dikenakan tahanan reman esok.

Lima suspek yang lain dibawa ke mahkamah pada 11 pagi tadi dan Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Kesemua suspek menggunakan jaket dan baju untuk menutup muka masing-masing semasa dibawa ke mahkamah.

Beberapa anggota Dewan Undangan Negeri Perak turut berada di mahkamah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penangkapan dua anggota exco itu tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pada masa ini mereka hanya direman. Jika ada pertuduhan melibatkan mana-mana anggota exco itu, kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengikut lunas-lunas perundangan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, kedua-dua anggota exco itu hanya disoalsiasat dan keterangan mereka diambil.

Mohammad Nizar berkata, semua anggota exco kerajaan negeri sedia memberi kerjasama dalam sebarang siasatan yang dijalankan oleh BPR.

Exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat terdiri enam anggota daripada DAP, tiga daripada PKR dan seorang daripada PAS, tidak termasuk Mohammad Nizar yang juga daripada PAS.

Dalam pilihan raya lepas, DAP menang 18 kerusi, PKR tujuh dan PAS enam manakala Barisan Nasional memenangi 28 kerusi. BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: