Posted by: pinkturtle2 | Ogos 20, 2008

Galeri Gambar Pilihan Raya Permatang Pauh

Galeri gambar ‘demam’ pilihan raya Permatang Pauh

20-08-2008 07:25:47 PM

20 Ogos 2008


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama Dr Toh Kin Woon (tiga dari kanan) dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (kanan) semasa sidang akhbarnya di Taman Sama Gagah, Permatang Pauh, hari ini.


Mustapha Abdullah, 60, yang cacat anggota badan membawa Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menaiki motosikal untuk ke rumahnya di Kampung Tanah Liat semasa beliau berkempen sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini, hari ini.


Poster calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jalan Permatang Pauh.


Anggota polis mengiringi seorang suspek keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, setelah mahkamah itu memerintahkan tahanan reman selama tiga hari ke atas tertuduh hari ini. Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes dua jurugambar cedera dipukul sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat selepas berakhirnya proses penyerahan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun pada 16 Ogos lalu. Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki bagi membantu kes itu.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah menunjukkan kemahirannya membancuh kopi tarik ketika beliau mengadakan lawatan ke sebuah gerai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti di sini, baru-baru ini.


Kenderaan pacuan empat roda milik PKR yang dipenuhi gambar pemimpin-pemimpin dunia digunakan untuk berkempen di Permatang Pauh.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan penunggang motosikal semasa berkempen di Pekan Penanti, Bukit Mertajam, hari ini.


Nurul Izzah, anak calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual dengan Teoh Khoon Khoon, 65 (duduk) semasa berkempen di Pekan Penanti, Bukit Mertajam, hari ini.


Dr Novandri Hasan Basri (kiri) dari Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Rokiah Mohd Ali, 92, ketika turun padang bersama Exco Puteri UMNO, Nolee Aishilin Radzi (kanan) berkempen sempena pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di Kampung Pertama di sini, semalam.

Mstar


Responses

  1. semalam debat perdana real antara amno dan pr berlaku hampir 3 jam, wakil pr ketua wanita adil MP, gobalakrisnan, PM Pas Dr Maznah dll, wakil bn Arif Shah, ramai lagi , majlis terganggu dengan pihak bn memainkan lagu-lagu menerusi pa system dengan kuat bagi mengenggu majlis ceramah pr, untuk makluman ceramah tersebut KEBETULAN berlaku jarak 3 meter je antara satu, disebelah bn para hadirin seramai 12 orang( polis 300 orang) manakala yang hadir di pr lebih kurang 250 orang. majlis bn tamat jam 1045 bila hadirin mula berpindah ke kem pr, memang best,, ramai polis dari pengundi yang dengar ceramah.

  2. aku pelik betullah dengan UMNO ni daripada dulu asyik kempen kat warga emas saja…….kat belia tak da ke…entah-entah kempen kat belia kena boooo aje tak

  3. reformasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii walau jauh di dong raub pahang saya tetap menyokong pakatan rakyat reforrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrmasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii …takbirrrrrrr makkal sakhti…..dap

  4. dulu pas ….kini pas sekarang dan selamanyatetap pas dihati……..selagi PAS ada dibumi Allah malaysia ini aku akan sokong ….begitu juga dengan PKR…….tabirrrrr

  5. aku nak tgk sejauh mana BN mampu untuk menawan Permatang pauh …….jika pilihan raya ini dijalankan dengan adil dan bersih permatang pauh tetap PKR yang menang……lihatlah sejauh mana keadilan dan kebebasan akan terjadi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

<span>%d</span> bloggers like this: