Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2008

Galeri gambar kempen pilihan raya Permatang Pauh pada 23 Ogos

Galeri gambar kempen pilihan raya Permatang Pauh pada 23 Ogos

23-08-2008 02:27:31 PM

Undi Pos Bermula


Beberapa anggota polis menunggu giliran untuk mengundi pos bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda di sini, hari ini. Seramai 490 pegawai dan anggota polis mengundi pada pilihan raya itu. Foto BERNAMA


Anggota polis mengundi pos bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, hari ini.


TUNAI KEWAJIPAN … Anggota polis Lans Kop Zarina Ismail (kanan) memasukkan undi pos sambil diperhatikan rakannya Lans Kop Siti Zarifah Idaris pada hari mengundi pos bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda hari ini.


PERSIAPAN TERAKHIR… Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula sibuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang hanya tinggal tiga hari lagi iaitu pada Selasa depan. Kelihatan dua petugas SPR memasang kain rentang di pusat penjumlahan rasmi undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Menjelangnya pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pelbagai bendera parti dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan Permatang Pauh di sini, hari ini bagi meraih undi pada pilihan raya itu Selasa depan.


Calon KRP, Datuk Seri anwar Ibrahim berbual bersama penduduk di Kampung Semambu, Permatang Pauh.


TURUN PADANG: Anwar turut sama membantu memasak lauk sempena kenduri perkahwinan yang diadakan di Kampung Semambu, Permatang Pauh.


Anwar berbual bersama penduduk kampung di kenduri kahwin yang dihadirinya.


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh ketika hadir di Bilik Gerakan Seberang Jaya.


Arif Shah berbincang sesuatu dengan Tengku Razaleigh mengenai persiapan jentera BN menjelang pilihan raya pada Selasa depan.

Mstar


Responses

  1. Cantik gambar anggota polis sibuk menjalankan tugas sebagai undi pos..kemana undi mereka di hantar?saya kuatir undi mereka mungkin tidak sampai maklum la dlm perjalanan macam-macam boler jadi kenapa tak di kira jer di situ kan senang termasuk la yang lain – lain tu..

  2. Jangan risau ttg undi pos tu.Kita serah je pada Allah.kalau Allah nakkan Anwar menang dia tetap menang.Sama2lah kita yakin dan berdoa je ye.Usaha dah pun dibuat.Takbir…

  3. tengok calon BN ni macam nak di perkudakan BN je….ye la kalau menang dengan harapan dia cuma jadi lembu cucuk hidung BN je….sekadar jadi macai dan cukupkan korum…sebab musababnya paham je la……abang dia Amin Shah tu kan Business Focus yang melingkup…jadi elok dikuburkan je calon tak ada credibility camni ….rakyat takkan takleh sedar ni semua….

    Yang undi polis dah sah bagi mamat rambut putih ni….HATI HATI DENGAN PENGUNDI HANTU ….

  4. yelah kalau jadi tok wakil setakat nak isi perut dan kantong keluarga sendiri eloklah dilingkupkan je.

  5. Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda hari ini.

    Aku dak biasa dengan tempat-tempat ni. Jauh ke polis2 ni nak gi ke Permatang Pauh utk makah 26hb ni

  6. ish… tak baik tau kalau tak kutuk amno..!!!

  7. lihat gambar ke 7 dari atas, pengawal pengiring DSAI segak bergaya..cam DSAI dah jadi PM ler..semoga mimpi menjadi kenyataan..

  8. yeahhh!! esok p pmtng pauh! nk jadi perayu undi sambil kutuk ckit2 perayu undi be end..hehe j0m madbi

  9. gambar yg DSAI tengah mengacau lauk kenduri tu..
    sebenarnya nk buat kenduri tahlil arwah untuk BN.
    sama2lah kita DOA agarnya betul2 terjadi kenyataan….

    he..he..mkn percuma..

  10. Berita mengenai penangkapan dua orang Exco Kerajaan Perak pada minggu lalu mengingatkan saya kepada kisah yang berlaku kepada seorang pegawai kerajaan beberapa tahun yang lalu. Kisahnya bermula apabila pegawai berkenaan bersetuju membantu seorang kenalannya untuk menagih hutang daripada seorang subkontraktor yang liat membayar hutang. Setelah pegawai berkenaan menghubungi subkontraktor itu beberapa kali, akhirnya subkontraktor berkenaan bersetuju untuk membayar hutangnya.

    Silapnya, pegawai berkenaan bersetuju untuk menerima pembayaran hutang itu di pejabatnya pada waktu bekerja. Maka pada hari yang dijanjikan, subkontraktor itu telah datang ke pejabat pegawai berkenaan dan menyerahkan satu sampul surat yang didakwanya berisi dengan wang untuk bayaran hutangnya. Peliknya, subkontraktor itu mendesak dengan bersungguh-sungguh agar pegawai kerajaan itu segera membuka sampul surat berkenaan. Untungnya, pegawai berkenaan tidak terburu-buru menuruti desakan subkontraktor itu.

    Bagaimanapun, dipendekkan cerita, pegawai berkenaan diserbu juga oleh pihak BPR. Pegawai berkenaan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat BPR dan disoal siasat di sana. Menurut cerita pegawai berkenaan, dia telah disoal siasat sehingga larut malam. Berbagai taktik digunakan oleh pihak BPR untuk mendapatkan pengakuan pegawai berkenaan. Namun pegawai itu tetap enggan mengaku yang dia telah menerima rasuah.

    Nasib pegawai itu agak baik kerana pihak BPR tidak menjalankan pendakwaan terhadapnya. Bagaimanapun kejadian itu telah menyebabkan reputasi pegawai berkenaan terjejas dengan teruknya. Sejak peristiwa itu, staf bawahan mulai memandang serong terhadapnya. Lebih malang lagi apabila masyarakat setempat telah mengemukakan komplen kepada pihak atasan dan mendesak supaya perawai berkenaan ditukarkan ke tempat lain. Selain itu, pegawai itu juga terpaksa menjawab surat tunjuk sebab.

    Berdasarkan kisah ini, kita menyaksikan bagaimana seorang subkontraktor boleh mempergunakan BPR untuk mengenakan seorang pegawai kerajaan yang hanya hendak menuntut hutang daripada subkontraktor itu. Saya tidak bermaksud hendak memperlekeh pihak BPR dalam hal ini. Tetapi, jika seorang subkontraktor boleh mempergunakan BPR untuk agenda peribadinya, tidak mungkinkah ada pihak yang lebih berpengaruh turut menggunakan taktik serupa untuk tujuan serupa?

    Yang lebih memusykilkan ialah, dakwaan sebelum ini yang mengatakan, terdapat kes-kes salah laku, rasuah dan salah guna kuasa yang direkacipta untuk menjatuhkan orang-orang tertentu sukar ditolak jika dikaitkan dengan kisah di atas. Atau dengan kata lain, cerita orang yang tidak bersalah tetapi telah dijadikan mangsa oleh pihak tertentu, lalu ditangkap dan kemudian didakwa di mahkamah atas tuduhan yang diada-adakan tidak boleh dinafikan dengan begitu sahaja.

    Pada minggu lalu juga kita telah menyaksikan bagaimana tokoh-tokoh tertentu begitu ghairah melafazkan sumpah masing-masing di khalayak ramai. Yang seorang bersumpah bahawa dia tidak mengenali Altantuya, iaitu mangsa pembunuhan kejam. Yang seorang lagi bersumpah bahawa dia tidak terlibat dengan kes penangkapan dua orang Exco Kerajaan Perak. Sebelum itu, Saiful Bukhari Azlan telah bersumpah di sebuah masjid sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh bahawa dia telah diliwat.

    Mereka boleh bersumpah, kerana apalah sangatlah susahnya bersumpah itu jika hanya sekadar mengucapkan “Wallahi, Wabillahi dan Wataallahi”. Siapa-siapapun boleh melafazkannya dikhalayak ramai. Sumpah sedemikian boleh diucapkan oleh orang yang warak atau oleh orang zalim kerana Tuhan Yang Maha Pengasih tidak akan terburu-buru menurunkan hukuman-Nya. Bahkan anak-anak kecil pun boleh melafazkannya. Namun perlu diingat, orang ramai juga berhak untuk meragui keikhlasan dan kebenaran sumpah berkenaan sekiranya peribadi orang yang melafazkan sumpah itu meragukan.

    Maka tidak menghairankan semakin hampir hari membuang undi bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, maka semakin galak pihak-pihak berkenaan membuat pendedahan demi pendedahan, dakwaan demi dakwaan dan akhirnya sampai ke peringkat bersumpah untuk meyakinkan khalayak ramai agar mempercayai semua itu. Namun kita haruslah bijaksana dan tidak mudah terpengaruh dengan semua itu. Pendirian kita mestilah bulat iaitu kita hendaklah terus menyokong perjuangan membela rakyat yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim bersama dengan parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, PAS, DAP dan lain-lain. Semoga para pengundi Permatang Pauh akan membuang undi keramat mereka untuk calon pilihan rakyat iaitu Saudara Anwar Ibrahim.

  11. tak payah cerita panjang-panjanglah aluyah ali baba oii… tahu dah konspirasi tajol sama BPR. kan tajol da cakap 31 Ogos ni kerajaan PR tumbang. tu laa…

  12. Kita tamatkan episod Malaysia Negara Sumpah dgn menangkan Anwar spya Anwar membawa suara rakyat ke parlimen…
    Doakan Awar menang.

  13. Aluyah kau ni mengarut ape ha..
    kalau nak cerita rasuah umno lagi le banyak..7-8 episod tak habis..

    Kalau orang UMNO yang rasuah…
    MODAL UMNO DAN BPR IALAH
    “DALAM SIASATAN”

    pirah mangkuk dah muak lah aku nagn UMNO bodoh ni..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

<span>%d</span> bloggers like this: