Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2008

Turun Harga Minyak: Tindakan Terdesak Pak Lah Menghadapi Pilihan Raya

ini adalah tindakan terdesak Abdullah setelah beliau menafikan sekeras-kerasnya sebelum ini bahawa tidak akan menurunkan harga minyak sebelum 1 September 2008.
Ini adalah tindakan terdesak Abdullah setelah beliau menafikan sekeras-kerasnya sebelum ini bahawa tidak akan menurunkan harga minyak sebelum 1 Sept. 2008.tindakan ini tidak lebih untuk tujuan mengaburi mata rakyat di sebalik tekad dan komitmen DDSAI yang menjanjikan penurunan 70 sen harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah – SIMA

AMK: BN alami sindrom ‘Anwarphobia’

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat tindakan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menurunkan harga minyak semalam sebagai satu usaha terdesak bagi meraih semula populariti di
kalangan rakyat.

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter,manakala harga runcit petrol RON92 dikurangkan 22 sen kepada RM2.40 seliter, berkuatkuasa hari ini. Harga diesel turut diturunkan 8 sen kepada RM2.50 seliter.

shamsul iskandarKetuanya, Shamsul Iskandar mohd Akin berkata, AMK berpendapat ini adalah tindakan terdesak Abdullah setelah beliau menafikan sekeras-kerasnya sebelum ini bahawa tidak akan menurunkan harga
minyak sebelum 1 September 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, AMK tidak menafikan sebarang usaha untuk menurunkan harga minyak adalah baik.

“Tetapi apakah cukup sekadar penurunan 15 sen bagi petrol dan 8 sen bagi diesel, sedangkan rakyat sudah semakin menderita dengan kekangan kos sara hidup yang semakin menggila dari hari ke hari.
“Penurunan pada kadar 6 peratus tidak memberi apa-apa signifikan langsung di sebalik penurunan harga mendadak harga minyak dunia yang kini dianggarkan pada kadar AS115 setong,” tambahnya.

Shamsul berkata, penurunan itu langsung tidak membawa apa-apa kesan, di sebalik kadar inflasi sebanyak 8.5 peratus yang dilaporkan paling parah dalam tempoh 25 tahun, melalui perangkaan Kenanga
Investment Bank dan Bank Negara.

“AMK melihat, tindakan ini tidak lebih untuk tujuan mengaburi mata rakyat di sebalik tekad dan komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjanjikan penurunan 70 sen harga minyak sebaik sahaja Pakatan
Rakyat memerintah,” katanya.

Tambahnya, ‘lakonan’ Umno-BN boleh diteruskan, tetapi rakyat tidak akan dapat terus dipermainkan di sebalik tekanan ekonomi yang sangat parah.

“Biar apapun usaha Umno-BN kini, rakyat perlu dimerdekakan ekonomi mereka dengan kepimpinan baru yang lebih progresif di bawah Pakatan Rakyat,” tambahnya.

http://www.malaysiakini.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: