Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2008

Kami akan saman BPR RM100 Juta! – Exco KeADILan Perak

Kami akan saman BPR ! – Exco KeADILan Perak

PERMATANG PAUH, 23 Ogos (SK) – Dua ahli Exco Perak, yang ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bertindak menyaman badan terbabit jika BPR tidak memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Dua exco terbabit, Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek perumahan yang sebenarnya tidak wujud dan dikatakan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, di selatan Ipoh.

“BPR telah membuat kenyataan fitnah dan berikutan itu sebua media akhbar arus perdana juga telah melaporkan berita yang tidak tepat dan palsu sehinga mencemarkan nama baik kami. Kami tidak ditahan di bilik di sebuah hotel , sebaliknya kami berada sedang minum di Restoran Kluang Station di depan khalayak ramai,” kata kapten Moh Osman Mohd Jailudalam satu sidang media di Bangunan Yayasan Aman, Penanti di sini, pagi ini.

Menurutnya, kenyataan BPR dan laporan akhbar yang mendakwa mereka terbabit dengan rasuah wang dan seks juga berniat jahat dan palsu sama sekali.

Sehubungan itu, katanya, mereka akan memberi tempoh sehingga petang ini kepada BPR dan akhbar terbabit untuk memohon maaf secara terbuka atau disaman RM100 juta.

“Kami akan failkan saman malu berkenaan di mahakamah tinggi Isnin ini jika mereka tidak berbuat demikian (memohon maaf),” tambahnya lagi.

Sementara itu, Jamaluddin pula menganggap penahanan mereka berdua sebagai konspirasi politik tang meahu rakyat mengalihkan tumpuan daripada calon Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum KeADILan.

“Sehubungan itu, kami menyeru penduduk Permatang Pauh supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Anwar bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil berkenaan” ujarnya lagi.

Menceritakan kembali detik penahan mereka, beliau berkata mereka sedang duduk minum petang di restoran berkenaan bersama-sama bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Meja yang mereka didatangi kemudian didatangi dan ditegur sapa oleh dua individu yang membawa beg dan salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai Imran.

Beliau menambah, salah seorang daripadanya kemudian telah meletakkan beg berkenaan di atas meja dan membuka zip beg terbabit yang mengandungi wang.

Sebaik sahaja berbuat demikian, kedua-dua individu terabit terus melarikan diri dan meja mereka kemudiannya diserbu oleh anggota BPR yang kemudiannya telah menahan mereka.

Dalam pada itu, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah yang turut hadir di sidang media berkenaan bersama-sama dengan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyifatkan penahanan kedua-dua anggota Exco berkenaan sebagai taktik kotor kerajaan BN yang memperalatkan badan itu.

“Jelas sekali kita dapat lihat bahawa BPR bukanlah satu badan bebas seperti yang digembar-gemburkan dan mereka (BPR) masih lagi d bawah telunjuk kerajaan BN pimpinan Umno.

http://www.suarakeadilan.com


Responses

  1. Itu tektik lama orang umno,
    Sebab itulah kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan tektik kotor umno .
    AWAS banyak lagi lebih kutor dari akan mereka lakukan.

  2. itu semua agenda tajul yang tak mahu mengaku kalah. kau bersumpahlah rakyat tak akan percaya.

  3. BPR pun pelik gak..hari jumaat kata tak de pendakwaan..hari sabtu kata ada pendakwaan pulak..cam na aku tak heran. 60 juta kat sabah..senyap saje coz orang umno..penyelewengan tanah kat penang dah berbulan2 masih dalam siasatan caz gerakan adalah kompenan Bn ap la mangkuk sangat Bpr ni ..

  4. Malaysia dah menjadi sebuah negara yang pelik dan hairan……..kes tanah kat penang dah 40 tahun tak selesai-selesai…….tapi kes yang melibatkan pembangkang walaupun tak wujud boleh pulak diambil tindakan……..itu le Malaysia ni dah lebih 50 tahun merdeka sebenarnya masih dijajah puak BN…..ini namanya PENJAJAH BANGSA SENDIRI……PENJAJAH BANGSA SENDIRI LEBIH KEJAM DAN ZALIM DARI ORG INGGERIS….ORG INGGERIS MENGKAYAKAN ORG INGGERIS MEMBAWA SEGALA KEKAKYAAN BALIK KENEGARA DEPA TETAPI PENJAJAH BANGSA SENDIRI MEMBAWA KEKAYAAN NEGARA MALAYSIA MENYIMPAN DI HONGKONG…….SINGAPORE…….SWITZERLAND DAN MACAM-MACAM NEGARA LAGI YANG TIDAK DIKETAHUI…….

  5. Dalam Malaysia ni kementerian dan jabatan apa lagi yang masih tinggal suci….cakap. Tak de dah….alahai… Oh ya ada tinggal satu lagi….tp belum tentu lagi nasib dia…. tu. Aku rasa la….iaitu Ketua Setiausaha Negara..kot yang aku belum dengar….lagi masuk mana-mana…pihak lagi. Harap-harap…..tinggal ni la kot… .KSN boleh bagi perintah tatatertib pada semua..Ketua Perkhidmtan Awam tak kira…dia…BPR, PDRM, ATM, JPJ, HAKIM, JAWI, CEO UNIVERSITI, KDN, APA-APA LAGI LAH…Banyak sangat…tak ingat….. Sekurangnya beri kata dua…jgan buat press statement yang menyokong..mana mana parti yang bertanding. Tolong lah…kami nak keadilan melalui tauladan.

  6. Kalau dua exco berkenaan memang perasuah sepatutnya BPR perlu memastikan pembawa beg duit tu ada bersama ketika penangkapan dibuat bukan lari selepas BPR datang.

  7. Siapa tak kenal Imran di Ipoh ni. Dia jadi macam-macam broker asal dapat upah sudah lah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: