Posted by: pinkturtle2 | Ogos 30, 2008

Anwar: ‘Saya sibuk minggu depan temui MP bincang 16 Sept’

tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

Tidak menjadi masalah bagi saya jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan - DSAI

Anwar: ‘Saya sibuk minggu depan temui MP bincang lompat parti’

30-08-2008 08:52:12 PM

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara – beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

“Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

“Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian wujud,” katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri – Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

“Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajan Pakatan Rakyat),” kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. Apa yang rakyat mahukan dari Dato Seri Anuar Ibrahim sebagai ahli parlimen adalah bertindak tegas berlandaskan kebenaran dan.menerangkan dengan jelas kepada rakyat apa saja kepincangan pentadbiran kerajaan.

    Tarikh keramat 16hb. September sama ada benar atau tidak, ia adalah gurauan yang menakutkan UMNO.

  2. Lawan tetap lawan.. yaa teruskan. Mari kita SAMAK DEMOKRASI INI…

  3. 16

  4. Tak jadi 16 Sept tahun ini kita tukar 16 Sept 2009 atau 2010…..bukan ka

  5. Kita tunggu ….we always waiting for the best…..

    LAWAN TETAP LAWAN..

  6. Apa yang rakyat mahu adalah sebuah negara berkebajikan di bawah pakatan rakayt.Rakyat dah cukup sengsara dan menderita sekian lamanya penderaan dari kerajaan Umno ni.Anwar adalah hero rakyat malaysia teruskan sokongan kepada beliau jangan biarkan beliau kesorangan.SESUNGGUHNYA GEROMBOLAN DAN KEBANGKITAN RAKYAT ADALAH ASAS YANG KUAT UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN YANG ZALIM INI.

  7. i sokong dsai, i tak suka cara pak lah perli anwar masa budget 09, sakit hati i tau

  8. walau apa pun yang DSAI fikirkan selepas 16 sept. sekiranya BN tumbang dan PR ambil alih kerajaan dan juga ditakdirkan DSAI jadi PM, memang si keparat tua mahathir tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

    saya sebagai rakyat malaysia memohon kerajaan baru nanti supaya mahathir di bawa ke muka pengadilan. dia mesti di hadapkan ke mahkamah di atas apa yang dilakukannya dulu semasa jadi PM. salah guna kuasa, merompak harta rakyat, menjahanam intergriti kehakiman, pembunuhan di memali dan banyak lagi dengan senarai yang panjang.

    seandainya DSAI boleh melupakan apa yang dilakukan keatas DSAI dulu, itu hak DSAI tetapi apa yang dilakukan kepada negara, rakyat marhaen tidak boleh ampunkan!

  9. 16 September 2008, jangan tak jadi. 16 hari lagi. Tak mengapa. Orang mungkin lupa. Saya telah memulakan coundown di laman blog saya. Kita akan tahu siapa yang menipu dan siapa yang tertipu. Selamat Datang Perdana Menteri Flip Flop yang baru. Jangan bagi alasan lagi. Bosan mendengar alsan retorik yang menyakitkan telinga. Sekali lago 16 September 2008!

  10. CABARAN TERBESAR PR MENJELANG 16 SEPTEBER
    Oleh Naspazi | Saturday | Aug 30, 2008

    Salam hormat warga Pakatan Rakyat termasuk Cucu Tok Selampit, hehehe!… Auuuw.:)

    Betapa seluruh warga Malaysia dengan segenap jiwa dan raga mereka yang mengingini keadilan dan kebenaran dibangunkan semula di atas puing-puing kehancuran oleh angkara konspirasi Mahathir yang telah membonekakan seluruh instrumen penting negara bagi mempastikan kepunahan dan keranapan DS Anwar sejak 1998, begitu gembira dengan pengembalian DS Anwar semula ke persada arus kepemimpinan negara.

    Dengan ungkapan lain, majoriti warga Malaysia kini sememangnya menyokong dan mendambakan wujudnya kepemimpinan dinamik dan komprehensif yang menepati piawai dan standard kelas dunia, dan siapa lagi kalau bukan DS Anwar yang tampil dengan menawarkan Gagasan Malaysia Baru kepada warga marhaen Malaysia.

    Sesungguhnya, betapa hati budi warga Malaysia kini telah mengadun dan mengisyaratkan selaut muak dan loya kepada tingkah laku UMNO yang bukan sahaja telah menonjolkan kepongahan yang melampau, bahkan kebinatangan yang melampau.

    Justeru, kini majoriti warga marhaen Malaysia sentiasa memanjatkan untaian-untaian doa dengan setulus hati yang berbungakan sekuntum harapan agar sungguh-sungguh Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru dengan kadar yang segera, tegasnya menjelang 16 September ini.

    Namun begitu, dengan segala pengalaman panjang UMNO, sementelahan didokong pula oleh instrumen penting negara, nescaya pelan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya menjelang tarikh 16 sept ini tidaklah semudah yang difikirkan. Justeru, cabaran terbesar yang mendepani hasrat murni Pakatan Rakyat dan warga marhaen dalam usaha menguasai Putrajaya tidak lain daripada taktik provokasi terdahsyat yang mungkin telah dan sedang dirancang dengan rapi oleh puaka pendurjana UMNO, dan tidak mustahil perancangan jahat kesyaitanan mereka yang didokong sepenuhnya oleh instrumen penting negara, apatah lagi bila checkpoint provokasi tersebut bertunjangkan kepada sentimen ‘Hidup Melayu’.

    Arakian, maka ada pun segala kepemimpinan Pakatan Rakyat atas keinginan akan segala marhaen yang empunya keperluan untuk menawan Putrajaya, maka sebermula sudah ada pelan B atau pelan C hendaknya, seandainya puak terdesak pencacai taik angkat najis dalam UMNO yang begitu onar lagi jahat dengan perlakuan keparat bangsat mencuba mencetuskan huru hara mega ala 13 Mei, menjelang 16 September ini adanya.

    Arah pahlawan ke medan juang,
    Bakti dikenang sampai ke mati,
    Arah seiring tangan dipegang,
    pegang tangan mengikat janji:
    ‘Merdeka rakyat negara perkasa’.

    “LAWAN TETAP LAWAN”
    “MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH”
    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”

    Wassalam
    – Naspazi

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/380

  11. Ni nak bagi tahu kat Cucu Tok Selampit. Kenapa yang anda terlalu risaukan fasal 16 hb Sept tu…. Tal payah risau….releks je.. Dari PM sampai ke Blogger UMNO dok risau….tak keharuan. Ha ha..

    Mcm ni lah cuba andaikan yang tarikh 16 hb Sept tu mcm tarikh yang tertera dalam sekeping post dated Check. Sampai 16 hb je…terserah pada DSAI nak pi cash…ke atau nak ambik duit bila-bila masa dia suka la…. yang kita dok gelabah buat apa. Selepas 16hb pun bukan dunia nak kiamat lagi…. ESOK MASIH ADA. Yang shok tu…semua puak BN dok tak tidok malam pasai apa!!..he he he..mm…mm

  12. Tak perlu nak tulis panjang lebar. Siapalah Al Juburi yang menjanjikan keadilan untuk semua?? Suruh dia berlaku adil kepada diri dan keluarganya dahulu dengan melakukan mubahalah sebagai tanda bahwa tuduhan Saiful itu palsu dan fitnah .. mengapa enggan bermubahalah kalau dia dalam kebenaran??

    Mengapa takut untuk meminta ALlah menjatuhkan ‘laknat’ kalau dia benar, mengapa berpaut kuat dengan mahkamah yang selama ini didakwanya tidak adil dan zalim?? Mengapa perlu mengadu ke Mahkamah Syariah yang punya bidang kuasa menjatuhkan hukum tidak lebih dari 3 tahun penjara, tidak lebih dari 5 ribu ringgit sebagai denda dan tidak lebih dari 6 kali sebatan??? Itukah mahkamah yang dipercayainya?? mahkamah islam hadhari

  13. Untuk tatapan Si Tok Janggut terbiadab keparat bangsat original,

    Si Tok Janggut dan Mamak Mahathir Mohammad Kutty A/L Mamak Iskandar Mohammad Kutty memanglah binatang, pendurjana dan tidak layak dihormati oleh orang yang berakal.

    Oleh sebab itu, sukar untuk difahami jiwa dan pemikiran orang-orang melayu dalam UMNO yang masih menyimpan dan menghormati Mamak Kutty ini. Sebab standard Mamak Kutty kalau di India atau di negara-negara lain, mungkin hanya layak duduk di kaki lima dan meminta sedekah kepada orang ramai yang lalu lalang dihadapannya.

    Mujurlah Mamak Kutty tinggal di negara melayu yang kaya dengan adab sopan dan budi bahasa, yang mana umat melayu telah bermurah hati mengangkat Mamak Kutty menjadi pemimpin. Tetapi kalau memang dasar keturunan sial Raja Mendaliar yang keparat itu, bukan sahaja tidak tahu diuntung, malah menggunakan pula kuasa pemberian melayu kepadanya itu untuk merompak kekayaan negara dan menindas bangsa melayu dengan cara menghina dan mengaibkan bangsa melayu.

    Melainkan hanya beberapa kerat bangsa melayu dalam UMNO yang mungkin berasal usul dari keturunan Si Kitol yang kelihatan macam tidak ditindas tetapi mungkin telah lama dibaculkan atau didayuskan. Sedangkan bangsa melayu yang baik, yang berjiwa besar, yang beradab sopan dan berbudi bahasa sentiasa hidup dalam kesusahan dan kesulitan akibat kedurjanaan hanya beberapa orang serta ekor polis, hakim dan media massa umat melayu sendiri yang telah diperalatkan sesuka hati dan semahu-mahunya oleh Mamak Kutty.

    Apakah akibat kedurjanaan fitnah Mamak Kutty ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Akibatnya tidak lain ialah Mamak Kutty cuba memberitahu dunia bahawa tidak ada orang melayu di negara ini yang bermaruah atau mulia. Justeru, kalau ada juga orang melayu di negara ini yang bermaruah dan mulia, maka mereka itu KUNUNNYA, KUNUNNYA, KUNUNNYA adalah bangsa mamak yang menyamar melayu dan menyusup masuk ke dalam bangsa melayu dan mendakwa sebagai melayu seperti Mamak Kutty sendiri atau menteri keseniannya.

    Sesungguhnya, segala kedurjanaan Mamak Kutty ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebenarnya bukan sahaja mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya, bahkan mengaibkan bangsa melayu dan mengotorkan sejarah umat melayu, tetapi yang lebih sial lagi ialah segala kedurjanaan Mamak Kutty terang-terangan mengaibkan dan mengotorkan Agama Islam.

    Apatah lagi bila Mamak Kutty cuba hendak mentafsir semula al-Quran supaya KUNUNNYA, KUNUNNYA, KUNUNNYA sesuai dengan kehendak zaman dan negara ini, pada hal sudah tentu tafsiran al-Quran tajaannya itu akan berbunyi sesuai dengan kezaliman dan kedurjanaannya. Perhatikanlah nada dan suara ayat demi ayat yang keluar daripada mulut beberapa orang yang dikatakan Berpelajaran Agama yang hidup mengemis dipersekitaran buntut Si Mamak Kutty. Bukankah segala pemikiran dan pendapat mereka itu bukan sahaja mencemarkan kemurnian Islam bahkan sangat merosakkan Islam.

    Apakah tujuan Mamak Kutty menghina dan mencerca sunnah atau cara hidup Nabi SAW. Kemungkinan atau tidak kemungkinan bahawa tujuan utama Mamak Kutty menghina dan mencerca cara hidup Nabi SAW ialah supaya apabila umat melayu sudah tergamak memandang hina cara hidup Nabi SAW, maka cara hidup yang tinggi dan mulia ialah tinggal dalam sebuah mahligai di samping mengamalkan budaya nepotisme dan kronisme seperti budaya Mamak Kutty. Dengan Kata lain, Mamak Kutty mahu supaya dalam hati dan sanubari umat melayu terletak nama Mamak Kutty lebih tinggi dan lebih mulia daripada nama Nabi SAW sendiri.

    Nelson Mandela 27 tahun hidup dalam penjara. Tetapi akhirnya menjadi Presiden Aftika Selatan. 4 tahun kemudian ia dengan senang hati menyerahkan jawatan presiden kepada pemimpin muda. Ketika Nelson Mandela mengumumkan tarikh penyerahan tugasnya kepada pemimpin muda, maka ramai rakyatnya yang menitiskan airmata dan meminta agar menunda pengundurannya. Tetapi Nelson Mandela yang mulia itu, telah menyambut permintaan rakyatnya dengan berkata:

    “Biarlah generasi muda belajar menentukan masa depan negara”.

    Cuba kita bandingkan kata-kata Nelson Mandela dengan beberapa pemimpin di negara ini. Pemimpin di negara ini terutama Mamak Kutty sering mengatakan:

    “Belum ada orang yang layak menggantikan tempat saya.” atau “Kepimpinan saya masih diperlukan.”.

    Dan yang lebih penting lagi, Nelson Mandela jauh sekali dari mengupah orang untuk menulis buku (50 DALIL) untuk menamatkan riwayat pemimpin muda yang karisma seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tidakkah umat melayu terasa ada sesuatu yang hilang selepas penganiayaan Mamak Kutty ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim???

    “TOK JANGGUT TERBIADAB KEPARAT BANGSAT”
    – Naspazi

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/40

  14. Saudara Naspazi rakyat marhaen…

    Jangan lupa ‘bahasa budaya bangsa’…anda bangsa apa?

    Kalau marah Tok Janggut dan Cucu Tok Selampit pun…jagalah bahasa tu…janganlah baru kena provok sikit oleh Tok janggut…dah emosi…

    Malaysia negara demokrasi…semua orang berhak buat pilihan…

    Janganlah taksub sangat kat dsai tu…bila menang…demokrasi…spr telus…kalau kalah konspirasi…muak la…

    16 sept. ni kalau impian dsai tak jadi kenyataan…antara alasan dia ialah:

    1. kerajaan bn mesti ‘offer’ lebih…nak cakap konspirasi la tu…

    2. bla, bla…

  15. KOTOR BAHASA BUDAYA BANGSA MELAYU KINI
    Oleh Naspazi | Monday | September 01, 2008

    Terima kasih saudara manis of coz sudi mempertikaikan bangsa dan standard bahasa saya. Terus terang saya nyatakan, bahawa saya bukan pujangga yang mampu mengadun suatu lenggok tata bahasa yang indah, atau seorang pemikir besar yang mampu menzahirkan suatu paradigma yang agung. Namun begitu, sukacita saya menjelaskan bahawa, saya merupakan salah seorang warga Malaysia yang begitu terasa teramat aib mengaku sebagai rakyat Malaysia, lantaran ungkapan zikir dan wirid liwat yang menghuni segenap nafas, suara dan mulut oleh UMNO, termasuklah Tok Janggut dan Cucu Tok Selampit yang telah mempamerkan sikap manusia kebitanangan.

    Justeru yang demikian, maka saya telah menyatakan bahawa, saya komited kepada keazaman dan prinsip kasih sayang terbaik ‘the best affection’ sebagai asas perdamaian dan kesejahteraan seluruh umat manusia. Namun, oleh kerana checkpoint dan pendekatan kebajingan Si Tok Janggut dan Cucu Tok Selampit yang begitu mudah menabur caci maki dengan bahasa yang jijik dan kotor, maka sungguh mereka berdua menuai najis…

    Berikut antara beberapa siri tulisan yang telah dihidangkan oleh Tok Janggut buat pelawat di blog khasnya dan khalayak negara amnya:

    1. Al Juburi (Anwar Ibrahim) berani ker dengan Mahadey?? Fail salah laku sex songsang Al Juburi masih berada dalam simpanan mahadey sebagai alat blackmail. Mahadey tidak sebodoh yang kamu fikirkan dan pastinya dia lebih licik dari Al Juburi (Anwar Ibrahim) kerana itulah Al Juburi (Anwar Ibrahim) siang siang lagi sudah mengistiharkan bahawa dia sudah memaafkan mahadey, yang sebanrnya sebagai isyarat bahawa dia mengaku kalah dengan mahaday berdasarkan kekukuhan bukti dan saksi yang membuatkan mahadey memecatnya sebagai TPM.. (By: Tok Janggut on September 1, 2008 at 6:48 am)

    2. Tentu ahli Parti Kelantong Rakyat akan melenting bila Tuan Guru HA mengatakan hanya Islam menjadi penyelamat kita di dunia dan di akhirat.

    Bagi mereka Al Juburi (Anwar Ibrahim) dan Parti Kelantong mereka yang yang boleh menyelamatkan rakyat Malaysia. Segala galanya kerana Al Juburi (Anwar Ibrahim) yang sangat pandai berlakun. Tiba tiba pinggangnya sakit apabila berada di khalayak ramai (parlimen) tetapi ligat berkempen ke sana ke mari memanjat pentas di Permatang Pauh !!!. (By: Tok Janggut on September 1, 2008 at 6:55 am)

    3. Tak perlu nak tulis panjang lebar. Siapalah Al Juburi (Anwar Ibrahim) yang menjanjikan keadilan untuk semua?? Suruh dia berlaku adil kepada diri dan keluarganya dahulu dengan melakukan mubahalah sebagai tanda bahwa tuduhan Saiful itu palsu dan fitnah .. mengapa enggan bermubahalah kalau dia dalam kebenaran??

    Mengapa takut untuk meminta ALlah menjatuhkan ‘laknat’ kalau dia benar, mengapa berpaut kuat dengan mahkamah yang selama ini didakwanya tidak adil dan zalim?? Mengapa perlu mengadu ke Mahkamah Syariah yang punya bidang kuasa menjatuhkan hukum tidak lebih dari 3 tahun penjara, tidak lebih dari 5 ribu ringgit sebagai denda dan tidak lebih dari 6 kali sebatan??? Itukah mahkamah yang dipercayainya?? mahkamah islam hadhari. (By: Tok Janggut on September 1, 2008 at 7:21 am)

    Sesungguhnya, betapa kelakuan hina dan jijik, bangsat dan busuk Si Tok Janggut dan Cucu Tok Selampit adalah kemuncak ketololan melampau bagi seorang bangsa melayu yang memancar menjadi kebangsatan terkutuk tanpa maruah buat diri mereka berdua, bahkan menjijikkan, mengotorkan dan mengaibkan bangsa melayu sendiri di khalayak dunia kini, dan pada akhirnya suatu usaha jahat ke arah mengirim sejarah umat melayu ke kolam najis..

    Akhirnya, terdapat bebera siri responds saya yang mengisyaratkan tentang kepentingan pendekatan bahasa yang baik dan sopan santun. Malangnya, dengan lenggok bahasa yang sopan santun dan berkias ibarat ternyata bukan hidangan yang menyelerakan buat Tok Janggut dan Cucu Tok Selampit yang bersikap keparat bangsat original.:)

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”

    Salam tulus
    – Naspazi

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/384

  16. kawe sokong mu naspazi….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: