Posted by: pinkturtle2 | Ogos 30, 2008

WPI PUNYAI RIZAB AIR TERBESAR DI DUNIA YANG AKAN DIKUASAI OLEH SINGAPURA?

WILAYAH ISKANDAR MALAYSIA PUNYAI RIZAB AIR TERBESAR DI DUNIA YANG AKAN DIKUASAI OLEH SINGAPURA ?

Selama ini segolongan bloggers tempatan dan saya sendiri amat kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membuka wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di selatan Johor yang disifatkan sebagai usaha Abdullah menggadaikan sebahagian bumi Johor – milik Malaysia yang berdaulat dan merdeka – kepada Singapura.

Posting beberapa sahabat bloggers Malaysia dan saya sendiri telah menyenaraikan pelbagai sebab mengapa Iskandar Malaysia mesti dibatalkan. Tetapi, tulisan kami dianggap sebagai anti-Abdullah dan anti-Singapura.

Hari ini blogger Pasquale, dalam blognya Barking Magpie, di alamat http://barkingmagpie.blogspot.com, mendedahkan satu lagi sebab strategik mengapa Iskandar Malaysia perlu dibatalkan demi kepentingan negara.

Berasaskan satu peta yang diperolehinya secara rahsia, kata Pasquale, Iskandar Malaysia adalah satu-satunya wilayah di jagat ini yang kini mempunyai rizab air bawah tanah yang terbesar sekali di dunia.

Katanya, jika Singapura merupakan pelabur terbesar di Iskandar Malaysia, mustahilkah Singapura juga akan menguasai rizab air bawah tanah yang terbesar ini di hari muka?

Untuk mendalami posting yang terbaru dan menggemparkan ini bacalah sendiri pendedahan blogger Pasquale di http://barkingmagpie.blogspot.com.

Mudah-mudahan pendedahan Pasquale dan blognya ini akan mendorong rakyat Malaysia bertindak sewajarnya, tetapi dengan penuh hemah, supaya Iskandar Malaysia dibatalkan serta-merta.

Ruhanie Ahmad


Responses

  1. kick the dumb from the top. we need new leader.
    correct correct.

  2. Jika benar lah apa yang kita baca dari berita ini,adalah amat malang sekali bagi kita rakyaat Malaysia.Kita semua tahu Malaysia menjual air pada Singapura dengan harga yang murah dan membeli nya semula dengan harga yang mahal.Mungkin suatu masa nanti Singapura akan menguasai sumber air dari bumi kita.Apakah kita merdeka dalam erti kata yang sebenar nya.Apa kah yang dapat di nikmati ole rakyaat marhaen dengan kewujudan WPI?

  3. Ayo pening lah…tak abis abis cerita fasal Singapura ambil kesempatan terhadap Malaysia yang lemah. Tak ade ke…Pak Menteri dari BN sendiri yang nak tengok bab2 ni…Dah le Pulau Batu Putih tergadai….Pulau Pisang pulak bila bila masa….Ni pulak kisah Selatan Johor dan isi perut buminya pulak nak tergadai….tolong la… sesiapa bagi jalan..selesai perkara ni. Letih dengan Menteri yang ada asyik dok fikir fasal luar negara….dalam negeri mcm2 boleh tergadai….adoiii…..

  4. penjajahan singapura ke atas Malaysia.. tunggu je la… pemimpin sekarang buat apa?

  5. Bila pembangkang kata ada kalangan pemimpin UMNO@BN yang hanya berselindung di sebalik projek-projrk mega semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi, mereka dituduh sebagai anti pembangunan, pengkhianat negara, penghasut dan pelbagai tomahan negatif seolah-olah musuh nombor wahid Malaysia. Inilah jenis pemimpin BODOH TAK BOLEH DIAJAR CERDIK TAK BOLEH DIIKUT. merancang sesuatu tanpa mengkaji implikasi buruk terhadap rakyat dan negara. Apakah semua pemimpim dalam UMNO@BN ini jenis pak turut, atuu semuanya jenis tangan terikat kebelakang. Apakah anda semua klon-klon Pak Kadok.Tidak bolehkah anda menegur untuk membina. Pemimpin peringkat sebelum anda mengamalkan sikap BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA tetapi anda mengamalkan sikap BIAR PUTIH MATA JANGAN PUTIH TULANG.

  6. Ala org UMNO/BN tak kan caya punya.Mereka ni semua apa pak menteri depa buat semua mereka sokong..biasalah hati dah gelap.
    Bila ada laporan gini depa kata fitnah.

  7. Memang sedih melihat kebodohan pemimpin Malaysia. Johor tak perlu WPI. UMNO Johor tak nampak, BODOH dari dulu, tak cerdik-cerdik. Bila nak bangkit dari tido??? Rakyat Johor dah lama kena tipu tapi Johor tetap kubu kuat UMNO. Oleh itu ,Sebenarnya pemimpin Johor dan rakyat Johor sama-sama bodoh kerana membenarkan penipuan berterusan. Saya menunggu kecerdikan rakyat Johor dari dulu, tapi tak muncul-muncul.

  8. terserlah la kebodohan rakyar johor dan pemimpin dr johor tu. kononnya negeri kubu kuat UMNO tp negeri sendiri tergadai dek UMNO yg membela melayu ni… Sedar la wahai rakyat2 johor… jangan manggakan sangat kubu kuat UMNO kau tu tp tanah air sendiri tergadai… dok dalam sampan la kau nanti… pade doh kene tipu dek UMNO kokok tu…

    dulu dok alik kata klate ni mundur la tp kita tengok nanti sapa yg mundur… selamat tergadai..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: