Posted by: pinkturtle2 | Ogos 31, 2008

Perutusan khas Ramadan al-mubarak Oleh Presiden PAS

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya - Presiden PAS

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak Oleh Presiden PAS

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Presiden PAS


Responses

  1. Tentu ahli Parti Kelantong Rakyat akan melenting bila Tuan Guru HA mengatakan hanya Islam menjadi penyelamat kita di dunia dan di akhirat.

    Bagi mereka Al Juburi dan Parti Kelantong mereka yang yang boleh menyelamatkan rakyat Malaysia. Segala galanya kerana Al Juburi yang sangat pandai berlakun. Tiba tiba pinggangnya sakit apabila berada di khalayak ramai (parlimen) tetapi ligat berkempen ke sana ke mari memanjat pentas di Permatang Pauh !!!

  2. Salam Tok Janggut, di bulan mulia ini anda menghina insan yang jelas diinaya. Kami menyokong dan membela DSAI bukan kerana diri beliau, tetapi atas dasar insan yang dianiaya perlu dibela. Nampak jelas beliau dizalimi. Kami bukan bodoh boleh ditipu dengan cerita palsu, kami bukan tak de akal untuk berfikir dan membuat pertimbangan. Hanya orang-orang yang gelap pintu hati, yang tak nampak apa yang berlaku. anda penyokong PAS? yang memperjuangkan Islam???Sukar untuk percaya, yang saya nampak anda pencacai UMNO yang buta hati.

  3. SI TOK JANGGUT DAN MAHATHIR KUTTY BERJIWA TIKUS
    (TOK JANGGUT BIADAB BAGAI ANJING KEPALA BUSUK)

    Oleh Naspazi | Monday | Septeber 01, 2008

    Salam hormat warga Malaysia,

    Menurut suatu dongeng dari negara asal Mahathir Kutty, iaitu kepala taik idaman kalbu dan pujaan hati Si Tok Janggut yang keparat bangsat, ada seekor tikus yang sangat sedih kerana takut kepada kucing.

    Seorang tukang sihir berasa kasihan kepadanya lalu mengubahnya menjadi seekor kucing. Tetapi, tidak lama kemudian ia menjadi takut pula kepada anjing. Maka tukang sihir itu pun mengubahnya menjadi anjing. Tidak lama kemudian ia takut pula kepada harimau. Maka tukang sihir itu pun mengubahnya menjadi harimau. Tidak lama kemudian ia takut pula kepada pemburu.

    Pada saat itu, tukang sihir tersebut sudah menjadi bosan, lalu mengubahnya menjadi seekor tikus semula dengan berkata:

    “Walau apapun yang saya lakukan ke atas kamu, kamu tidak akan tenteram kerana kamu memang berjiwa tikus.”

    Demikianlah Si Tok Janggut yang keparat bangsat dan Mahathir Kutty, walau apapun pemberian dan pengorbanan umat melayu kepada species anjing gila yang berkepala busuk ini, namun tidak juga dapat memuaskan hati keanjingan dan kebabian mereka berdua. Sebab itu, mereka dari masa ke semasa terus menerus ingin membunuh dan memusnahkan baka melayu yang berwibawa dan berkarisma seperti DS Anwar.:)

    “SI TOK JANGGUT YANG BIADAB KEPARAT BANGSAT”
    (BETAPA BULAN RAMADHAN TIADA MAKNA BAGINYA)

    CATATAN:

    Saya komited kepada keazaman dan prinsip kasih sayang terbaik ‘the best affection’ sebagai asas perdamaian dan kesejahteraan seluruh umat manusia. Namun, oleh kerana checkpoint dan pendekatan bajingan Si Tok Janggut yang begitu mudah menabur caci maki yang jijik, maka sungguh dia menuai najis…

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”
    – Naspazi

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/383

  4. Jangan marah Tok Janggut sebab dia bukan manusia tapi HAIWAN yang bertopeng syaitan. Biarkan dia menjadi pengampu/penyangak no. 1 Parti Keris samseng tu. Ada janggut tapi buat perhiasan, sebab jahil murrakkab sunnah.Orang macam TJ memang pandai berlakon. Musang berbulu ayamlah katakan. Dia solat, dia puasa, dia pergi Mekah TAPI kalbunya penuh najis…..Kalau jumpa dia, tunjukkan RM, tentu dia berebut sebab mentalitinya fulus… bukan perjuangan Islam yang syumul atau Keadilan!

  5. Masihkah Kau Ingat……, – Nukilan Tun Bijasura

    Melihat potret TGHHA terimbau kenangan lalu sewaktu zaman seribu kenangan, memakai celana (pentelon) pendek dengan baju melayu puteh dan bersongkok hitam lusuh. Aku bersama kekawan akan merayau dibulan puasa ni disegenab penjuru kampung Chepor, kekadang kami mandi di sungai Perak. Kami berenang semahunya dan adakalanya kami berenang hingga kekampung Labit.

    Pengkalan penambang yang sentiasa redup dan dingin itu menyimpan resah duka terpalik gumbira apabila adaq kekawan yang kelemasan. Dimasa inilah suara-suara garau menyergah kami yang nakal ini. “Itu sora Tok Masid…, itu sora Tok Aji Wahab…, itu sora Tok Mat Parang…., itu sora Tok Mail…, itu sora Tok Aji Asan”, hampir semua suara-suara ini kami kenali.

    Tapi kami tak kenal sora Najib, kami tak kenal sora Pak Lah,kami tak kenal sora Samy Vellu, kami juga tak kenal sora Lim Kit Siang, kami hanya kenal mereka yang menambah lauk semasa more, kami hanya kenal Tok Lok. Pak Teh Wi, Pak Su dan Kak Idah yang mengajar kami mengambil air sembahyang disungai yang jernih, mengajar kami alib, ba dab ta.

    Kami seronok tinggal disini, pukul lima petang kami mengikut ayah ke kedai Pak Ngah Usop beli ais. Serbuk kayu gergaji berserakan membaluti ais seketul 10 sen.

    Ayah beli air lemenit sebotol 15 sen berperisa soda. Kami berlarian ke manesah selepas berbuka posa, Teh An, Ayah Chu, Cit Ad, Abang Din telah lama berada di manesah. Geslin tak menyala lagi, sumbunya telah rosak. Pak Mat Tok Piah sedang menukar sumbu baru. Yong Hamid menyuluh dengan toslait, Pak Mat selesai menukar sumbu.

    Din Jusi mengepam perlahan-lahan, Wa Hassan menghulurkan seperit kepada Din Jusi, gores api dinyalakan dan sumbu baru telah terbakar dan perlahan-lahan suasana manesah menjadi terang dengan cahaya geselin.

    Kami berebut turn ke kolah mengambil air sembahyang. insak belum masuk, kami mencuri-curi kayu pemukul dan kami memukul keratung. Pak Besar menyambar pemukul dan dipalunya keratung itu 4 kali, menandakan insya telah masuk.

    Bising mulut yang tua menyuruh kami diam. Ada yang telinganya kena pulas dan ada yang kene peluku. Tapi kami gembira, kami berada dibawah kawalan saudara-saudara kami. Kami tak tau ganja apatah lagi marijuana. Kami bertarawih bersama-sama. Kalau malam tu makan nasi lauk rendang maka habislah nasinya tapi kalau malam tu morenya baubur kacang, maka adalah nanti kasut getah yang diisikan dengan bubur kacang.

    Maka terbahak-bahaklah kami di balik jerumun nenas dibelakang manesah. Habis terawih yang tua pulah kerumah, yang muda bermain meriam buluh dan yang kanak-kanak berkumpul di padang reket menyusun kumpulan, maka bersianglah bermain poleh senteri.

    Habis lembah dan luruh sekeliling kampung kami redah. Tapi kami tak pernah mencuri besi atau getah buku. Kami diajar dosa dan pahala. Walau pun kami tak kaya tapi kami mesra. Kami ada abang dan kami ada kakak, kami ada adik dan kami ada saudara sesusuan, Kami tak batal air sembahyang.

    Satu kampung saudara kami. Kami satu bangsa dan satu agama. Kami tak pernah berebut nak jadi ketua kampung, kami tak pernah berebut nak jadi Imam. Kerana kami tau sapa ketua kampung kami dan kami tau sapa Imam kami.

    Hati kuman sama dilapah, hati gajah sama dicecah. Kerana kami tak ada kroni. Kami adalah satu keluarga. Selamat berposa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: