Posted by: pinkturtle2 | Ogos 31, 2008

Belanjawan 2009 Ibarat Gula-Gula Getah

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil - DSAI

Belanjawan 2009 Ibarat Gula-Gula Getah

Belanjawan yang dibentangkan 29 Ogos lepas nyata belanjawan ‘menawan semula hati rakyat’ pasca 8 Mac dan 26 Ogos 2008. Justeru mudah saya simpulkan, ia belanjawan yang ‘dijangka tetapi mengecewakan’.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.

Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM209.7 billion.

Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya. Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 billion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 billion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM197.2 billion.

Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 billion kepada RM154.2 billion.

Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk megurangkan defisit fiskal.

Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.

Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.

Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan umno-bn berbanding meraih populariti yang kian hilang.

RM35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM4.4 billion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM35billion itu?

MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!

Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?

ANWAR IBRAHIM


Responses

  1. Kalau gula-gula getah tu pon kira ok lagi.takut jadi seperti orang yang menunggang motor tiba-tiba tayar pancit.Pak lah datang beri tiub motor yang dah berlubang. cuba anda fikirkan lah sendiri…………

  2. Memang pun gula-gula kan rakyat.Nak bagi elektrik percuma RM20 kebawah konon..memang idea bodoh.
    *TARIF ELEKTRIK DEPA NAIKKAN
    *CUKAI BARANG ELEKTRI DEPA TURUNKAN
    *MASUK TIANG LAMPU RM10 SEBATANG SETIAP BULAN CAJ DALAM BIL
    *TAK MASUK TIANG LAMPU,GELAP NANTI RUMAH KENA MASUK PEROMPAK
    *PM,TPM,MENTERI SETIAP BULAN TAK YAH BAYAR BIL ELEKTRIK TAKKAN DEPA BIL BAWAH RM20 KOT.

  3. dsai dan kawan baik dia lim kit siang ja yang kata bajet tu… macam gula-gula getah…

    lepas tu diterima bulat-bulat oleh hang pa…tapi hang pa tak sedar dia tu yang janji nak bagi gula-gula getah lebih banyak…tapi baru janji ja…dok kat mana tak tau lagi…angan-angan ja kut…

    kat tempat kerja aku….masih ramai lagi yang gembira dan bersyukur dengan bajet 2009…

  4. gI MAMPUSLAH DENGAN TEMPAT KERJA KAU APE KENE MENGENE DENGAN BAJET

  5. luv u brother luv….memang betul bajet kali ni hampeh keje ngan gomen memang le bergumbira…camna tak defisit mintak naik elaun dapat, mintak naik gaji dapat, mintak bonus dapat…gomen boleh jadi pokai kalo petronas dah abiss minyak nanti…lepas ni dah papa kedana baru padan muka enko…bab2 kasi gula2 ni Paklah memang terrer le…..

  6. TATA LAKU YANG AMAT MERUGIKAN UMAT MELAYU
    Oleh Naspazi | Sunday | Aug 31, 2008

    Salam hormat dan istimewa buat manis,

    Betapa duit Bank Dunia (WB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) jauh lebih banyak berbanding duit Malaysia. Walaupun demikian, DS Anwar merupakan Presiden Bank Dunia serta Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa, sehingga ke tarikh beliau dipecat oleh Mendaliar eh silap Mahathir, atas alasan demi memperkasa seluruh kandungan KITAB SUCI 50 DALIL tajaannya sendiri, melalui dokongan segerombolan Kambing-kambing yang bersedia diHitamkan, lantaran habuan RM????????? untuk kemewahan diri disamping mengisi perut keluarga gamaknya.

    Justeru, jika DS Anwar cemerlang mengurus tadbir Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, maka tiada sebab beliau tidak mampu atau tidak layak mengurus tadbir Malaysia. Sehubungan dengan itu, maka tidak syak lagi, bahawa keseluruhan tuduhan Liwat 1998 dan Liwat 2008, hanya satu alasan yang terjijik, terkotor, ternajis, terbiadab, terbangsat dan dahsyat oleh konco-konco Mendaliar eh silap lagi gamaknya Mahathir bagi menafikan hak DS Anwar untuk menawarkan standard kepemimpinan yang terbaik untuk Malaysia.

    Sesungguhnya, betapa sejarah silam melayu telah menghidangkan menu kehancurannya, lantaran kedurjanaan dan kebajingan Menladiar dengan Si Kitol sebagai Kambing Hitamnya. Kini, umat melayu sekali lagi begitu tekun memakan hidangan menu najis fitnah yang pernah dihidangkan kepadanya di masa yang silam oleh Mendaliar melalui Mahathir dengan najis fitnah liwat terhadap DS Anwar. Terus terang, betapa ketaatan umat melayu kepada budaya dan tata laku Mendaliar dan Mahathir, bukan sahaja amat merugikan atau menghitamkan lembaran pensejarahan baru umat melayu, bahkan perlakuan yang demikian itu, tidak memungkinkan bagi umat melayu untuk dapat melahirkan seorang tokoh yang sungguh-sungguh gagah perkasa zaman berzaman.:)

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”
    – Naspazi

  7. salam manis,,
    manis jangan tengok yang gumbira2 kat tampat kerja kamu tu je, kalau bersyukur tu biar ala kadar je, syukur kerana dah terlabih tu banyak maknanya..
    wakil rakyat kami disini tak sabar dengan perubahan DSAI, pastikan langkah mu sampai di sabah merubah politik busuk umno………hidup…. PKR…………….

  8. nama saja abang dan tok…tapi tak bagi contoh yang baik kepada adik manis…

    asyik-asyik emosi saja…sinonim benar dengan PR… dah jadi trade mark ka?

    abang naspazi…

    saya memang suka membaca…tapi saya baca semuanya…lepas tu saya lihat % kebenaran dan penipuannya…lepas tu…saya buat keputusan sendiri…suka hati saya lah…

    salam teristimewa jugak…

  9. Yang Manis Tapi Kurang manis…

    Kita tunggu dan lihat akan kebenaran terselah nanti.
    kalau hang suka membaca..bagilah sikit fakta yang
    boleh menyangah pendapat orang..nie asyik baca komen org aje…tak jadi kerja macam nie…
    Masalah Budget 2009…bukan perkara boleh dipandang sebelah mata…hang dah baca keseluruhan isi kandung budget tu dulu..then hang pikiar dari segi ilmiah…pasal apa org komen…
    Tapi cara hang tulis nie ..mcm hang mai serkap jarang aje…uups sori…hang jgn dok kelentung bulan puasa nie…

  10. adehhhh manis…janganle merajuk nanti tok tolong pujuk kasi gula2 getah kalau gula getah takde gula batu tok kasikan. lani bajet tok dah lari banyak tok ingat tahun depan tok lagi pokai le lagi satu tahun 2010 tok ingat mahu pencen tapi tok ingat lagi satu tahun mahu sambung lagi tak jadi pencen le……..

  11. Salam hormat saudara manis,

    Benarkah bahawa tulisan saya tiada kebenaran dan hanya penipuannya???

    TIKUS MENUMPANG KEHEBATAN HARIMAU

    Wassalam
    – Naspazi

  12. Salam hormat saudara manis,

    Benarkah bahawa tulisan saya tiada kebenaran dan hanya penipuan belaka???

    TIKUS MENUMPANG KEHEBATAN HARIMAU
    http://naspazi.multiply.com/journal/item/22

    Wassalam
    – Naspazi

  13. tak payah layan la si manis tu. pendapat dia minoriti je kat sini. dia je yang pro BN. tapi majoriti pendapat lain sebaliknya.

  14. Untuk adik manis,
    Sabar saja lah dengan karenah mereka ni, mereka memang sentiasa sangka buruk terhadap orang yang tidak menyokong mereka. Kalau yang mereka sokong buat, walaupun hanya cakap aje, tapi tak serupa bikin, semuanya betul. Kalau orang lain yang buat, semuanya salah. Tu lah, hati mereka dah tertutup oleh ketaksuban yang mengundang rasa sangka buruk. Tidak ada lagi pertimbangan akal, hanya emosi.

  15. Adik manisssss
    lu memang bangang, tak nak tengok kebenaran langsung, tiap kali lu komen mesti lu nak menangkan BeeEnd tu, orang dah tak tahan lagi laa dengan kerakusan pemimpin BeeEnd tu. Cuba kau bagi tau kat kami siapa pemimpin BeeEnd yang tak mengaut kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Dulu mungkin orang boleh terima keadaan macam ni, tapi hari ini orang dah tak tahan melihat mereka merompak harta rakyat yang diamanahkan dengan berlesenkan wakil rakyat.
    Adik manis, cuba kau fikir, siapa yang pilih mereka sebagai wakil rakyat dan kemudiannya menjadi exco ka, timbalan menteri ka, menteri ka. Bukankah rakyat yang memilih, tapi kenapa lepas tu menindas rakyat. LU FIKIR LAAA SENDIRI ADIK MANIS.

  16. Hanya orang beriman sahaja dapat membaca huruf KAF, FAA, RO yang tertulis pada dahi dajjal pembawa fitnah. Demikian juga apabila Allah membangkitkan seseorang pemimpin yang haq sekali dalam 100 tahun kepada sesuatu kaum hanya orang-orang yang memiliki cahaya kebenaran pada hatinya sahaja yang nampak. Jika hatinya tiada cahaya kebenaran, penuh dengan titik-titik hitam kotor lagi najis tetap nampak yang batil itu benar dan yang benar itu batil. Demikianlah kata para ariffin.

  17. Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicicah..ok tak

  18. Bersatu tukar peneraju.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: