Posted by: pinkturtle2 | Ogos 31, 2008

Relakah kita Mempunyai PM Yang Dikuasai Oleh Anak Menantunya?

Bagaimana kalau mulai hari ini – 31 0gos 2008 – kita bangkit, kita bersuara dan kita tuntut Abdullah pergi dengan segera? Kita gunakan apa jua kuasa yang ada di tangan kita. Kita ada kuasa politik, kita ada kuasa rakyat, kita ada kuasa Raja. Seluruh kuasa inilah yang memberikan mandat kepada Abdullah Badawi untuk berkuasa.

Bagaimana kalau mulai hari ini – 31 0gos 2008 – kita bangkit, kita bersuara dan kita tuntut Abdullah pergi dengan segera? Kita gunakan apa jua kuasa yang ada di tangan kita. Kita ada kuasa politik, kita ada kuasa rakyat, kita ada kuasa Raja. Seluruh kuasa inilah yang memberikan mandat kepada Abdullah Badawi untuk berkuasa.

KEMERDEKAAN NEGARA DAN KEBANGKITAN RAKYAT

Saya tulis posting ini sewaktu angkasa dinihari Putrajaya bermandikan cahaya aneka rona. Dentam-dentum bunyinya. Sungguh mempesona warna-warnanya. Beribu-ribu mata yang menyaksikannya pun khayal, terleka dan terlupa bahawa tanahairnya sedang tergadai dan menuju kehancurannya.

Lantas aku pun berbisik sendirian. Bagaimana agaknya jika ledakan bunga api itu ditukar menjadi ledakan suara rakyat yang menuntut Abdullah Badawi berhenti sebagai PM dengan serta-merta?

Apa gunanya kita terpesona dengan kewarna-warnian bunga api itu jika sempena 51 tahun kemerdekaan negara ini Abdullah Badawi masih bemaharajalela?

Relakah kita menerima Abdullah Badawi yang tidak lagi peduli akan masa depan dan kesejahteraan kita semua? Relakah kita mempunyai PM yang dikuasai oleh anak dan menantunya? Relakah kita melihat negara ini tergadai kedaulatannya? Relakah kita mendiamkan diri dan lihat sahaja kehancuran kita semua?

Bagaimana kalau mulai hari ini – 31 0gos 2008 – kita bangkit, kita bersuara dan kita tuntut Abdullah pergi dengan segera? Kita gunakan apa jua kuasa yang ada di tangan kita. Kita ada kuasa politik, kita ada kuasa rakyat, kita ada kuasa Raja. Seluruh kuasa inilah yang memberikan mandat kepada Abdullah Badawi untuk berkuasa.

Ayuh sama-sama kita fikirkan pendekatan yang terbaik, berhemah dan berkesaan untuk mendorong Abdullah berundur segera. Fikirkanlah hal ini sewaktu kita mencari keredhaan Allah SWT di sepanjang Bulan Puasa.

http://politica-net.blogspot.com


Responses

  1. tidak rela, tidak ela dan tidak rela!!!!!!

  2. Pak Lah seorang PM yang membawa rakyat negara ini ke jurang yang merbahaya. Penggantinya pula akan menolak kita jatuh ke jurang itu. Kalau kita biarkan penggantinya naik, kita semua takkan dapat keluar dari jurang itu. Kehidupan harian kita akan menanggung risiko yang amat besar, lebih besar dari risiko yang ditanggung tentera kita yang memandu dan menggunakan helikopter Nuri milik Kementerian pertahanan. Sedarlah ahli-ahli dan penyokong UMNO! Yang akan berpesta tanpa “conscience” (kesedaran) adalah golongan ini. Anda pula akan terperangkap dengan umpan2 yang sebenarnya adalah sisa2 mereka. Oleh itu MERDEKAkanlah diri anda sebelum pintu kemerdekaan itu tertutup buat anda.

  3. Ummidini pembetulan..perkataan HIJAB lebih tepat mungkin…

  4. KOSMETIK DAN MAKE UP BN MEMANG CANTIK MENJELANG ULANG TAHUN KEMERDEKAAN. KERAJAAN BN MEMANG SUKA RAKYAT LALAI,LEKA DAN BERHIBUR SUPAYA MEREKA LUPA AKAN HAKIKAT HIDUP YANG MAKIN HARI MAKIN SENGSARA. INGGERIS DAH TIADA MENJAJAH KITA TETAPI BN YANG MEMERINTAH TERUS MEMERINTAH SEPERTI PENJAJAH. KALAU BRITISH MEMBAWA BALIK KE ENGLAND SEMUA HASIL MAHSYUL MALAYA, KINI UMNO BN PULAK YANG MENGAUT KEKAYAAN NEGARA UNTUK DIRI DAN KELUARGA. CUBA SEBUT SATU NAMA KETUA BAHAGIAN/TIMBALAN DAN AHLI MP BN YANG TAK JADI KONTRAKTOR. BUDAYA BEREBUT PROJEK DAH SEBATI. LEPAS TU MOCK-UP PROJEK. LAGI TERUK DIALIBABAKAN. HAMPIR SEMUA PEMIMPIN UMNO/BN HIDUP MEWAH HASIL MOCK-UP PROJEK. SEKOLAH DARJAH ENAM PUN BOLEH KAYA RAYA ASAL JADI PEMIMPIN UMNO. LEPAS TU RASUAH AHLI CAWANGAN/BAHAGIAN AGAR DIRI TERUS JADI PEMIMPIN CAWANGAN/BAHAGIAN. BPR KELU DAN LUMPUH UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMIMPIN UMNO YANG RASUAH. CONTOH TS ISA SAMAD DAN RAMAI LAGI. ALHAMDULILLAH AHLI2 PAKATAN RAKYAT TELAH MERDEKA MINDANYA. PUAK PENGAMPU/PENYOKONG BN MASIH TERUS TERJAJAH DAN PEMIMPIN BN BANGKRAP MORAL. KITA, PR MERDEKA!! BN – MAU DUIT KA!!!

  5. Apa lagi laungkan slogan ‘Pak Dol Undurlah’ ….kalau tahun ni belanjawan defisit tahun depan pon defisit tahun akan datang pon defisit jugak….macam ni Msia boleh jadi papa kedana….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: