Posted by: pinkturtle2 | September 3, 2008

Harga minyak mungkin turun sebelum Aidilfitri – Shahrir

Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya.

Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya - Shahrir

Harga minyak mungkin turun sebelum Aidilfitri – Shahrir

03-09-2008 06:49:29 PM

PUTRAJAYA: Selepas mengalami penurunan sebanyak 15 sen lebih seminggu lalu, harga minyak tempatan mungkin akan diturunkan lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad Shahrir berkata, jika harga pasaran mengalami penurunan secara berterusan, pada paras AS$109 setong, pengguna boleh mengharapkan harga baru menjelang 1 Syawal.

“Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya.

“Kalau kita dapat lihat kepada harga pasaran ke hadapan adalah AS$110, kemungkian ianya (akan) rendah daripada ini… saya harap jugak dapat hadiah hari raya seperti yang lain-lain,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan menetapkan tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru, beliau berkata dari segi amalannya, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan.

Bagaimanapun katanya, ia mungkin akan diumumkan kurang daripada tempoh itu termasuk pada bulan ini yang dijangka diumumkan sebelum Aidilfitri.

“Macam bulan lepas, kita dah nak ambil harga sebulan tetapi bila diberitahu tentang kenaikan indeks harga pengguna dan kita akan menyambut merdeka, jadi Kabinet merasakan mengapa kita tunggu kerana harga minyak dah turun pada paras yang baik.

“Jadi kita diputuskan untuk turunkan harga minyak pada ketika itu lebih awal daripada sepatutnya dan keadaan yang sama saya jangka boleh berlaku pada bulan ini,” katanya.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. Kalo tak krna Bn goyah, adakah harga minyak akan turun juga?
    Turun yg ini, naik tang lain pula (30% surcaj)- same jek…

  2. ermmm nak turun rege minyak banyak benor kisahnyer,..bile nak naik cepat aje? turun sket dah heboh tapi rege barang2 naik tak turun2 ape cite? turun sket yang naik banyak camne?

  3. banyak beno songeh nak turun rege minyak.. kaji sanalah, sinilah, purata sebulan lah… tapi nak naik kejab je. tak dengar pun kerajaan nak kaji dulu, tanya pendapat rakyat… tahu tahu dah meletup naik 78 sen. Berbarislah rakyat marhaen kat petrol pump nak minyakkk murah.

    Lepas tuh, harga tepung, gula, minyak, beras, dll naik mendadak. Bila harga makanan ass ni nak turun pula? rasanya dah payah dah nak turun.

    Pendapat aku yang dok ada di atas tuh, mmg malas dan kuat tidur. malas dari sgala aspek.. lambat.. nak perkasa melayu konon. ceh.. kurang asam betul. makin org melayu tertekan adalah…
    penat dok tengok auta dan sandiwara hampa semua. bukan kata nak hormat pada YB2 nih, malah rasa meluat dan menyampah. Meloya

  4. Adoiii….bengkrap la negara kalo minyak turun lagi…..Shaberi musti manyak syusah at wooo…

  5. harga minyak turun?walapun harga minyak turun menjelang yawal ini tidak mempengaruhi harga barang.barang naik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: