Posted by: pinkturtle2 | September 4, 2008

Sah Saipull Penipu,Dr Osman Tampil Pertahan Laporan Kes Liwat

Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar- DR Osman

Dr Osman tampil pertahan laporan kes liwat

Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

saiful bukhari azlan sodomy allegation anwar ibrahim medical report 300708Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya – M Puravelan dan Yusri Kamaruddin – mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.

“Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar,” kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.

Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan).

Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.

Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.

Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.

Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.

Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. Senario dunia sekarang…’orang pandai melambak’….’orang baik sukar ditemui’. Berbicara atas dasar kebenaran adalah terlalu pahit, berisiko dan penuh tekanan. Hanya mereka yang berpegang kepada prinsip, hebat, bermaruwah dan berintegriti sahaja bersedia untu berbuat. Sesungguhnya mati itu.. benar, tua itu… benar, sakit itu… benar, pencen itu… benar dan yakinlah bahawa Allah bersama orang-orang yg. benar…amin

  2. Tunggu…………..sikit hari EZAM pulak kata Dr. Osman liwat dia…………..kalau tak jadi jugak
    SiKera kena belacan tu pulak kata dia kena liwat dengan……….tak tau…hentam sajalah siapapun.
    ataupun jolok aje dengan batang penyapu supaya sah bontot tu dah lobos….macam siapa ya
    siapa yang MP BN dulu tu yang kaki bontot sampai bini baru yang dia kahwin pun mintak cerai…ganas kaki bontot walaupun pendek.

  3. Demi satu kebenaran,Dr Osman sanggup mengorbankan kerjaya nya untuk hari2 yang mendatang.Sama seperti imam masjid WP.Namun apa yang lebih membanggakan kita ia lah perinsip yang di dukung oleh kedua2 hamba Allah ini.

  4. Sementara itu, ramai pula yg dgn memikir panjang, suka menggelar DSAI “aljuburi”.

    Tidakkah mereka takut dgn FITNAH yg mereka lakukan? (sama ada sedar ataupun taksedar)

    Adakah sia2 puasa mereka itu?
    Tidakkah kelaparan semata2 jika tuhan tidak menerima?

    insaflah sdr ku.

  5. Correction:
    ……..dgn tiada (TANPA) berfikir panjang …..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: