Posted by: pinkturtle2 | September 4, 2008

Pakatan Rakyat Boleh Turunkan Harga Minyak Sehingga RM0.70 seliter

Anwar juga berjanji Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet baru jika kerajaan baru dibentuk 16 September ini.

Anwar juga berjanji Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet baru jika kerajaan baru dibentuk 16 September ini.kerajaan Malaysia memperoleh pendapatan yang sangat lumayan dari hasil petroleum, tetapi masih mengujudkan sistem yang dinamakan 'subsidi'. Kemungkinannya subsidi ini tidak wujud yang sengaja diada-adakan. Subsidi adalah senjata atau alasan bagi kerajaan untuk merayu simpati rakyat supaya harga petrol dinaikkan.

Tukar kepada Pakatan Rakyat untuk pulih ekonomi negara

Dalam sidang akhbar pada 2 September 2008, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen beliau, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, harga minyak akan diturunkan sehingga RM0.70 seliter daripada kenaikan harga mendadak seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa bulan lepas.

Anwar juga berjanji Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet baru jika kerajaan baru dibentuk 16 September ini.

Prinsip utama Bajet Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan ialah untuk mengurangkan defisit, menurunkan cukai dan melaksanakan tender terbuka.

Dalam sidang akhbar khusus mengenai bajet di ibu pejabat KeADILan di Merchant Square, Tropicana itu, Anwar dengan tegas mengatakan Abdullah dan Kerajaan Barisan Nasional melakukan kesilapan besar dalam pentadbiran negara sehingga menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk.

Ketua Umum KeADILan itu juga mengkritik dasar kronisme atas nama ‘bumiputera’ yang diamalkan oleh Abdullah, apabila syarikat milik anak PM iaitu Scomi mendapat laba besar dengan penganugerahan projek menguruskan perkhidmatan awam di Lembah Kelang.

Kata Anwar, sejumlah RM35 Billion yang diperuntukkan, Pakatan Rakyat berjaya mengesan, siapakah yang memperolehi keuntungan besar.

Pada pendapat kalangan penganalisis ekonomi, bajet yang dibentang Abdullah yang digambarkan sebagai bajet prihatin rakyat, tidak mempunyai insentif untuk menarik pelabur.

Malah rakyat yang dikelirukan dengan pelbagai ‘gula-gula’, tidak menyedari bahawa sejak Abdullah mengambil alih kuasa, perbelanjaan operasi kerajaan meningkat berlipat ganda.

Rakyat tidak mengetahui fakta yang jelas

Berbalik kepada soal harga minyak yang dinyatakan, persoalan yang timbul kepada rakyat ialah, apakah penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 seliter baru-baru ini memadai?

Apakah pembentangan Bajet 2009 boleh dianggap sebagai suatu ‘hadiah’ daripada hasil kecekapan BN mentadbir negara?

Pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sering menempelak rakyat, kononnya rakyat tidak memahami tanggungan kerajaan apabila mendesak harga petrol yang dinaikkan RM0.78 sen seliter terus dikurangkan.

Malahan pemimpin BN mempertikaikan hasrat Ketua Anwar untuk mengurangkan harga petrol bukan RM0.15 sen, tetapi pengurangan sehingga RM0.70 seliter.

Apakah janji Anwar untuk mengurangkan harga minyak mustahil untuk dilakukan? Mengapa Kerajaan BN tidak boleh menurunkan harga minyak?

Persoalan ini sering bermain difikiran rakyat. Rakyat terus terhimpit dengan kegawatan ekonomi yang menjerut kehidpuan hasil daripada kenaikan harga minyak.

Hakikatnya rakyat tidak mengetahui banyak fakta yang disembunyikan kerajaan kerana akaun syarikat milik kerajaan iaitu Petronas tidak pernah dibentangkan di Parlimen.

Petronas beroperasi di dalam dan di luar negara. Tetapi rakyat hanya mengetahui perjalanannya secara umum sahaja jika dilapor media.

Di dalam negara misalnya, rakyat tidak mengetahui berapa banyak pelantar minyak dan gas yang terletak diperairan Laut China Selatan iaitu berhampiran negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Hanya secara umum diketahui beberapa buah syarikat pengeluar minyak seperti Petronas, Shell dan Exxon Mobil menjadi peneraju utama industri ini.

Di Malaysia Petronas telah diberi kontrak yang besar selaras dengan polisi kerajaan untuk mengutamakan syarikat tempatan.

Syarikat-syarikat minyak tersebut dasarnya mengikat perjanjian dengan kerajaan diatas setiap blok kawasan minyak dan keuntungan dari jualan minyak mentah dan gas akan dinikmati di antara mereka dan kerajaan Malaysia.

Dari hasil cukai ini dan pada harga minyak semasa, keuntungan mereka berlipat ganda dan akan bertambah sekiranya harga minyak dipasaran dunia meningkat...More

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. SIAKAP SENOHONG …
    GELAMA IKAN DURI…
    BN BENTANG BUDGET BANYAK BOHONG..
    UNTUK DIBOLOT KRONI SENDIRI……

    TANAM PINANG RAPAT-RAPAT..
    BIAR SENANG PUYUH BERLARI…
    ASAL SEMUA AKU DAPAT..
    RAKYAT APA AKU PEDULI……

    PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR..
    MASAK DUA TIGA BIJI ATAS PETI…
    EKONOMI ELOK DITADBIR PR…
    MOGA-MOGA ALLAH BERKATI….

    BERAKIT RAKIT KE HULU..
    BERENANG-RENANG KETEPIAN…
    BUKAN SIKIT RAKYAT TERBUKU & BERBULU…
    ELOK CEPAT KUASA DIALIHKAN…..

    PAT PAT SIKU LIPAT…
    LIPAT MAUT SEPAK RAGA…..
    AMBIK PENTADBIRAN PUTRAJAYA BIARLAH CEPAT….
    BIAR RAKYAT MERASA LEGA…….

    MENGUMPAT MENGATA ELOK DIELAK…
    SEBAB KITA SEDANG PUASA…
    RAKYAT MARHAEN DAH MUAK DAN JELAK…
    TUNGGU MASA PR BERKUASA…..

    GURINDAM SELOKA GURINDAM JIWA…
    PAK NGAH PULA SUKA BERPANTUN…
    MARI KITA PILIH PENTADBIR BERWIBAWA…
    DARI PILIH PENTADBIR YANG SUKA ‘MERCUN’….

    16 SEPTEMBER PR KATA TARIKH YANG ONG…
    BIARLAH ORANG NAK KATA APA…
    KALAU BETUL SEMUA MELOPONG….
    KUASA TAK ADA NAK REMBAT APA……

    SALAM RAMADAN….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: