Posted by: pinkturtle2 | September 4, 2008

Pendakwaan bermotifkan politik,Peguam harap kes liwat digugur minggu depan

Kami masih mengekalkan pendirian kami bahawa memang tiada kes, tiada bukti. Kes ini merupakan pendakwaan bermotifkan politik.

Kami masih mengekalkan pendirian kami bahawa memang tiada kes, tiada bukti. Kes ini merupakan pendakwaan bermotifkan politik.Oleh itu kami berharap kes ini akan digugurkan - Sankara Nair

Peguam harap kes liwat Anwar digugur minggu depan

04-09-2008 04:44:31 PM

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula minggu depan.

“Kami masih mengekalkan pendirian kami bahawa memang tiada kes, tiada bukti. Kes ini merupakan pendakwaan bermotifkan politik.

“Oleh itu kami berharap kes ini akan digugurkan,” kata salah seorang peguamnya, Sankara Nair ketika dihubungi.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.

Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Beliau diwakili sembilan orang peguam.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sankara menambah, tiada peruntukan membolehkan pihaknya memfailkan agar kes berkenaan digugurkan.

Cuma, jelas beliau, pihaknya telah menyatakan wujudnya alibi dan juga kandungan akuan bersumpah doktor yang memeriksan Saiful bagi membolehkan kes berkenaan ditolak.

“Kami tidak boleh membuat permohonan rasmi. Pendakwaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mendakwa seseorang ataupun tidak,” kata beliau yang tetap yakin kes berkenaan akan diketepikan.

Malah, Anwar ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang seringkali menyatakan bahawa kes yang dibawa terhadap tidak mempunyai bukti dan ia harus diketepikan.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. Biarlah mahkamah berjalan dengan tenang, sure rakyat akan mendengar segala-galanya, samada konspirasi ataupun reality…..hanya Anwar, Saiful dan Allah saja yang tahu kebenarannya.
    Ya Allah ya tuhanku, tunjukanlah kami insan yang hina ini kebenaran. Amin

  2. Sudah la tu Hj Amir….Proceeding ni buang masa….hj ni faham ke tak faham mahkamah kanggaroo….???Ini trap aja..one sided je…yg jadi konspirator utama tak pulak pegi mahkamah…haji patutnya faham trick ni….

    simply say,harap haji ni dikurniakan akal dan membaca segala bentuk motif disebalik ini….bukan nak ajar haji..tapi hakikatnya haji ni masih kurang ilmu ….maksud saya suasana politik masa kini dan sebelum ini..madey kan dalam video klipnya kata DSAI tak dak apa pun salah…itu rekaannya..so no case lah…maknanya haji langsung tak tau kes 10 tahun lalu….. Allah dah tunjukkan pun….perjalanan DSAI org dah nampak dah….

  3. Ini la dia, taksub tak kena tempat, biarkan mahkamah berjalan dahulu, gunakan akal dan otak kita menilai dan menganalisa proses perbicaraan barulah membuat kesimpulan…..jangan bandingkan 10 tahun dahulu, adakah 10 tahun dahulu anwar brahim 100% tak salah.

  4. sapa yang nak pecaya kat mahkamah di Malaysia sekarang nih?

  5. jamail pun tongong gak… org smua dah tak caya kat kat mahkhamah pak lah tu…. karut smua tu.

  6. karut saja. Pemimpin umno tu hanya pentigkantuntutan nafsu nafsi so sanggup buat apa sekalipn. bkankah najip tu lahir terus kaya manakan nk rsa susah

  7. mahkamah di Malaysia tak boleh dipercayai.

  8. Kita doakan mahkamah dijalankan dengan profesional dan tanpa takut kpd intimidasi.

    Kalau ada hujah kukuh utk dibuang kes, tak ada sebab kita tak boleh terima keputusan tersebut.

    Asalkan, dijalankan secara profesional n beretika.

  9. Semua nya karut, di padang masar baru tahu. Di dunia kaya raya dan senang lenang belum tentu di akhirat dapat itu semua. Jika kita berbuat baik di dunia tentu balasan yang baik akan di terima kelak dan begitu lah sebaliknya. Tuhan beri otak untuk kita berfikir bukan mengiakan atau bersetuju kerana takut kepada kuasa manusia. Allah swt lebih hebat dari segala2 nya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: