
HADAPI TUDUHAN... Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng Mustafa Salim (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua tuduhan rasuah.
ADUN BN Lenggeng hadapi tuduhan rasuah RM5,000
05-09-2008 01:32:22 PM
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim pagi ini didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Seremban, Negeri Sembilan.
Mustafa dituduh secara rasuah meminta suapan sebanyak RM3,000 daripada M. Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan kepada Manimaran untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir.
Mustafa dituduh melakukan kesalahan tersebut di Lot 1321, Mukim Pantai di Seremban pada kira-kira 11.00 pagi, pada 28 Ogos lepas.
Bagi tuduhan kedua, Mustafa didakwa secara rasuah menerima suapan sebanyak RM2,000 daripada orang yang sama untuk tujuan sama.
Kesalahan tersebut dilakukan di Restoran Jahrin Maju, No. 17, Bunga Raya 2/1, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada kira-kira 5 petang pada 31 Ogos lepas.
Mustafa dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 Februari depan.
Pada 31 Ogos lalu, Mustafa ditahan kerana disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin.
ehhhh nate rasuah umno ni….
By: orghe klate on September 5, 2008
at 4:06 pm
Entah le… apo nak jadi kek Politik Seremban ni…
Semua calon yang layak ketua bahagian dah ada kes mahkamah…. jadi sapo nak jadi ketua??????
Macam ada sabotaj je….
Apo kato anda semua?????
By: pemerhati seremban on September 5, 2008
at 10:33 pm
saya kesian kat yb ni…..baru makan seribu dua dah kantoi…….tu yang makan berjuta-juta tak apa-apa pulak……
inilah rupa bentuk keadilan yang ada…..wek camno laie….
By: pandak kincut on September 6, 2008
at 9:37 am
em…. harap2 yb akan lepas dar segala pertuhun… coz dengan kehadiran yb di lenggeng ni kami sebagai penduduk lihat kawasan kami semakin membangun dan nk burusan pn mudah
By: aa on Julai 6, 2009
at 1:02 am