Posted by: pinkturtle2 | September 6, 2008

Tee Kiat: Tetap saingi kerusi terajui MCA

PART 1

PART 2

SEDUTAN RAKAMAN TEMU BUAL BERSAMA CALON PRESIDEN MCA, DATUK ONG TEE KIAT

.

Tee Kiat: Tetap saingi kerusi terajui MCA

06-09-2008 02:04:00 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Ong Tee Kiat yang mengumumkan bersaing jawatan Presiden MCA dua bulan lalu tetap dengan pendirian mahu menyaingi kerusi menerajui parti itu dalam pemilihan bulan depan.

Menteri Pengangkutan itu berkata, pendirian beliau merebut kerusi itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Ong Ka Ting masih kekal tidak berubah.

“Ya tetap (saya) bertanding,” kata beliau dalam temu bual khas dengan mStar Online baru-baru ini.

Kini beliau merupakan Naib Presiden. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Ketua Pemuda MCA.

Ketika ditanya sama ada beliau akan berkompromi bagi memastikan keutuhan dan kekuatan MCA tidak terjejas, beliau menjelaskan, “Dalam dunia politik ini, tidak ada satu formula yang tetap, yang saya nampak biasanya bergantung kepada situasi semasa.”

Bagaimanapun beliau tidak menolak soal berunding dengan mereka yang bertanding memang wujud.

“Soal berunding itu memang wujud, tidak pernah saya tidak berunding tetapi runding atas apa?

“Runding untuk apa? Kalau runding semata-mata untuk mengagihkan kerusi itu pun satu rundingan juga.

“Jika rundingan itu dapat menghasilkan sesuatu yang boleh membawa manfaat kepada parti, misal kata demi keutuhan parti dan juga ia dapat memantapkan lagi parti dan juga memantap lagi pengaruh parti, itu pun boleh dirunding,” katanya.

Beliau mengumumkan bertanding kerusi Presiden selepas pada 18 Julai lalu Presiden Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan tidak mahu mempertahankan jawatannya.

Sehubungan itu, beliau masih kekal dengan pendirian bahawa akan berkempen dan bertanding tanpa membentuk pasukan barisan calon yang diharapkan banyak pihak.

Memiliki kelulusan kejuruteraan, pada 1986 beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Tan Sri Lee Kim Sai.

Tiga tahun kemudian beliau bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Ampang Jaya.

Kini beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan Pandan yang dimenangi tahun 2004 dan 2008.

Dalam temu bual itu beliau menyentuh banyak isu termasuk sebab bertanding kerusi Presiden, pendekatan kepimpinan, kedudukan MCA dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

http://www.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: