Posted by: pinkturtle2 | September 6, 2008

Kes Pembunuhan ADUN Tenggaroh: Polis Tahan Reman Anak Pemimpin MIC

Polis dapat perintah tahan reman anak pemimpin MIC negeri

06/09/2008 3:14pm

JOHOR BAHRU 6 Sept. — Polis mendapat perintah menahan reman anak lelaki seorang pemimpin kanan MIC Negeri berhubung siasatan pembunuhan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh Datuk S.Krishnasamy pada Januari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Shariff ketika dihubungi mengesahkan perintah tahanan reman yang diperoleh polis terhadap anak lelaki pemimpin MIC Negeri itu daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Sebelum itu, lelaki berusia 36 tahun yang turut memegang jawatan kanan di dalam pergerakan parti itu dibawa ke ibu pejabat polis tersebut kira-kira 7.30 pagi dari lokap Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor.

Dia ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman di Seri Alam kira-kira 12 tengah hari semalam, untuk membantu siasatan polis tentang kejadian itu.

Mendiang Krishnasamy yang juga Timbalan Pengerusi MIC Negeri ditembak mati dari jarak dekat ketika berada dalam lif di Ibu Pejabat MIC Negeri di Jalan Segget, kira-kira 2 petang pada 11 Januari lepas. – Bernama

http://www.utusan.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: