Posted by: pinkturtle2 | September 8, 2008

Khalid, Diam Sahajalah

Khalid, Diam Sahajalah

Terperanjat aku membaca berita dimuka depan Utusan Malaysia hari ini. Aku tidak pasti itu adalah benar kata-kata yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, atau satu sandiwara akhbar media arus perdana untuk mengalih perhatian dari isu Bukit Bendera.

Khalid didakwa berkata lawatan beliau ke tempat dilanda musibah membuang masa dan membuang kewangan sahaja. Beliau ada wakil rakyat dan orang yang boleh pergi melawat, yang boleh pergi memberi sumbangan kewangan. Guess what Khalid, rakyat suka nak tengok pemimpin mereka datang melawat, mendengar sendiri rintihan rakyat dikala kesusahan. Mendengar dan melihat sendiri sudah pasti berbeza dari mendengar dari pihak perantara.

Rakyat suka dengan pemimpin yang prihatin, yang dalam keadaan super busy sekalipun boleh meluangkan masa melihat keadaan kawasan bencana. Aku melihat PAS sebagai berbeza dari UMNO. Takkan nak upgrade sama paras dengan Paklah, dikala banjir di Johor, beliau ke Australia makan nasi kandar?

Aku nasihatkan kepada Khalid, lainkali kalau nak menentang arus, diamkan sahaja. Jangan bersuara. Something better left unspoken.

http://erisar.blogspot.com

Nak Lebih Jelas lagi Untuk Memahami Masalah Ini Sila layari http://drhalimahali.blogspot.com


Responses

  1. ini jelas kelemahan MB selangor…. memang benar ulasan MB untuk menjawab tohmahan …tapi lebih baik diam dari membuat rumusan ….kita kena ingat bukan semua otak manusia sama dengan otak kita……fikir2kan lah

  2. Kenyataan beliau tidak berperikemanusiaan. Kalau tak nak datang pun, tak payah cakap la….

  3. MB Selangor tak patut cakap macam tu. Ni soal rakyat bukan soal sekerat dua dalam PNB. Tolonglah dalam sibuk2 pun bukalah kitab/bacalah bagaimana agama suruh pemimpin layan rakyat. Takkan nak tiru budaya UMNO. Tolong rakyat pun dia pau dulu. Yang sampai kuah-kuah – isi dah awal-awal sapu –
    Jalan selamat jangan layan suratkhabar Ba–a UMNO. Cakap macam mana baik pun dia pusing juga. Saya tak hahalkan duit untuk beli suratkhabar macam Utusan Meloya. Saya bangga anak-anak saya yang tingkatan satu dan darjah enam pun benci Utusan Meloya.
    Kalau PM dia pergi makan nasi kandar di Autralia tak pula nak highlight. Malah bila balik dijilatnya punggung. Hai nasib suratkhabar Malaysia.

  4. contoh terbaik, Khir Toyo hadiah penyapu, akhir sekali dia kena sapu….? MB Selangor pandang remeh org kena musibah, akhir sekali rakyat akan menghukum juga…. ingat kuasa ditangan rakyat, jangan terbawa2 cara CEO PNB/Guthrie… Kalu x suka jumpa rakyat, busy sangat diam je la…. inilah akibat suka layan sangat media/surat khabar, meke tu memang kaki putar… so hati2 lah sikit, jangan nak glamor sangat!

  5. Yang hang sume ni melatah ni watpe???korg sndri dgr ke ape yg dato’ khalid ckp…sume xth ape yg sbnrnya yg die ingin sampaikan…myb die nk tujukan kpd ahli-ahli bn yg still xpuas hati kalah dlm pru12 yg lps…mana taknya,calon2 bn yg kalah pun nak turun padang…skrg bkn mase utk berkempen lg…upah dorg utk turun padang agaknya lebih mahal dari sumbangan utk mangsa banjir..so,pihak media jgnla putar belit kenyataan seorg pemimpin….

  6. dari dulu lagi aku tak caya dengan Utusan Meloya ni… Tak pernak cakap betul pun..
    Kepada Dato’ Khalid nanti lain kali hati2 bila bersuara nanti orang lain plak yang terasa ya..

    takbir…

  7. moyang aku kata kalau nak tahu baik tanyalah kawan, kalau nak tahu jahat tanyalah lawan. Aku tanya Khalid…

  8. AL-FATIHAH
    16 September 2008
    1957 – 2008

    Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada:

    Allahyarham Dato Seri Ameno Al-Karati bin Tan Sri Baris Al-Takrasion bin Tun Al-Perikat (a.k.a bee-End).

    Al-Fatihah

  9. yang korang pecaya suratkabar taraf buat lap taik babi tu kenapa??? ts kHALID KALAU DIA ADA CAKAP CAMTU PUN TAKKAN KORANG TAK PERASAN APA MAKSUD DIA- dia perli dolah bongok la tu, pasal masa banjir kat johor kan dolah bongok makan angin kat obesi dgn nasi kangkang…. bodoh betul otak karat amno ni, mudah mudahan terus berkarat sempena perut lapar ni supaya cepat melingkup…..

  10. kecik ati org mangsa banjir dengar..x kira PM ker, TPM ker, MB ke , wakil rakyat ker..turun padang atas sifat perikemanusiaan sesama insan..jgn tunggu TV3 datang..baru nak turun padang.

  11. kecik ati org mangsa banjir dengar..x kira PM ker, TPM ker, MB ke , wakil rakyat ker..turun padang atas sifat perikemanusiaan sesama insan..jgn tunggu media tv datang..baru nak turun padang.

  12. KORANG SALAHLAH, MEMANG KHALID TU PERANGAI MACAM TU…DIA ELIT DAN SEKULAR, TENGOKLAH..KOMEN DIA YANG LAIN…MAIN HENTAM SAJA, UITM, ISU BABI, DLL

  13. jgn sampai rakyat selangor buang masa undi TS Khalid PRU akan dtg..

  14. nama pun laporan dari UTUSAN MELOYA..i 100% tak percaya kat UTUSAN MELOYA..sumpah..

  15. aku setuju bila mb berkata begitu,bagi aku dia bukan tidak prihatin,tapi rakyat telah memilih wakil rakyat dikawasan itu,dan wakil itu diberi elaun denagn duit rakyat bagi menjaga kebajikann rakyat,maka apa perlu mb turun kesana sdgkan ada wakil disana,yang paling penting wakil lihat dan maklum kpd mb dan mb terus ambil tindakan dgn menyalurkan bantuan tanpa perlu bergegas pulang ke pejabat , disini bkn simpati dgn melihat diperlukan tetapi simpati dengan bantuan yang betu,aku org pahang,banjir besar yg berlaku baru2 ni pun kerajaan bn bagi sardin import dari china,dah tu tah halal tah haram,expired plak tu,dah tu bantuan diberi bila banjir dah surut , ada akal ka,tu sebab mb tak perlu turun kesana,mb perlu memastikan ibu pejabat meyalurkan bantuan dgn kadar segera kesemua tempat bencana dgn segera dan samarata mengikut keadaan,org tk kenyang dgn lihat mb turun,yg penting bantuan bukan menjenguk,kenyataan dia mmg agak kurang sedap kalau kita dgr dgn otak yg bebal,sila berfikiran terbuka dan berubah dari pemikiran kolot umno/bn,sekarang masa bertindak bukan masa utk menjenguk dan menabur janji tapi bantuan habis diseleweng,bersyukur rakyat d negeri pakatan rakyat sebab yang tiba bantuan bukan pencacai,jangan heran kemana mb atau exco,yg patut diharapkan tindakan segera bantuan tiba sebab anda sdg dilanda kesusahan,yg bercakap bkn mangsa tetapi tak malaun2 mana yg bkn mangsa pun,bercakap kerana kepentingan politik dan jumud,kerja turun padang ni kerja2 exco2 dan mb2 serta menteri2 bn je,balik dari tempat bencana anak buah dah berkira nak merembat bantuan bencana sdgkan yg ditimpa kesusahan hanya dapat angin janji kosong,lihat sahaja mangsa tsunami berapa lama pembelaan mereka baru dapat ditangani,tu pun nasib baik penang pr menang kalau tak jangan harap la ,

  16. Korang caya ngan Surat Khabar Umno/Bn yg memang putar belit. Sekarang kat selangor memang banyak fitnah yang dirancang UMNo..cayalah

  17. TS Khalid mesti berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan.Pihak lawan sentiasa menghidu peluang kita membuat silap.Pihak lawan Ibarat an**ng, lapar mejelir,kenyang pun menjelir.

  18. – Nama pun Utusan Meloya. Apa nak percaya? Sama spesies dengan TV3 suku yang buat cerita fitnah ke atas Dato Seri/Ustaz Azizan-MB Kedah tempoh hari. TV3 suku tidak minta maaf pun, sama dengan Ahmad Penang. Utusan Meloya ni dah nak pupus tempoh hari, sebab nak gabung dengan NST. Tapi Pok Leh ubah fikiran. Staf Utusan Meloya dah gabra sebab bakal nak kena buang kerja. Itu pun tak sedar diri.
    – Kalau tak pusing cakap, itu bukan wartawan namanya. Kepada wartawan Utusan Meloya dan yang sewaktu dengannya, sampaikan berita yang benar, walaupun pahit untuk didengar. Mahaguru memang tak beli akhbar Utusan Meloya ni. Berita nya lambat dan merapu dan banyak mengampu pemimpin yang penipu.
    – Ok…lah. Pok Leh bole tidooooo…..zzzzzzz!!!!

  19. Dengar pulak dari lidah rasmi PAS http://www.tvpas.com/material.php?id=6454&cat=berita

  20. Anda masih percaya UTUSAN MELOYA? apa saja berkaitan PR kalu baca dari akhbar ni eeemmmm!!!! habis le. akhbar ni kan kita dah tahu puak UMNO yang kontrol, jadi jangan ambil bulat2. Kita kan dah cerdik sekarang semak semua sumber yang ada ok!

  21. MB TU BAGI MAKSUD TERSIRAT RASANYA….WAKIL RAKYAT KAWASAN TU KEKADANG DARI JUAK AMANO KA APA ?? TURUNG TEMPAT ORANG WALHAL WILAYAH SENDIRI KEKADANG TU ORG TAK LAYAN ..KUT GITULA…

    WAKIL RAKYAT KAWASAN PATUT TURUN DULU..TAKKAN MB NAK BERGEGAS DULU…???MB PASTIKAN BANTUAN CEPAT SAMPAI…DELIVERY PUN PENTING..GI SITU TANPA BANTUAN PUN AIR MUKA NAK LETAK MANA???

    SURATKHABAR TU MILIK AMANO…MESTI PUTAR ALAM..JAJA CERITA NTAH APA…CHIEF EDITOR DIA SIAPA KALAU BUKAN MEREKA YG TOTOK@HARDCORE….ETIKA KEWARTAWANAN….MANA ADA ETIKA….????

    AWAS MB SELANGORKU …………….. BANYAK KALI DAH TERKENA JERANGKAP SAMAR….

    ANDA SEMUA PUN TAK PAYAH LA BELI PAPER UTUSAN TU..BUKAN ADA STANDARD PUN BACA PAPER TU….BUAT LA PERBANDINGAN KALAU TAK PERCAYA….KALAU TIME HUJAN UNTUK TUTUP KEPALA TU OK LA KUT KALAU DAH TAK ADE CHOICE……..SALAM RAMADAN

  22. Jangan melatah…….

    wakil rakyat kawasan patut bertindak sepantas kilat….jgn tunjuk muka je tapi bantuan tak de…air liur je…apapun MB patut turun dengan bantuan….ala statement dari pak Nan yaakob yg tunjuk isyarat lucah kat DUN Sanggang dulu tu???? (ini fakta..bukan fitnah)….ngko orang nak percaya…???Utusan yg kuat jaja **tut* ni bukan ada value for reading….!!!

    setuju dgn mokhtar ….dia pun bantu jugak bagi air percuma…jgn tutup kebaikan MB tu jugak dengan isu kecik…..MB amano lain belum nampak pun dasar kebajikan….apa nak heran …

  23. Saya suka semua ahli PR yang mampu menegur pemimpin, syabas teruskan. Pemimpim bukan maksum so teruskan menegur. Jgn jadi mace AMENO yg rosak kerana dah jadi pengampu belako.

  24. Jangan percaya akhbar UMNO kalau nak pun keputusan nombor ekor je. itu pun kadang salah juga

  25. wahai umat muslim kan ni bulan ramadhan, kenapa kita melayankan nafsu serakah kita dengan mengeluarkan kata dan kenyataan yang tidak bermaruah. amalan ramadhan amalan mulia gosip2 salah satu perkara yang mengurangkan pahala puasa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: