Posted by: pinkturtle2 | September 9, 2008

BERITA RINGKAS: BN Dah Bersedia Untuk TANAM JAGUNG……

BN dah bersedia untuk TANAM JAGUNG……

Berita nih memang hot…… namun adakah Barisan Nasional ingatkan nasib mereka sentiasa baik umpama “Panas hingga ke petang”….. namun AR pasti “Hujan akan diturun ditengahari”….. mana taknya, banyak kawasan kat Malaysia nih dah banjir……..

“Ku ingatkan panas hingga ke petang ropernya hujan di tengahari”

Disunting daripada : SINI

KUALA LUMPUR 8 Sept. — Hanya 49 anggota Parlimen Barisan Naisonal (BN) berlepas ke Taiwan hari ini bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu.

Apa yang ingin dikongsi ialah :-


1) Ahli-ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) di Parlimen yang mengikuti Lawatan ini ialah ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak pegang jawatan dalam kerajaan.

2) Destinasi mereka ialah Taiwan.


3) Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, selain beliau sendiri, anggota rombongan terdiri daripada Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.


4) Mereka semua dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini.


5) Taiwan dijadikan pilihan kerana mereka berminat untuk menerokai teknologi baru bidang pertanian yang diamalkan di negara itu. Tuhler kata Bung Mukhtar…. hehehe.


6) Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh anggota Parlimen yang terlibat.


7) Bung Mokhtar berkata, mereka berhasrat untuk mengadaptasikan segala pengetahuan yang diperoleh di Taiwan untuk membangunkan industri pertanian di kawasan Parlimen masing-masing.

8) Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan. Camner ya??? takder hubungan diplomatik nih….. kirer cam ISRAEL ke???


9) Bung Mokhtar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya lawatan itu ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept ini .

AR : Nak tergelak ada nak terkincit pun ada……. Aku pun pelik, mengapa BARISAN NASIONAL beria-ia nak hantar MP-MP nih ke TAIWAN dengan menggunakan perbelanjaan peribadi (Kata mereka)……. Apa salahnya kalau dihantar Pakar2 Pertanian di Malaysia bersama-sama Menteri Pertanian ke sana, kan senang?????, nampak gayanya, Barisan Nasional nih dah start prepare tanam jagung agaknya, almaklumlah dah takder peruntukan dah lepas nih, yang ada cuma tanah2 yang dirompak setelah 50 tahun memerintah…….. Taiwan takder hubungan diplomasi???….. whateverlah bee end, macam budak-budak aje tipu rakyat!!!!!

http://anak-reformasi.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: