Posted by: pinkturtle2 | September 9, 2008

Surat terbuka Paksi untuk Anwar

Lawmakers of Malaysia's ruling Barisan Nasional coalition gather at the departure hall before leaving on a flight for Taiwan at Kuala Lumpur International Airport in Sepang September 8, 2008. Malaysia's ruling coalition took 41 of its lawmakers to Taiwan for a study tour on Monday, at a time when opposition leader Anwar Ibrahim has been trying to entice MPs to defect in his campaign to unseat the government.
Lawmakers of Malaysia‘s ruling Barisan Nasional coalition gather at the departure hall before leaving on a flight for Taiwan at Kuala Lumpur International Airport in Sepang September 8, 2008. Malaysia‘s ruling coalition took 41 of its lawmakers to Taiwan for a study tour on Monday, at a time when opposition leader Anwar Ibrahim has been trying to entice MPs to defect in his campaign to unseat the government.Reuters Pictures

Surat terbuka Paksi untuk Anwar

Ya, syabas dan tahniah Dato’ Seri Anwar!

Surat tahniah ini ditulis khas buat Sdr di waktu orang di sana sini sibuk bertanya ‘betulkah?’, ‘betulkah?’; dan kami mengambil kesempatan ini bukanlah untuk mengganggu kelancaran usaha dan perancangan Sdr.

Tidak sekali-kali. Bahkan kami menjulang idealisme keadilan dan kerakyatan yang Sdr bawa itu. Hanya kami sekadar ingin mengingatkan kepada perkara yang selalu dilupakan itu.

Seperti Sdr pernah sebut bahawa waktu lapang yang banyak ketika dalam penjara di SungaiBuloh membolehkan Sdr membaca berulang kali karya-karya agung Shakespeare.

Maka begitulah – sesuatu yang bernilai agung seperti itu juga, kami percaya, perlu dan boleh dilahirkan dari bumi kita ini. Hanya kita perlu memberi perhatian kepadanya, dan sanggup meluangkan juga waktu untuknya – untuk memikirkan hal-hal kesenian, kesusasteraan, kebudayaan.

Memang politik dan ekonomi itu agendanya selalu membangkitkan kesibukan dan suasana ‘urgent’. Kesenian, kesusasteraan, kebudayaan pula selalu berada di luar daerah sibuk dan’urgent’ tersebut.

Tetapi seperti disebut di atas, bangsa yang melupakannya akan melahirkan masyarakat yang kebengongan, seperti masyarakat kita sekarang, sampaikan sanggup membuang bahasa kebangsaannya yang sudah terbukti mampu menjadi bahasa pengantar Matematik dan Sainsitu, dan mengambil semula bahasa Inggeris. Sebab apa, kalau bukan sebab kebengongan?

Maka dengan semangat surah al-‘Asr, kita berpesan-pesan, agar pimpinan Sdr Anwar tidak akan memberi alasan ‘sibuk dengan soal-soal politik dan ekonomi yang urgent’ hingga terpaksa meminggir atau menangguhkan terus program kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, khasnya (dan urgent) mengenai kedaulatan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.

Kami kumpulan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) percaya bahawa golongan budayawan-seniman-cendekiawan mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu dalam kehidupan dan upaya pembangunan bangsa dan negara. Hanya selama ini golongan ini tidak diiktiraf dan diberi peluang untuk mereka berperanan dan bertanggungjawab sewajarnya.

Kerajaan selalu lebih mengutamakan bidang sukan misalnya, dengan memperuntukkan perbelanjaan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan, tanpa memikirkan bahawa kalau peruntukan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan begitu, kita mungkin juga boleh melahirkan tokoh kesusasteraan yang bertaraf dunia, setaraf Shakespeare misalnya.

Harapan kami agar Sdr tidak akan mengabaikan peranan golongan budayawan-seniman-cendekiawan. Biarlah mereka yang menentukan agenda mereka. Bukan pimpinan politik yang merencanakan program untuk mereka.

Pengalaman kami mendapati ramai pimpinan politik kita melihat golongan budayawan-seniman sebagai golongan yang boleh dipergunakan untuk membantu perjuangan politik mereka sahaja.Seni dan budaya hanya bernilai apabila ia boleh diperguna atau diperalatkan. Janganlah begitu, ya.

Akhirnya, kami mendoakan Allah mempermudahkan usaha hamba-hamba-Nya bagi menegakkan yang benar dan yang adil. Gabungan mantap pimpinan Sdr bersama dengan barisan ulama dan juga kaum-kaum yang pelbagai di negara ini nampaknya memberi keyakinan rakyat yang membawa kepada kemenangan besar Sdr di Permatang Pauh. Harapan kami agar gabungan mantap ini terus dipelihara.

Dinsman

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Selamat menjadi PM 16 september nie..

  2. anwar mana ada masa nak dengar dikir barat dan sajak melayu.. woiit. Sibuk duk bilang hari nak jadi PM..

    Lepas ni sibuk pula nak pergi jemputan kenduri kesyukuran Bush dan kawan2 Amerikanya. Balik rumah letih, baca buku Shakespear lagi bagus..
    Masalah seniman bukan masalah Anwar.. masalah ANwar camner nak jadi PM.. okay?

  3. Matjun .. Matjun … Bangun sahur. Hang mimpi apa ni?

  4. Nape cucu tok selampit? Hang yang mengigau. 11 pagi sahur mende? Ni mesti mazhab had ari umnoi

  5. Apa-apa pun, ramai MP BN yang memang angkuh, sombong, bongkak dan takabur seperti MP Kinabinatang, Seri gading, Nazri Aziz. Insaflah wahai penyokong serta MP ini supaya nanti tidak ditimpa bala dari Allah swt.

  6. 1. melayu umno macam cekka ini otaknya duduk dekat-dekat dengan taiknya. Otaknya juga sarat dengan hasad dengki species mendaliar dan kitol, mengidap penyakit ketololan melampau.

    2. Ingat ini! Ronald Reagan bermula dengan kerjaya sebagai pelakon cowboy. Akhirnya telah menjadi Presiden Amerika yang berjaya meranapkan catur empayar Soviet Union.

    “JAUHKAN OTAK DARI TAIK”
    – Naspazi

  7. Mengapalah kau ulang cakapnya semasa keluar dari penjara sg buluh dulu? sangkaannya kami akan menyanjung tinggi kerjanya membaca berkali kali karya Shakespeare .. kononnya karya agung .. alahai Al Juburi. Mengapa tidak kau gunakan masa bersantai itu untuk memahami intipati Islam melalui Naskah Agung dari Rabul Alamin?? dan orang bodoh mengambil pengajaran dari susur galur kehidupan Ronald Reagan ..alahai melayu .. Alahai Al Juburi !!!

  8. cekka kuburumno

  9. Ada juga org tak cukup akal macam Cekka ni ye?.ha ha ha ha.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: