Posted by: pinkturtle2 | September 12, 2008

Raja Petra Ditahan Mengikut ISA

Raja Petra Ditahan Mengikut ISA

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Penulis blog Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari untuk siasatan polis mengikut Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Hamid berkata tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya.

Raja Petra, 58, mengundang kemarahan umat Islam berikutan ulasan artikelnya bertajuk “I promise to be a good, non-hypocritical Muslim” yang menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW) untuk artikel ‘Not all Arabs are descendants of the Prophets’ yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Laporan polis dibuat beberapa pertubuhan Islam anatarnya Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengenai perkara tersebut.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, berkata 10 anggota polis datang dan menahan suaminya pada pukul 1.10 tengah hari dan membawanya keluar 40 minit kemudian.

Katanya beliau tidak tahu ke mana suaminya dibawa.

http://www.bernama.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: